Bahan keperluan:
Sebungkus roti sandwic dipotong dadu
Sekotak pati santan 200 ml
Sebungkus serbuk NS Power perisan pandan.
Cara penyediaan:
Langkah 1
Potong roti sandwic dalam bentuk dadu atau boleh juga dijadikan cebisan dengan mencariknya. Masukkan roti dadu ini ke dalam bekas bancuhan umpan bertutup.
Langkah 2
Masukkan pati santan di dalam bekas berasingan bersama serbuk NS Power perisa pandan. Bancuh campuran bahan ini hingga sekata dan bertukar menjadi warna kehijau-hijauan.
Warna ini penting agar ia kelihatan seperti rumpai atau dedaun yang menjadi diet ikan kap rumput.
Langkah 3
Curahkan campuran santan ini ke atas roti dadu secara sekata. Elakkan dari mencurah secara terus kerana ia akan menyebabkan roti menjadi benyek pada sesebahagian saja. Kemudian goncang agar ia sebati dan sekata.
Langkah 4
Biarkan adunan umpan ini di dalam bekas bertutup untuk tempoh sekurang-kurangnya satu jam. Kemudian barulah digunakan sebagai umpan.
Sebaiknya gunakan teknik apungan di pertengahan air atau pra permukaan kolam yang menjadi kawasan rondaan ikan kap rumput mencari makanan.