Ikan baung merupakan ikan air tawar yang sedap dijadikan hidangan. Rasanya sangat enak dan dikategorikan sebagai ikan bernilai tinggi sehingga mencecah belasan ringgit dan mungkin lebih dis sesetengah tempat bagi sekilogram.
Lazimnya ikan baung boleh diperolehi di mana-mana lokasi sungai dan sungai. Ikan ini aktif dan lebih mudah memancingnya bila selepas hujan, air sungai menjadi keruh dan serta pada waktu malam.
Untuk memancing ikan baung, umpannya tidaklah sukar dan tidak menolak apa sahaja jenis umpan berbau kuat. Jadi tidak hairanlah ‘umpan tapa’ begitu sinonim dengan ikan baung ini. Namun berapa ramai yang tahan dan sanggup berhadapan menggunakan umpan ini.
Jadi untuk pilihan, apa kata gunakan daging burger sebagai umpan untuk memikat ikan ini. Syaratnya, perlu cari lokasi yang airnya mengalir (tidak terlalu deras) jika mahu menggunakan umpan ini.
Bahan-bahan
Daging burger
Tepung jagung
Ads
Cara penyediaan:
Daging burger perlu dinyah bekukan terlebih dahulu dan diisi di dalam bekas.
Ads
Campurkan sedikit tepung jagung.
Uli dan adun tepung jagung bersama daging burger.
Ads
Hasil adunan yang telah siap.
Umpan burger yang telah siap. Hanya ambil dan cangkukkan pada mata kail dan terus boleh memancing.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Pam yang digunakan ini sebenarnya ialah pam silikon yang diubah suai untuk dijadikan peralatan memancing. Tujuan penggunaan pam silikon atau dedak pam ini adalah untuk mengepal dedak yang pastinya sukar jika menggunakan tapak tangan untuk mengepal dedak pada mata kail.
BAHAN-BAHAN KEPERLUAN
Dedak 929/6363
Sos umpan patin
Pes perisa
Keropok jajan
Dawai penebuk
Perambut 2 mata
TUTORIAL 1
Masukkan dedak ke dalam tong bancuhan kira-kira setengah kilogram. Terpulang kepada anda untuk menggunakan dedak 929 atau sebagainya.
TUTORIAL 2
Tuangkan 5 penutup botol sos umpan yang anda suka ke atas dedak dan gaul hingga sekata (jika tidak ingin menggunakan sos umpan pun tak mengapa). Sekiranya adunan dedak terlalu kering, boleh percikan sedikit air.
TUTORIAL 3
Masukkan perisa tambahan sama ada pandan/strawberi kira-kira 2-3 penutup dan gaul sehingga rata (masukkan lebih sekiranya anda hanya menggunakan perisa tanpa sos umpan).
TUTORIAL 4
Cucuk keropok atau jajan pada mata kail dan pastikan jajan tersebut tidak menutupi mata kail sepenuhnya.
TUTORIAL 5
Masukkan dedak separuh penuh ke dalam pam, pasangkan penutup pam dan tekan pemetik pam dua atau tiga kali. Kemudian buka kembali penutup pam.
TUTORIAL 6
Gunakan dawai penebuk untuk membuat lubang pada dedak di bahagian tengah pam untuk memasukkan perambut mata kail.
Pastikan swivel perambut menemusi keluar dari pam dan mata kail berjajan berada di tengah-tengah pam.
TUTORIAL 7
Penuhkan pam dengan dedak, pasangkan kembali penutup pam dan tekan pemetik pam sehingga benar-benar ketat agar dedak mampat di dalamnya.
TUTORIAL 8
Biarkan dedak mampat di dalam pam kira-kira 5 minit sebelum mengeluarkannya untuk dijadikan umpan memancing.
Sebagaimana manusia, ikan patin juga ada deria rasa hingga kadang-kadang memilih umpan apa untuk dimakan. Ada masa ia lebih memilih roti, ada masa pilih dedak dan ada
ketikanya memilih palet. Sekiranya ia memilih palet, maka palet tersebut perlu diolah agar lebih cepat ia mengutipnya.
Bahan-bahan keperluan
Palet 920
Sos Perah A1
Paste Strawberi A1
Esen Pisang
Kelapa parut
Cara-cara penyediaan umpan
Masukkan 2 kilogram palet 920 ke dalam bekas bancuhan. Kemudian masukkan air sehingga melebihi paras palet dan segera toskan.
Berikutnya masukkan Sos Perah A1 sebanyak 5 penutup botol, Paste Strawberi A1 sebanyak 7 penutup botol dan esen pisang sebanyak 3 penutup botol.
Gaul sehingga setiap biji palet mengenai sos atau pes yang dicampurkan. Kemudian biarkan umpan sebati untuk tempoh 15 minit.
Masukkan kelapa parut dan gaul kembali. Seterusnya simpan di dalam bekas kedap udara untuk disimpan atau boleh juga digunakan terus.
Cara-cara penggunaan umpan
Gunakan perambut dua mata kail dan cucukkan jajan atau keropok jagung pada mata kail tersebut.
Satukan mata kail dan kepal palet tersebut sehingga menjadi satu kepalan yang anda sukai. Umpan ini boleh dimainkan untuk teknik dasar atau apung.
Umpan memancing ikan patin yang berasaskan tepung gandum, minyak masak dan perisa kini semakin digemari ramai pemancing. Selain dari kos penyediaan bahan umpan yang tidak tinggi, ia disukai pemancing kerana mudah untuk dihasilkan.
Antara lain kelebihan umpan ini adalah kerana kurang digemari oleh ikan-kecil kecil di dalam kolam dan hanya digemari oleh sang patin.
Bahan-bahan keperluan:
Perisa strawberi Papa Paste
Perisa Pisang Ambon Papa Paste
Perisa Es Doger Papa Paste
Tepung gandum
Minyak masak
Keropok jagung
Cara penyediaan umpan:
Tutorial 1
Masukkan kira-kira 400 gm tepung gandum ke dalam bekas bancuhan.
Tutorial 2
Tuangkan kira-kira 250 ml minyak masak ke atas tepung.
Tuangkan pula 3 penutup botol perisa strawberi, 2 penutup botol perisa pisang ambon dan 1 penutup perisa Es Doger.
Tutorial 3
Gaul kesemua bahan sehingga menjadi doh yang sesuai untuk dikepal pada kail. Jika inginkan doh yang lembut boleh tambahkan minyak dan tambah tepung gandum untuk doh yang lebih keras.
Cara menggunakan umpan:
Tutorial 4
Dengan menggunakan perambut dua mata kail sepanjang sejengkal, cucuk sehingga penuh mata kail dengan keropok jagung.
Tutorial 5
Ambil sedikit doh umpan dan kepal secara lembut pada mata kail sehingga doh atau umpan itu melekap pada kail dan boleh dibaling ke kolam dengan selamat.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...