Bahan yang digunakan untuk menghasilkan green emerald stonefly nymph:
Mustad hook saiz 10
Beadhead gold saiz 10
Dubbin material
Medium wire gold
Peacock herl
Fishskin imitation (plastic)
Goose biot green
Step 1
Bengkokkan terlebih dahulu dengan menggunakan playar muncung tirus bahagian depan untuk menghasilkan curve yang sesuai untuk pattern sebegini.
Step 2
Masukkan beadhead dahulu kemudian lilit ikatan di matak ail dan matikan lebihan benang yang ada.
Step 3
Ikat medium wire (wayar tembaga) dari depan hingga ke bahagian belakang.
Step 4
Potong memanjang fishskin imitation dalam anggaran 1/8″ diameter.
Step 5
Ikat sedikit bahagian fishskin yang dipotong tadi bermula dari bahagian belakang.
Step 6
Kemudian, ambil 2 helaian peacock herl (bulu burung merak) dan ikatkannya dari belakang.
Step 7
Lilitkan bahagian mata kail dengan dubbin material dari bahagian belakang hingga ke depan untuk mencipta bahagian badannya.
Step 8
Lilitkan pula 2 helaian peacock herl tadi sehingga ke bahagian depan dan matikan dengan ikatan lilit. Buang bahagian yg lebih itu.
Step 9
Tarik ke hadapan fishskin dan lilitkan sekali dengan wayar yang ada. Lilit dengan kemas sehingga bahagian separuh body.
Step 10
Angkat lebihan fishskin dan lilit sedikit dubbin dahulu kemudian ambil 1 helaian goose biot untuk dijadikan kaki. Letak setiap helaian di kanan dan kiri body dan ikat dengan benang.
Step 11
Ulang perkara yang sama sebanyak 3 kali untuk hasilkan thorax dan kaki stonefly.
Step 12
Lukiskan sedikit corak di bahagian belakang thorax ikut selera masing-masing. Kemudian letak sedikit epoxy atau uv fly finish dibahagian atas utk hasilkan lebih realistic.
Step 13
Keringkan uv resin tadi menggunakan lampu uv.
Step 14
Hasil ikatan yang sudah siap untuk digunakan.
(Oleh: MK Syndicate)