Terdapat beberapa prosedur yang perlu dikenal pasti punca masalah enjin sangkut yang sering gagal atau susah dihidupkan. Enjin sangkut adalah sama dengan sistem yang digunakan oleh enjin permotoran yang lain, cuma perbezaannya mungkin pada sistem penyejuk sahaja.
Perkara pertama yang perlu diperiksa adalah palam pencucuhnya, sama ada masih dalam keadaan baik ataupun tidak. Perlu diingat fungsi palam pencucuh adalah menghasilkan tujahan api yang baik dan sekata.
Jadi, sebaiknya periksa ini terlebih dahulu. Sebaiknya palam pencucuh memang patut ditukar setiap kali membuat servis.
Ads
Jika percikan api tiada maka pemeriksaan terhadap cdi ingination perlu dilakukan. Jalan mudah sementara pinjam dari enjin lain yang sama model dan cuba buat pertukaran sementara untuk menentukan masalah tersebut.
Yang kedua, periksa sistem kaburator yang mencampurkan bahan api dan udara yang dihantar kepada piston untuk dijadikan bahan bakar. Ia perlu tepat dan mencukupi agar pembakaran sempurna.
Ads
Kemampatan silinder juga memainkan peranan dari segi ring piston hingga penolakan omboh mengikut kondisi enjin. Bagi enjin yang telah berusia mungkin impak hakisan masa telah menurunkan kemampatan enjin tersebut.
Ads
Sekiranya masalah telah dikenal pasti dan enjin dapat dihidupkan lihat pula sistem penyejuk enjin. Enjin mesti disangkut pada sampan atau tangki percubaan bagi melihat kitaran air agar blok enjin tidak panas dan boleh mengundang enjin menjadi jammed.
Semoga dapat membantu menangani permasalahan ini. Selamat memancing!
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Pada asasnya, assist hook sebenarnya tidak lebih daripada sebentuk mata kail yang dipadankan dengan tali sulaman pendek yang kuat atau kevlar. Atau dalam erti kata lainnya assist hook merupakan satu atau dua mata kail yang telah disambungkan melalui sesuatu ikatan dengan kevlar. Konsepnya sama sahaja dengan mata kail yang telah diikat dengan perambut tangsi atau tali sulam.
Namun assist hook lebih sinonim dengan teknik pancingan mengunjun kepingan besi (jig) atau jigging. Lazimnya juga assist hook ini dipasangkan pula pada split ring. Secara mudahnya, assist hook ialah mata kail khusus yang dipasang jig.
Penggunaan assist hook dalam teknik jigging adalah penting untuk meningkatkan peratusan ikan tercangkuk pada mata kail ketika anda strike ikan. Sambungan terus mata kail pada jig juga boleh digunakan dan ia bukanlah kesalahan. Namun peratusan hook up menggunakan assist hook adalah lebih tinggi.
Selain itu penggunaan assist hook ini turut dapat mengelakkan ikan terlucut atau pun terlepas kerana cangkukkan mata kail lebih solid. Malah dengan menggunakan assist hook dua mata kail membolehkan mata kail yang bebas bergerak (yang tidak tercangkuk pada ikan) tercangkuk pada bahagian ikan lainnya pula. Sekaligus ia menambahkan lagi hook up atau umpama tambahan insuran.
Assist hook biasanya dijual secara berpasangan namun seeloknya buatlah sendiri kerana anda akan lebih berpuas hati dan ia perkara mudah untuk membuatnya dan yang paling penting ia menjimatkan wang anda.
Sekiranya kita memancing spesies bersisik seperti kerapu, jenahak dan kerapu di sesuatu lubuk, di bahagian manakah yang terbaik untuk dilabuhkan umpan? Sama ada di bahagian depan, tengah atau di belakang lubuk?
JAWAPAN:
Jika kita memancing di kawasan lubuk (kawah, lubang, kapal karam atau tukun) sasaran melabuh umpan terbaik adalah di dalam lubuk di mana tempat ikan selalu berkumpul di dasarnya.
Lubuk begini lazimnya lubuk kawah atau lubang yang tiada hadangan di tengah-tengah lubuk.
Namun berbeza jika kita memancing di lubuk yang mana di tengah lubuk terdapat reba, tukun atau kapal karam.
Sudah tentu jika kita melabuhkan umpan di tengah lubuk maka umpan, mata kail dan ladung akan turut sama menjadi tukun.
Jika kita memancing di lubuk sebegini maka sasaran terbaik melabuhkan umpan adalah di bahagian hadapan lubuk.
Seperkara lain lazimnya, ikan-ikan besar sering berada di hadapan dan dalam tukun untuk melakukan serang hendap dan sebagainya.
Lokasi pilihan lain ialah bahagian sisi lubuk sama ada di sebelah kiri atau kanan sisi lubuk. Jangan berada di belakang lubuk kerana kawasan ini terlalu jauh dari zon serangan ikan bersisik.
Kebiasaannya ikan bersisik akan menyerang mangsa dari dalam dan belakang lubuk dengan menerpa arah hadapan di mana terdapat sumber makanan seperti anak ikan yang datang mengikut arus di hadapan lubuk.
Saya merupakan pemancing yang menyokong konsep tangkap dan lepas. Masalahnya, sering terjadi ikan yang saya pancing mudah mati selepas dinaikkan. Apakah yang perlu saya lakukan untuk mengelakkan ikan yang dipancing cepat mati?
JAWAPAN:
Sebenarnya agak sukar kepada saya untuk menjawab persoalan yang dikemukan dengan tepat kerana tidak menyatakan secara jelas jenis pancingan yang dipraktikkan. Begitu juga dengan spesies ikan yang dipancing dan ingin dilepaskan kembali atas konsep tangkap dan lepas. Ini disebabkan tidak semua spesies ikan sesuai untuk konsep tangkap dan lepas. Terutamanya jika pancingan air masin yang mana kebanyakan spesies ikan demersal amat mudah mati selepas didaratkan.
Begitu juga dengan kaedah pancingan yang dipraktikan. Ini kerana teknik pancingan konservatif (menggunakan umpan) lebih mudah mendatangkan kecederaan (mudah mati) mati berbanding teknik pancingan mengilat yang menggunakan umpan tiruan.
Oleh yang demikian, berdasarkan soalan tuan, saya beranggapan mungkin anda memancing ikan toman atau sebarau dengan teknik mengilat menggunakan gewang. Saya beranggapan ikan yang pancing mudah selepas dinaikkan kerana ia kepenatan akibat bertarung habis-habisan dalam proses menyelamatkan nyawa.
Ada beberapa sebab kenapa ikan mudah mati selepas dinaikkan. Antaranya mungkin pertarungan berlangsung agak lama, sebaiknya cubalah daratkan ikan dengan sepantas yang mungkin. Mungkin juga peralatan pancing yang anda gunakan tidak sepadan dengan kekuatan ikan tersebut, sekaligus menyebabkan pertarungan tersebut menjadi lama.
Tiga tahun mengejar ilmu, akhirnya aku lulus semua ujian ku. Bulan depan aku akan memiliki ijazah sarjana muda ekonomi perniagaan. Sementara itu aku cadang...