Gunakan rachet spanar untuk membuka nat. Penggunaan alat ini, lebih baik dari menggunakan spanar biasa.
Step 3
Buka badan kekili dengan berhati-hati dan cermat.
Step 4
Asingkan part penting dalam bekas yang anda rasakan perlu dibersihkan. Jangan lupa susun kedudukannya supaya anda tidak lupa (sila rujuk manual jika musykil tentang part yang telah dibuka).
Ads
Step 5
Rendamkan kesemua bearing dalam bekas menggunakan minyak Zippo. Ia bertujuan mencuci kotoran minyak lama dalam bearing berkenaan.
Step 6
Rendam seketika body di dalam air bersama larutan pencuci pinggan mangkuk.
Step 7
Gunakan berus gigi lembut yang sudah tidak digunakan dan keringkan menggunakan kain bersih.
Ads
Step 8
Gunakan berus gigi dengan perlahan, cuci di semua bahagian termasuklah pinion gear. Peringatan: Sila berhati-hati dan jangan sesekali ia terjatuh di atas lantas simen yang keras, kerana ia akan merosakkan gigi pinion gear berkenaan.
Step 9
Gunakan cotton bud yang dibasahkan dengan minyak Zippo untuk cuci di ruang dalam spool. (Tali yang berada di dalam spool sebaiknya dibasuh, rendam lebih awal dengan air suam dan sabun cecair pinggan mangkuk selepas selesai aktiviti memancing di lokasi air masin).
Step 10
Selepas bearing dicuci, boleh gunakan air blow untuk mengeringkannya dengan lebih cepat. Pasangkan kembali semua bearing dan boleh mula letakkan oil bearing.
Step 11
Sapu grease oil menggunakan berus lukisan (tidak terlalu tebal atau terlalu nipis) pada semua part, termasuklah main gear.
Step 12
Pasang kembali kesemua part mengikut susunan dengan betul, berhati-hati dan cermat hingga selesai.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Lates calcarifer merupakan nama saintifik atau nama Latin bagi spesies ini. Selain di Malaysia dan kawasan Asia Tenggara, ikan siakap juga sangat terkenal di Australia.
Malahan perkataan barramundi merupakan kata pinjaman dari sejenis bahasa di kawasan Queensland yang bermaksud ‘ikan sungai sisik besar’. Barramundi juga sebenarnya merujuk kepada ikan saratoga dalam bahasanya.
Barramundi menjadi semakin terkenal sejak 1980-an. Selain daripada ikan sukan, ikan ini juga mula dikenali sebagai ikan yang mendapat permintaan tinggi di pasaran. Sejak itu, profil spesies L. calcarifer ini semakin meningkat naik sehingga ke hari ini.
Spesies ini merupakan ikan catadromous dalam keluarga Latidae. Taburan spesies ini agak meluas terutamanya di kawasan perairan Indo-West Pacific. Taburan ikan siakap boleh ditemui di pinggir timur Teluk Gulf sehingga ke China, Taiwan, selatan Jepun, selatan Papua New Guinea dan selatan Australia. Selain itu, kawasan perairan Asia Tenggara juga merupakan kawasan taburan spesies ini.
Di Malaysia, tidak sukar untuk menemui spesies ini kerana Malaysia dikelilingi oleh perairan yang panjang. Tidak hairanlah, kaki pancing di Malaysia cukup sinonim dengan spesies ikan ini. Antara kawasan yang sering menjadi tumpuan peminat siakap tertumpu pada bahagian muara dan tempat pertemuan laut dan sungai.
Ikan siakap merupakan spesies ikan yang mempunyai toleransi salitini yang sangat tinggi. Toleransi saliniti ini membawa maksud kepada daya toleran spesies ini terhadap sifat saliniti air atau kemasinan air.
Jadi, ikan siakap mampu hidup dalam keadaan air masin atau air tawar. Toleransi saliniti yang tinggi memberikan kelebihan kepada spesies siakap dalam memilih habitatnya.
Habitat ikan siakap biasanya tertumpu kepada kawasan muara sungai. Oleh kerana siakap mempunyai daya toleransi saliniti yang tinggi, maka spesies ini boleh ditemui dalam keadaan air masin, air tawar dan air payau. Selain itu, kawasan berstruktur besar seperti batu dan kayu besar juga menjadi habitat pilihan bagi siakap.
Hari ini, beberapa buah tasik dan empangan di Malaysia, telah pun didiami siakap. Antara yang paling popular ialah siakap air tawar di Tasik Kenyir. Kemunculan siakap dalam tasik atau empangan merupakan hasil daripada pelepasan oleh manusia dan menjadi kegilaan kepada kaki pancing. Selain di Tasik Kenyir, siakap bersaiz mega juga kini telah didapati di Tasik Beris dan Empangan Muda di Kedah.
Ikan siakap mempunyai bentuk badan yang memanjang dengan mulut condong yang besar. Bahagian rahang atas spesies ini memanjang sehingga ke bahagian belakang mata. Bahagian pipi atau operkulumnya mempunyai duri kecil yang mampu melukakan. Sementara itu, sisiknya pula dalam kategori ctenoid. Kepalanya pula melengkung ke bawah.
Selain itu, ikan siakap mempunyai sisik yang agak besar. Sisik pada badannya berwarna perak di mana mungkin boleh menjadi semakin cerah atau semakin gelap mengikut keadaan persekitaran habitatnya. Barramundi merupakan spesies ikan demersal yang biasanya tertumpu di kawasan muara, lagun dan sungai.
Spesies ini boleh hidup dalam keadaan air yang jernih sehingga kepada keruh dalam lingkungan suhu air 26°C-30°C. Siakap juga merupakan spesies ikan catadromous iaitu bersifat migrasi dari kawasan air tawar ke air masin untuk melepaskan telurnya.
Barramundi atau siakap menjadikan moluska, krustasia dan ikan kecil termasuk spesiesnya sendiri sebagai diet makanannya. Jadi ikan siakap boleh dikategorikan sebagai pemangsa yang bersifat karnivor.
Ketika bermula musim monsun, siakap jantan akan masuk ke muara untuk mencari pasangannya untuk pembiakan. Ketika ini ikan siakap betina mampu menghasilkan sehingga beberapa juta telur untuk dilepaskan.
Siakap juga merupakan spesies ikan yang bersifat hermaphroditic di mana mampu untuk bertukar jantina ketika musim mengawan. Kebanyakan spesimen siakap dewasa yang ditemui merupakan spesimen betina. Selepas melepaskan telurnya, induk siakap tidak akan menjaga telur atau anak yang akan menetas.
Setiap kolam pancing lazimnya ada umpan tersendiri yang menjadi kesukaan ikan-ikan di kolam tersebut. Tahap kualiti air kolam juga memainkan peranan dalam pemilihan umpan. Sekiranya kolam yang air bersih menghijau seperti Kolam ABE ini, umpan asas ini sudah memadai untuk memikat penghuninya.
Bahan-Bahan Keperluan:
Perisa strawberi / pandan Original
Serbuk vanila Original
Roti sandwich / roti bun
Cara penyediaan umpan:
Tutorial 1
Cairkan sedikit perisa strawberi / pandan dengan mencampurkan sedikit air ke dalam bekas semburan.
Umpan Original ini agak likat dan akan menyebabkan ia tidak dapat disembur keluar. Tujuan penggunaan botol semburan adalah bagi membolehkan perisa umpan diseratakan ke setiap inci roti dadu.
Tutorial 2
Semburkan perisa umpan ke atas roti sandwic yang telah dipotong dadu ke dalam bekas bancuhan umpan.
Goncang bekas bancuhan umpan bagi membolehkan roti dadu dibolak-balik dan disembur dengan sempurna.
Tutorial 3
Taburkan serbuk vanila ke atas roti dadu yang telah diselaputi perisa umpan. Goncang bekas bancuhan dan tabur lagi serbuk vanila agar setiap roti dadu mengenainya.
Serbuk vanila ini berfungsi menaikkan lagi aroma perisa umpan. Biarkan seketika adunan ini di dalam bekas bancuhan bertutup.
Cara penggunaan:
Cucuk kira-kira 3-5 ketul roti dadu hingga memenuhi teras mata kail pada perambut Y dua mata kail. Kemudian kepal roti dadu pada mata kail kira-kira sebesar penumbuk dan lontar ke spot pilihan anda.
Umpan ini akan mengapung dengan baik di permukaan air. Sekiranya ingin memancing dengan teknik dasar maka gunakan batu gantung bersaiz kecil dan sangkutkan ia pada swivel yang menyambungkan tali utama dan perambut.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...