Ikan telinga gajah ada sedikit persamaan dengan gajah, iaitu memakan tumbuh-tumbuhan. Namun tidak pasti sama ada gajah makan roti dan dedak. Menggunakan dedak sebagai umpan memancing di kolam air tawar bukanlah satu kaedah yang pelik atau janggal, tapi bagaimana jika ia digunakan untuk memancing di laut.
Dan bagaimana pula jika dinyatakan bahawa ia amat berkesan bagi menggantikan jerkbait (umpan mati) udang dan sotong. Bahkan ia amat efektif kepada peminat ikan telinga gajah.
Bahan keperluan:
Umpan Gam
Dedak Bomb 286
Matsumoto Udang Antartika
Tepung gandum
Cara Penyediaan 1
Masukkan tepung gandum ke dalam bekas untuk diadun. Sebanyak mana tepung bergantung kepada sebanyak mana umpan yang ingin digunakan. Tepung gandum adalah bagi menjimatkan penggunaan umpan gam.
Cara Penyediaan 2
Masukkan pula sebungkus dedak bomb 286 (Penggunaan tepung gandum sebaiknya 1/2 kuantiti dedak).
Cara Penyediaan 3
Seterusnya masukkan satu paket Matsumoto Udang Antartika. Serbuk berperisa udang laut ini cukup kuat baunya.
Cara Penyediaan 4
Masukkan kira-kira 1/4 bungkus umpan gam (umpan gam tidak perlu dicampur dengan banyak kerana ia akan menyebabkan adunan umpan menjadi kental).
Cara Penyediaan 5
Gaul semua bahan itu agak sebati dengan sempurna. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi kenyal (boleh juga menggunakan air laut).
Cara Penyediaan 6
Adunan yang kenyal atau liat siap untuk digentel pada mata kail sebagai umpan.
Tip tambahan:
Apollo juga sesuai digunakan sebagai mata perambut. Hanya perlu gentel adunan umpan gam pada mata kail.