Musim panas terik tidak membantutkan semangat kaki pancing untuk turun ke lubuk baru. Baik sungai, kolam mahupun laut, pasti ada sahaja kelibat mereka untuk menaikkan habuan terberat. Sabar adalah tonggak kekuatan walaupun senja semakin melabuhkan tirainya.

 

Pemandangan waktu senja sememangnya menarik ramai kaki pancing mengambil peluang untuk merakam gambar suasana waktu tersebut. Ada yang menggunakan teknik Silhoutte dan teknik Low Key Lighting dengan mengambil kira cahaya di belakang objek yang lebih natural seperti cahaya matahari terbenam.

 

Tutorial Merakam Foto Mancing Waktu Senja

 

Jika anda menggunakan teknik Silhouette, bukaan cahaya (exposure) ditentukan melalui bacaan background dengan penggunaan Aperture 9 hingga 11 dan Shutter Speed antara jarak 120 hingga 200.

 

SENTIASA BERSEDIA

 

Anda hendaklah sentiasa peka dengan perubahan cuaca yang berlaku di sekeliling anda. Sama ada matahari terbit atau terbenam, anda hendaklah bersedia sekurang-kurangnya setengah jam sebelum matahari tersebut berada di kedudukannya. Lihat juga perubahan langit kerana ia memberi pelbagai lapisan warna dan bentuk berbeza pada satu-satu masa.

 

Ads

Tutorial Merakam Foto Mancing Waktu Senja

 

TEKNIK KOMPOSISI

 

Ambil gambar dengan menggunakan pelbagai teknik focal lengths sama ada menggunakan Wide Angle atau teknik zooming. Penggunaan tripod perlu sekiranya anda menggunakan lensa 200mm ke atas. Anda juga hendaklah menggunakan teknik Rule Of Third dengan memastikan kedudukan matahari tersebut berada di komposisi yang sesuai dan ia juga mampu membantu menaikkan mood sesuatu gambar nanti.

 

Menariknya mengenai gambar matahari terbenam ini ialah tiada satu pun exposure yang tepat bagi mendapatkan hasil yang terbaik untuk gambar matahari terbenam ini.

 

Ads

Tutorial Merakam Foto Mancing Waktu Senja

 

Anda juga hendaklah sentiasa rajin bermain dengan shutter speed dan aperture kerana imej yang dihasilkan berbeza antara satu sama lain.

 

ELAKKAN MENGGUNAKAN SETTING AUTO WHITE BALANCE

 

Pastikan anda menukar kepada Mode Auto White Balance kepada setting Cloudy atau Shade bagi mendapatkan hasil imej berbeza warna. Ini kerana penggunaan mode auto White Balance akan menjejaskan tona warna asli matahari terbit mahupun matahari terbenam.

 

Ads

Tutorial Merakam Foto Mancing Waktu Senja

 

TIPS PERLU TAHU!

 

Bawa tripod sama penting dengan anda bawa peralatan memancing. Walaupun anda menggunakan kamera kompak, kestabilan sesuatu imej bergantung dengan cara kita mengambil gambar dan pengawalan nafas.

 

Lihat sekeliling dan peka dengan keadaan yang berlaku.

 

Tutorial Merakam Foto Mancing Waktu Senja

 

Teknik Silhoutte dan teknik Low Key Lighting dengan mengambil kira cahaya di belakang objek yang lebih natural seperti cahaya matahari terbenam.

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI