Macam-macam jenis umpan digunakan kaki pancing di seluruh dunia, termasuk di Malaysia juga untuk memancing ikan. Apa yang penting ‘try and error’ itu penting ketika memancing, sekali gus memperlihatkan ragam bagaimana ikan di sesebuah kawasan memakan umpan.
Berikut dihimpunkan 10 jenis umpan yang boleh dikategorikan pelik dan lari dari ketika memancing.
Makanan Anjing / Kucing
Ini memang pelik bunyinya. Tapi makanan anjing dan kucing yang di dalam tin banyak diguna pakai di luar negara sebagai umpan rasuah dan juga umpan yang dicangkuk pada mata kail untuk memburu spesies catfish. Boleh cuba kat Malaysia kot?
Keju
Keju yang tajam dan berbau seperti cheddar dikatakan antara yang efektif diguna pakai sebagai umpan memancing trout dan catfish di luar negara. Cara gunanya potong kepada ketulan kecil keju dan cangkuk pada mata kail.
Hotdog (sosej)
Terkenal sebagai ‘process food’ yang popular seantero dunia. Juga boleh digunakan sebagai umpan alternatif. Agak laku untuk memburu bluegill dan spesies catfish.
Marshmallow
Satu lagi makanan yang berpotensi digunakan sebagai umpan memancing. Di Malaysia, umpan marshmellow memang dah terkenal di kalangan kaki pancing kolam yang ingin memburu ikan patin.
Kismis
Kismis seperti persimmons dan mulberries amat berkesan digunakan untuk memburu ikan carp di luar negara. Mungkin lepas ni kita boleh mencubanya di Malaysia?
Gula-gula Getah / Chewing Gum
Huh, yang ni lagi pelik. Dikatakan untuk menggunakan umpan ini, paling efektif gunakan chewing gum yang berbentuk bulat kecil dan kunyahkannya beberapa minit sebelum dilekatkan pada mata kail. Perisa yang ada pada gula-gula getah ini mampu menarik minat spesies catfish dan trout.
Donut
Dikatakan di luar negara, terutamanya di Norman Lake, North Carolina, donut perisa labu cukup efektif digunakan untuk menjerat ikan carp.
Sabun
Percaya atau tidak ketulan sabun dikatakan antara cara tradisional untuk menjerat spesies catfish. Tapi sabun yang digunakan haruslah ‘home-made’ serta bebas bahan kimia dan tiada aroma tambahan.
Jagung
Gunakan ketulan kecil jagung dan cangkukkan pada mata kail. Ia dikatakan mampu menggoda ikan seperti trout, carp, perch, dan bluegill untuk memakan umpan ini.
Hati Ayam
Bagi pemancing luar negara, umpan ini dikatakan agak pelik digunakan. Tapi di Malaysia ini antara umpan biasa yang sering kita gunakan untuk menjerat udang galah, baung, keli, pacu dan sebagainya.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Diketahui umum pokok kelapa merupakan pokok serba guna. Kelapa turut menjadi salah satu bahan penting dalam dunia memancing khususnya pancingan kolam air tawar. Gabungan kelapa dan roti boleh menjadi umpan yang cukup berkesan.
Bahan-bahan:
Perisa Kelapa Original
Perisa Pandan Kelapa Original
Kelapa parut goreng
Kelapa parut peram
Roti ban (kosong atau manis)
Cara penyediaan:
Langkah 1
Parutkan roti ban sekitar 4-5 buku ke dalam bekas.
Langkah 2
Masukkan kira-kira segenggam kelapa parut yang telah digoreng sehingga wangi.
Langkah 3
Masukkan pula kira-kira segenggam kelapa parut yang telah diperam semalaman.
Langkah 4
Setelah digaul dengan sekata masukkan kira-kira 5 penutup perisa kelapa.
Langkah 5
Masukkan pula 3 penutup perisa pandan kelapa dan gaul sekata.
Langkah 6
Lebihan roti ban dipotong dadu untuk dijadikan inti dicucuk pada mata kail.
Langkah 7
Cucuk roti dadu yang telah digaul bersama umpan pada mata kail.
Langkah 8
Inti yang dicucuk pada perambut dua mata kail.
Langkah 9
Kepal umpan roti kelapa pada mata kail yang dicucuk inti tadi.
Langkah 10
Umpan yang dikepal dengan sederhana sedia untuk digunakan.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Umpan cam (campuran) Original adalah campuran beberapa perisa produk Original yang boleh diguna pakai dengan sukatan tertentu bagi menghasilkan satu gabungan bau dan rasa yang mampu memikat ikat memakan umpan tersebut.
Bahan-bahan keperluan:
Perisa strawberi Original
Perisa soya Original
Perisa nangka Original
Perisa honeydew Original
Perisa badam Original
Roti sandwich
Cara penyediaan Umpan:
Langkah 1
Potong dadu sebungkus roti sandwich dan buangkan kulitnya yang keras. Simpan di dalam satu bekas atau plastik.
Langkah 2
Sediakan satu botol kosong. Masukkan 100 gram perisa strawberi, 50 gram perisa nangka, 20 gram perisa soya, 10 gram perisa honeydew dan 1 gram perisa badam. Goncang botol supaya perisa campuran menjadi sebati.
Langkah 3
Tuangkan sedikit (anggaran untuk sebuku roti) umpan campuran perisa ke dalam beg plastik. Ratakan umpan agar mengenai sebahagian besar ruang di dalam beg plastik.
Langkah 4
Masukkan kesemua roti dadu ke dalam beg plastik berisi umpan campuran perisa. Kembungkan beg plastik dengan udara agak memudahkan proses mengadun roti dadu sebati dengan umpan.
Goncang sehingga kesemua roti dadu disaluti umpan. Biarkan seketika agar roti dadu dan umpan menjadi sebati.
Cara menggunakan umpan:
Gunakan perambut Y dua mata kail tali sulam atau tangsi. Cucuk kedua-dua mata kail dengan beberapa roti dadu yang bersalut umpan perisa campuran.
Gabungkan kedua-dua mata kail tersebut (atau salah satu daripadanya) dan kepal dengan roti dadu lainnya sehingga menjadi seperti bebola.
Sebaiknya biarlah kepalan itu tidak terlalu longgar atau terlalu padat.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...