Lipas adalah sebahagian serangga yang biasanya menjadi diet makanan ikan-ikan sungai. Jadi untuk isu kali ini, saya akan tunjukkan serba sedikit cara-cara untuk menghasilkan umpan tiruan berbentuk lipas.
Sifat terapungnya mampu menjerat ikan-ikan pemangsa yang ada di dalam air. Umpan jenis sebegini juga boleh digunakan untuk menjerat ikan-ikan seperti kelisa, sebarau, tengas dan lampam.
Alatan
Vice
Foam
Gunting
Bobbin holder
Whipe finishing
Brown marker
Hook mustad #8
UV clear fly finish
Pheasant tail
Hackle (bulu ayam)
Peacock herl
Goose biot
Turkey biot
Transparent 3M tape
Dubbing material brown
Black thread (benang)
Tutorial 1
Mulakan dengan ikatan di bahagian suku mata kail dan potong lebihan benang.
Tutorial 2
Potong foam dalam kelebaran 1 cm dan ikat seperti dalam gambar.
Tutorial 3
Ambil 3 helai peacock herl untuk dililitkan dan 2 helai goose biot untuk dijadikan ekor lipas.
Tutorial 4
Lilitkan peacock herl sehingga ke bahagian depan dan matikan dengan ikatan benang serta buang lebihannya.
Tutorial 5
Ambil foam tarik ke hadapan dan ikatkan secara jarak, kemudian berhenti di bahagian tengah hook.
Tutorial 6
Ambil turkey biot kemudian ikat seperti dalam gambar untuk dijadikan kaki dan buat sebanyak 6 helai.
Tutorial 7
Ikatkan turkey biot tadi di bahagian kanan dan kiri. Ulang sebanyak 3 kali sehingga sampai ke bahagiaan depan.
Tutorial 8
Ambil 2 helai pheasant tail untuk dijadikan sesungut dan ikatkannya kemudian tarik foam semula ke belakang dan potong lebihannya.
Tutorial 9
Ambil sehelai hackle (bulu ayam) dan tampalkannya di transparent tape. Kemudian potong untuk menghasilkan bentuk sayap lipas.
Tutorial 10
Setelah selesai bahagian sayap tadi, ikatkan ia di bahagian atas badan dan warnakan sayap dengan warna coklat.
Tutorial 11
Buat ikatan terakhir dan kemaskan fly pattern tersebut.
Tutorial 12
Warnakan foam tadi dengan warna coklat untuk kelihatan lebih realistik.
Tutorial 13
Titiskan UV fly finish di bahagian atas kepala dan keringkannya.