Sebagaimana manusia, ikan patin juga ada deria rasa hingga kadang-kadang memilih umpan apa untuk dimakan. Ada masa ia lebih memilih roti, ada masa pilih dedak dan ada

ketikanya memilih palet. Sekiranya ia memilih palet, maka palet tersebut perlu diolah agar lebih cepat ia mengutipnya.

 

Bahan-bahan keperluan

 

Ads

Umpan A1 : Umpan Terbaik Pancing Patin ®

  • Palet 920
  • Sos Perah A1
  • Paste Strawberi A1
  • Esen Pisang
  • Kelapa parut

 

Cara-cara penyediaan umpan

Ads

 

Umpan A1 : Umpan Terbaik Pancing Patin ®

  • Masukkan 2 kilogram palet 920 ke dalam bekas bancuhan. Kemudian masukkan air sehingga melebihi paras palet dan segera toskan.
  • Berikutnya masukkan Sos Perah A1 sebanyak 5 penutup botol, Paste Strawberi A1 sebanyak 7 penutup botol dan esen pisang sebanyak 3 penutup botol.
  • Gaul sehingga setiap biji palet mengenai sos atau pes yang dicampurkan. Kemudian biarkan umpan sebati untuk tempoh 15 minit.
  • Masukkan kelapa parut dan gaul kembali. Seterusnya simpan di dalam bekas kedap udara untuk disimpan atau boleh juga digunakan terus.

 

Ads

Cara-cara penggunaan umpan

 

Umpan A1 : Umpan Terbaik Pancing Patin ®

  • Gunakan perambut dua mata kail dan cucukkan jajan atau keropok jagung pada mata kail tersebut.
  • Satukan mata kail dan kepal palet tersebut sehingga menjadi satu kepalan yang anda sukai. Umpan ini boleh dimainkan untuk teknik dasar atau apung.

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI