Ikan telinga gajah ada sedikit persamaan dengan gajah, iaitu memakan tumbuh-tumbuhan. Namun tidak pasti sama ada gajah makan roti dan dedak. Menggunakan dedak sebagai umpan memancing di kolam air tawar bukanlah satu kaedah yang pelik atau janggal, tapi bagaimana jika ia digunakan untuk memancing di laut.

 

Dan bagaimana pula jika dinyatakan bahawa ia amat berkesan bagi menggantikan jerkbait (umpan mati) udang dan sotong. Bahkan ia amat efektif kepada peminat ikan telinga gajah.

 

Umpan Alternatif Memikat Ikan Kelawar

 

Bahan keperluan:

Umpan Gam

Dedak Bomb 286

Matsumoto Udang Antartika

Tepung gandum

 

Cara Penyediaan 1

Masukkan tepung gandum ke dalam bekas untuk diadun. Sebanyak mana tepung bergantung kepada sebanyak mana umpan yang ingin digunakan. Tepung gandum adalah bagi menjimatkan penggunaan umpan gam.

Ads

 

Umpan Alternatif Memikat Ikan Kelawar

 

Cara Penyediaan 2

Masukkan pula sebungkus dedak bomb 286 (Penggunaan tepung gandum sebaiknya 1/2 kuantiti dedak).

 

Umpan Alternatif Memikat Ikan Kelawar

 

Cara Penyediaan 3

Ads

Seterusnya masukkan satu paket Matsumoto Udang Antartika. Serbuk berperisa udang laut ini cukup kuat baunya.

 

Umpan Alternatif Memikat Ikan Kelawar

 

Cara Penyediaan 4

Masukkan kira-kira 1/4 bungkus umpan gam (umpan gam tidak perlu dicampur dengan banyak kerana ia akan menyebabkan adunan umpan menjadi kental).

 

Umpan Alternatif Memikat Ikan Kelawar

 

Ads

Cara Penyediaan 5

Gaul semua bahan itu agak sebati dengan sempurna. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi kenyal (boleh juga menggunakan air  laut).

 

Umpan Alternatif Memikat Ikan Kelawar

 

Cara Penyediaan 6

Adunan yang kenyal atau liat siap untuk digentel pada mata kail sebagai umpan.

 

Umpan Alternatif Memikat Ikan Kelawar

 

Tip tambahan:

Apollo juga sesuai digunakan sebagai mata perambut. Hanya perlu gentel adunan umpan gam pada mata kail.

 

Umpan Alternatif Memikat Ikan Kelawar

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI