Ikatan double davy atau double davy knot merupakan kesinambungan ikatan davy. Atau bolehlah dianggap sebagai ikatan davy yang diperbaiki. Tutorial ini tidak banyak berbeza kecuali beberapa step tambahan dilakukan bagi mengukuhkan lagi ikatan tersebut.
Tutorial 1
Masukkan tali utama ke lubang mata kail atau swivel.
Tutorial 2
Buatkan lingkaran dengan keadaan hujung tali menindih tali utama.
IKLAN
Tutorial 3
Lilitkan hujung tali ke bawah tali utama kemudian tindihkan hujung tali pada lingkaran tadi.
Tutorial 4
IKLAN
Lilitkan hujung tali ke bawah lingkaran dan tindihkan pula pada tali utama.
Tutorial 5
Buatkan satu lilitan pada tali utama dan halakan hujung tali ke arah mata kail.
IKLAN
Tutorial 6
Tarik perlahan-lahan hujung tali dan tali utama.
Tutorial 7
Ketatkan ikatan dan potong lebihkan tali.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Langkah pertama untuk menyiang ikan haruan ialah mematikannya jika ia masih hidup. Cara paling cepat adalah dengan mengetuk bahagian belakang kepalanya. Paling tepat adalah pada bahagian penyambungan kepala dan badannya.
Kemudian cari ranting pokok atau kayu bulat sebesar jari dan panjang kira-kira sejengkal. Tusuk hujung kayu ke dalam mulut haruan hingga ke insangnya.
Fungsi kayu tersebut sebagai tempat memegang kerana badan haruan agak licin untuk dipegang ketika menyiangnya.
Tulang insang yang berduri akan membuatkan kayu tidak mudah tergelincir keluar. Malah, anda boleh mengeluarkan insang ikan melalui mulutnya dengan dua batang kayu bulat kecil seperti chopstick, jika pandai.
Setelah dibuang semua sisik ikan, buang juga semua sirip sama ada dengan memotong atau mengguntingnya.
Jika rajin, anda juga boleh memotong sedikit muncung haruan bagi mengeluarkan giginya. Gigi ikan yang tidak dibuang boleh menyebabkan mulut kita terluka ketika memakannya nanti.
Setelah sirip ikan dibuang, barulah kita membuang perut ikan dengan cara memutuskan sambungan badan pada bahagian bawah kepalanya. Kemudian barulah membelah bahagian bawah kepalanya hingga ke perut.
Kemudian keluarkan semua isi perutnya dan potong badan ikan mengikut kesesuaian dan selera anda. Akhir sekali potongan ikan dibersihkan dan gunalah petua yang anda anda untuk menghilangkan rasa hanyir.
Seperkara lain, sekiranya haruan itu bertelur, telur haruan itu boleh diambil kerana ia juga sedap dimakan.
Perut ikan haruan sebenarnya juga boleh dimakan tetapi perlu dibersihkan dengan rapi terlebih dahulu. Dan yang paling penting pundi hempedunya perlu dibuang.
Sekiranya hempedu ini tidak dibuang buang atau pecah, ia boleh menyebabkan daging ikan menjadi pahit.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Penggunaan mata kail berangkai seperti mata rambai atau cakar ayam sangat efektif memancing di kolam kerana ia memberi kelebihan umpama mata 3 apabila membuat sembatan. Bagi penggemar rohu, ia adalah senjata ampuh untuk menewaskannya, selain sang pacu yang gemar memutuskan tali.
Jika anda kaki kolam, mata rambai yang dibeli di kedai, ada kalanya mampu menyedihkan anda apabila mata kail sering kali terlucut kerana ikatannya tidak kuat. Jadi untuk lebih berpuas hati, apa kata buat sendiri mata rambai ini.
Barang yang diperlukan:
Tali tangsi 20-25lb
Mata kail saiz 4
Playar
Plier pemotong
Super glue
Cara-cara menghasilkannya.
Tutorial 1
Ukur tali dua jengkal.
Tutorial 2
Kemudian lipat dua tali berkenaan.
Tutorial 3
Kemudian lipat tiga.
Tutorial 4
Masukkan swivel ke dalam gelungan tali.
Tutorial 5
Letakkan swivel di tengah tali. Lebihkan satu jengkal.
Tutorial 6
Potong tali selepas diukur.
Tutorial 7
Ikat swivel pada mana-mana objek yang kuat. Kemudian asingkan tali yang paling panjang dan mulakan sulaman sebanyak 15 kali.
Tutorial 8
Ukur sama panjang dan potong lipatan tali tadi.
Tutorial 9
Pisahkan kesemua tali dan ia akan kelihatan seperti ini.
Tutorial 10
Ambil 1 bahagian tali, kemudian ambil tali yang panjang dan pintal sebanyak 5 kali pada tali yang diasingkan tadi.
Tutorial 11
Setelah dipintal, jerut dengan kuat seperti gambar di atas.
Tutorial 12
Lengkapkan pintalan pada semua bahagian tali.
Tutorial 13
Hasil tali yang telah dijerut.
Tutorial 14
Gunakan sebarang objek sebagai pengukur bagi mendapatkan ukuran yang sama.
Tutorial 15
Hasil daripada tali yang telah ditanda
Tutorial 16
Mulakan ikatan mata kail.
Tutorial 17
Tarik dengan kuat dan berhati-hati.
Tutorial 18
Potong lebihan pada tali perambut.
Tutorial 19
Letakkan super glue pada setiap ikatan mata kail.Mata kail rambai yang telah siap.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...