Setiap kolam pancing lazimnya ada umpan tersendiri yang menjadi kesukaan ikan-ikan di kolam tersebut. Tahap kualiti air kolam juga memainkan peranan dalam pemilihan umpan.
Sekiranya kolam yang air bersih menghijau seperti Kolam ABE ini, umpan asas ini sudah memadai untuk memikat penghuninya.
Bahan-Bahan Keperluan:
Perisa strawberi / pandan Original
Serbuk vanila Original
Roti sandwic / roti bun
Cara penyediaan umpan:
Langkah 1
Cairkan sedikit perisa strawberi / pandan dengan mencampurkan sedikit air ke dalam bekas semburan.
Umpan Original ini agak likat dan akan menyebabkan ia tidak dapat disembur keluar.
Tujuan penggunaan botol semburan adalah bagi membolehkan perisa umpan diseratakan ke setiap inci roti dadu.
Langkah 2
Semburkan perisa umpan ke atas roti sandwic yang telah dipotong dadu ke dalam bekas bancuhan umpan.
Goncang bekas bancuhan umpan bagi membolehkan roti dadu dibolak-balik dan disembur dengan sempurna.
Langkah 3
Taburkan serbuk vanila ke atas roti dadu yang telah diselaputi perisa umpan. Goncang bekas bancuhan dan tabur lagi serbuk vanila agar setiap roti dadu mengenainya.
Serbuk vanila ini berfungsi menaikkan lagi aroma perisa umpan. Biarkan seketika adunan ini di dalam bekas bancuhan bertutup.
Cara penggunaan:
Cucuk kira-kira 3-5 ketul roti dadu hingga memenuhi teras mata kail pada perambut Y dua mata kail. Kemudian kepal roti dadu pada mata kail kira-kira sebesar penumbuk dan lontar ke spot pilihan anda.
Umpan ini akan mengapung dengan baik di permukaan air. Sekiranya ingin memancing dengan teknik dasar maka gunakan batu gantung bersaiz kecil dan sangkutkan ia pada swivel yang menyambungkan tali utama dan perambut.
baca juga DIY UMPAN: Umpan Rahsia Tongsan Sisik Halus
Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!
Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan
Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan