Ikatan ini merupakan sejenis ikatan yang banyak diguna pakai oleh pemancing berpengalaman. Kelebihan ikatan ini ia tidak terlalu membebankan simpulan sekaligus membuatkan ia mampu bertahan ketika ditekan hebat oleh ikan. Cara menyiapkannya juga tidak terlalu rumit malah korang boleh menghafalnya hanya sekali buat.
Tutorial 1
Masukkan hujung tali perambut ke dalam lubang cincin mata kail.
Tutorial 2
Lingkarkan perambut dengan mengarahkan hujungnya kembali ke lubang cincin yang sama.
Tutorial 3
Masukkan sekali lagi hujung perambut supaya terbentuk dua lilitan pada teras lubang cincin mata kail.
Ads
Tutorial 4
Lingkarkan pula hujung perambut pada perambut utama menghala ke pangkalnya.
Tutorial 5
Lakukan kira-kira 5-7 lilitan pada perambut utama.
Ads
Tutorial 6
Arahkan hujung perambut dan masukkan ke dalam gelung yang terbentuk pada mata kail.
Tutorial 7
Dengan kedua-dua tangan pegang perambut utama, mata kail dan juga bahagian hujung perambut.
Ads
Tutorial 8
Perlahan-lahan tarik perambut utama dan juga bahagian hujung perambut.
Tutorial 9
Tarik dengan kuat sehingga terbentuk satu ikatan pada cincin mata kail.
Tutorial 10
Potong lebihan hujung perambut dan ikatan sudah pun disiapkan.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Simpulan ini adalah satu bentuk ikatan untuk menghubungkan tali perambut dengan mata kail. Simpulan ikatan ini sangat kuat dan amat sesuai digunakan bagi teknik hanyut menggunakan umpan hidup.
Ikatan ini tidak membebankan umpan sekaligus dapat memanjangkan usia umpan hidup sekaligus membuatkan umpan tersebut lebih aktif.
Tutorial Satu
Pertama sekali masukkan bahagian hujung tali ke dalam lubang cincin kira-kira sejengkal panjang.
Tutorial Dua
Kemudian letakkan straw di tengah-tengah tali tersebut.
Tutorial Tiga
Buatkan lilitan dengan hujung tali pada tali utama dan straw.
Tutorial Empat
Lakukan lilitan ke arah lubang cincin.
Tutorial Lima
Buatkan lilitan kira-kira 5-7 kali.
Tutorial Enam
Masukkan hujung tali ke dalam straw hingga keluar di hujungnya.
Tutorial Tujuh
Keluarkan straw kerana ia sudah tidak diperlukan lagi.
Tutorial Lapan
Tarik simpulan perlahan-lahan sambil menyusunnya agak tidak berpintal.
Tutorial Sembilan
Kemaskan simpulan yang dihasilkan dengan seketatnya.
Pilih sotong yang segar. Sotong yang masih segar biasanya memiliki mata hitam bergelang putih dan berkilat. Pilihlah badan sotong yang kelihatan bersinar umpama pelangi apabila dilihat dari sudut yang terkena biasan cahaya. Lihatlah badan sotong dari berbagai sudut untuk memerhati biasan cahaya.
Jika tidak ada sinaran seperti warna pelangi itu bermakna ia kurang efektif untuk dijadikan umpan. Jika masih ada sinar pelanginya itu bermakna sotong tersebut masih mempunyai pigmen yang berupaya untuk menyerap cahaya dan memantul kembali seperti luminous.
Sotong hendaklah disimpan dalam satu baris di dalam kotak atau tupperware. Jika sotong hendak diletakkan di dalam keadaan bertindan, sebaiknya anda letak kain lembut atau plastik di antara keduanya supaya tiada kesan tindanan di antara satu sama lain. Badan sotong yang bertindanan akan menyebabkan ia cepat rosak. Kemudian simpan dalam peti sejuk.
Jika anda memancing pada waktu malam, sebelum umpan sotong dilabuhkan, sebaiknya suluh dulu umpan tersebut dengan lampu suluh anda dalam anggaran 30-45 saat. Jika ada lampu biru atau cahaya ultraviolet atau lampu LED lebih baik.
Pigmen pada badan sotong akan menyerap cahaya tersebut dan akan memancarkannya kembali di dalam air laut yg gelap. Ini akan membuatkan umpan kelihatan seperti sotong hidup yang dalam kesakitan.
Semua jenis sotong mempunyai pigmen tersebut, oleh itu pandai-pandailah anda memilih sotong untuk kegunaan pancingan anda.
Ikatan knot ini merupakan antara ikatan terkuat bagi menghubungkan mata kail dengan perambut berdiameter tinggi.
Ia mampu mengukuhkan ikatan perambut sehingga 200 lb dengan sempurna. Jika menggunakan perambut halus memadai dengan 4-5 lilitan, sebaliknya jika menggunakan perambut kasar, memadai 3 lilitan sahaja. Walaubagaimana pun ia tidak sesuai jika menggunakan leader 100% fluorocarbon.
Tutorial 1
Masukkan perambut ke lubang cincin kira-kira sekaki panjang atau lebih.
Tutorial 2
Pegang kedua-dua bahagian tali (tali utama dan tali yang keluar dari lubang cincin) dengan keadaan hujung tali sepanjang sejengkal.
Tutorial 3
Sebaiknya sangkut mata kail pada sesuatu dan kemudian lakukan lilitan pada dua bahagian tali tersebut dengan bahagian hujung tali.
Tutorial 4
Setelah melakukan lilitan sebanyak 4-6 kali, masukkan bahagian hujung tali ke dalam gelung antara dua bahagian tali utama tadi.
Tutorial 5
Kemudian arahkan hujung tali ke bahagian jari yang memegang pertemuan dua tali itu dan masukkan ke dalam gelung yang terhasil.
Tutorial 6
Pegang kesemua bahagian tali dan kemudian cubalah Tarik perlahan-lahan agar terhasil simpulan.
Tutorial 7
Satu ikatan akan terhasil.
Tutorial 8
Kemudian tarik bahagian tali utama dan ikatan yang terhasil akan bergerak ke arah cincin mata kail. Ketatkan simpulan ini dengan kuat, kemudian barulah potong lebihan hujung tali.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...