Ikan sembilang sering menjadikan muara, kuala sungai dan kawasan berlumpur sebagai habitatnya mencari makanan. Sembilang mudah dijerat dengan menggunakan umpun-umpun dan udang sama ada hidup atau mati. Bahkan sembilang turut menjadikan makhluk bercengkerang sebagai sumber makanannya.
BELANGKAS
Telur belangkas boleh dikatakan antara umpan yang terbaik untuk memburu sembilang. Untuk menggunakan umpan ini, kebiasaannya pemancing akan mengepal telur belangkas pada mata kail dan melakukan lontaran ke kawasan yang berpotensi. Mungkin faktor hanyir pada telur belangkas ini yang sering menarik perhatian sembilang untuk menyambar umpan ini.
UMANG-UMANG
Ads
Umang-umang juga terbukti sebagai umpan yang mampu menjerat sembilang. Untuk menggunakan umpan ini, umang-umang haruslah dikeluarkan daripada cengkerang dan menggunakan bahagian punggungnya sahaja untuk dicangkuk pada mata kail.
KERANG
Di kawasan berlumpur,kerang memang menjadi umpan yang mampu menjerat ikan terutamanya sembilang dan belukang. Hanya isi kerang sahaja yang perlu digunakan pada mata kail dan faktor hanyir pada kerang amat membantu untuk menarik perhatian spesies bersengat.
Ads
MENTARANG
Sama seperti makhluk bercengkerang yang lain,mentarang turut boleh dijadikan umpan untuk menjerat sembilang. Di Selangor, umpan ini menjadi antara umpan yang popular dan berpotensi untuk memikat spesies ini.
Ads
SEPAHAT/PEPAHAT
Selain enak dijadikan juadah makanan, sepahat/pepahat juga boleh dijadikan umpan menjerat sembilang. Hanya gunakan isinya sahaja dan cangkukkan pada mata kail. Selain sembilang, ikan gelama, gerut-gerut dan duri turut meminati umpan ini.
KUPANG
Kupang merupakan umpan bercengkerang yang sinonim untuk memancing sembilang. Lebih-lebih lagi jika memancing di kelong atau rumah rakit yang turut mengusahakan ternakan kupang. Ia jelas terbukti berkesan jika kawasan tersebut turut didiami sembilang.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Apa saja jenis umpan perisa yang ada di pasaran memiliki kelebihan tersendiri. Ia boleh digunakan terus bersama bahan utama umpan seperti roti, dedak atau pelet. Namun untuk paduan yang lebih padu, ia perlu diolah dengan bahan lain.
Di sini saya berkongsi cara saya menyediakan umpan pelet yang diolah bersama perisa Papa Paste dan beberapa bahan lain yang terbukti berkesan menewaskan ikan patin. Bahan umpan lain yang perlu digunakan juga tidak sukar untuk dicari.
Kalau korang teringin nak buat umpan ini pastikan ikuti tutorial yang disediakan ini.
Tutorial 1
Masukkan ke dalam bekas bekas bancuhan umpan 2 kg pelet 558 dan 400 gm pelet 920 bersaiz besar.
Tutorial 2
Masukkan air kelapa tua masam 1 liter dan biarkan ia menyerap pada pelet lebih kurang satu jam.
Tutorial 3
Masukkan kelapa parut dan gaul hingga sebati. Biarkan campuran ini lebih kurang setengah jam.
Tutorial 4
Masukkan Papa Paste Strawberry Kongkang 150 ml, Strawberry Papa Paste 30ml, Papa Paste Nangka 60ml. Gaulkan hingga sebati. Biarkan setengah jam. Kemudian leraikan pelet dan masukkan pulak Papa Paste Frambozen 2 tudung botol.
Biarkan sejam. Kemudian masukkan ke dalam plastik dan peram semalaman.
Apabila hendak digunakan di kolam pancing, tambah 3 penutup botol Papa Paste Papazola bertujuan untuk menaikkan lagi aroma pemikat. Selamat mencuba!
Jika dibuat perbandingan antara buah sawit segar dengan buah sawit yang telah diperam, kelah lebih memilih untuk mengambil buah sawit peram. Oleh yang demikian, sebaiknya gunalah umpan sawit peram. Tapi bagaimana nak menghasilkan sawit peram? Ini dia petua dan teknik yang kami kumpulkan sebagai perkongsian untuk anda.
Kaedah Memeram Sawit
Dapatkan buah kelapa sawit yang dah masak sebanyak mungkin. Buah sawit yang betul-betul sudah masak adalah buah yang gugur di pangkal pokok. Atau cari saja buah-buah lerai berdekatan dengan kawasan pokok.
Bungkus semua buah sawit dengan kertas surat khabar. Pastikan semua buah dapat dibungkus dengan sempurna. Selepas itulah ikat bungkusan dengan apa-apa tali bagi mengelakkan bungkusan tersebut terburai.
Seterusnya masukkan sawit yang dibungkus surat khabar itu ke dalam beg atau karung plastik yang besar dan tahan koyak. Pek plastik beras 5kg atau 10kg amat sesuai digunakan. Atau pek plastik pampers bayi pun bagus sebab tahan lasak. Bungkus dan ikat dengan ketat supaya udara tak boleh masuk.
Selepas 7 hari atau seminggu, buka ikatan dan tengok hasilnya. Lazimnya surat khabar yang membungkus sawit akan jadi basah atau lembab kerana proses pengewapan. Jadi, gantikan kertas surat khabar ini dengan kertas yang baru. Kemudian ulangi semula proses sama dan peram lagi selama seminggu.
Selepas minggu kedua, biasanya sawit sudah lembut dan sesuai untuk jadikan umpan. Tapi jika inginkan aroma sawit yang lebih dan buahnya lebih lebih lembut, boleh ulangi proses menukar kertas surat khabar dan bungkus atau peram untuk tempoh seminggu lagi.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...