Ramai yang memilih untuk tidak menggunakan mata kail tanpa lubang cincin (eyeless hook) kerana berhadapan kesukaran untuk mengikatnya dengan kemas. Sebenarnya ada pelbagai jenis ikatan yang boleh dicuba tetapi ikatan knotless knot ini merupakan ikatan terbaik yang telah dicuba.
Cara untuk mengikatnya juga tidak terlalu rumit untuk dipraktikkan. Jom kita buat bersama.
Tutorial 1
Terus lekapkan tali pada teras belakang mata kail (tak perlu masukkan ke lubang cincin mata kail kerana mata kail ini tak ada lubang cincin).
Tutorial 2
Buatkan satu lingkaran kecil dan pegang lingkaran dengan jari.
Tutorial 3
Lilitkan hujung tali pada teras mata kail menghala ke arah hujung teras.
Tutorial 4
Teruskan melilit sehingga terhasil 5 hingga 7 lilitan.
Tutorial 5
Setelah membuat lilitan terakhir, masukkan atau selitkan hujung tali di antara mata kail dan tali utama (Tutorial paling betul dilakukan dengan betul kerana ia menjadi kunci ikatan daripada terlucut dari mata kail).
Tutorial 6
Setelah itu masukkan hujung tali ke dalam lingkaran yang dihasilkan tadi.
Tutorial 7
Tarik hujung tali dan tali utama sehingga ikatan menjadi ketat.
Tutorial 8
Tarik tali utama sehingga ikatan merapat kemas pada lubang cincin dan potong lebihan hujung tali.
Ramai pemancing yang kurang yakin dengan ikatan arbot knot disebabkan disebabkan teknik simpulannya yang sangat simple. Tapi tahukah korang di sebalik teknik simpulannya yang sangat ringkas itu, ia merupakan kaedah ikatan yang paling banyak digunakan oleh para nelayan terutamanya oleh perawai. Begitu juga pemancing-pemancing otai yang mengamalkan teknik pancingan dasar sejak sekian lama.
Arbor knot adalah ikatan terbaik bagi menghubungkan mata kail dengan perambut kasar melebihi 50lb. Namun ia kurang sesuai jika menggunakan perambut kecil kurang dari 50lb. Jom try buat ikatan yang merupakan ikatan paling awal ini.
Tutorial 1
Masukkan hujung perambut ke dalam cincin mata kail kira-kira sejengkal (pastikan mata kail yang digunakan memiliki lubang cincin yang luas). Kemudian buat simpulan mati pada hujung perambut. Pastikan simpulan ini diketatkan dengan sekuat mungkin. Gunakan player untuk menariknya dengan kuat.
Tutorial 2
Buat simpulan mati kedua dengan membelitkan hujung perambut dengan bahagian perambut utama (bahagian perambut sebelum memasuki lubang cincin mata kail).
Tutorial 3
Jerut simpulan yang dihasilkan dengan teliti dan pastikan simpulan mati pertama yang dihasilkan tadi berada di luar jerutan kedua.
Tutorial 4
Tarik bahagian perambut utama sehingga jerutan kedua yang dihasilkan itu merapati bahagian cincin mata kail. Jerut dengan sekuat yang mampu sehingga jerutan pertama tertekan pada jerutan kedua. Jerutan pertama ini sebenarnya adalah stopper kepada ikatan ini.
Tutorial 5
Tarik ikatan dengan menggunakan playar bagi memegang mata kail. Selepas itu potonglah lebihan tali pada bahagian hujung tali. Ikatan yang dihasilkan tidak akan berlerai walaupun kelihatan tidak mampat. Namun inilah kunci kekuatan ini sebenarnya. Dalam tempoh kurang dari seminit ia sudah disiapkan!
Kebanyakan kekili low profile atau baitcasting reel (BC) mempunyai komponen yang hampir sama. Oleh yang demikian korang boleh servis sendiri jika mengetahui cara-cara asasnya.
Kekili Daiwa Pixy Type-R yang kami gunakan ini hanya sebagai contoh sahaja. Servis yang dilakukan ini sekadar untuk proses servis minor untuk pembersihan dan peminyakan komponen.
Barang keperluan:
Screwdriver set
Rachet spanar
Spool pin removal
Minyak Zippo
Kain bersih
Air blow
Grease oil
Bearing oil
Cotton bud
Berus lukisan
Bekas kosong
Bekas bertutup
Cara-Cara Servis:
Langkah 1
Buka kesemua skru dengan cermat.
Langkah 2
Gunakan rachet spanar untuk membuka nut. Penggunaan alat ini, lebih baik dari menggunakan spanar biasa.
Langkah 3
Buka star drag dengan cermat.
Langkah 4
Ruang penutup yang telah dibuka. Perhatikan keadaan gris pada kekili sama ada perlu dibersihkan keseluruhan, perlu di cuci atau ditambah gris baru.
Langkah 5
Tanggalkan kepingan washer pada pinion gear.
Langkah 6
Tanggalkan bearing dari semua tempat.
Langkah 7
Asingkan part penting mengikut bekas berbeza. Asingkan bearing dalam satu bekas khas untuk tujuan dicuci.
Langkah 8
Susun kesemua part yang telah dibuka mengikut kedudukan ia dibuka. Ini bagi mengelakkan anda terlupa dan memudahkan pemasangan semula.
Langkah 9
Kekili Daiwa Pixy Type-R memiliki 1 bearing pada bahagian spool. Gunakan spool pin removal untuk membukanya.
Langkah 10
Gunakan minyak Zippo untuk mencuci kesemua bearing. Sebaiknya biarkan ia direndam dalam tempoh 3-5 minit terlebih dahulu.
Langkah 11
Gunakan air blow untuk lebih cepat mengeringkan bahagian dalam (ball bearing).
Langkah 12
Gunakan oil bearing mengikut kesukaan anda dan apakah penggunaan gewang anda anda mahukan, sama ada mikro atau gewang berat.
Langkah 13
Sapu gease oil menggunakan berus lukisan (tidak terlalu tebal @ nipis) pada semua part, termasuklah di pinion dan main gear.
Langkah 14
Sapu gease oil menggunakan berus lukisan (tidak terlalu tebal @ nipis) pada semua part, termasuklah di pinion dan main gear.
Langkah 15
Sapu dengan sekata dan pasang semula kesemua bahagian yang telah dibuka.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...