Tutorial Buat Sendiri Perambut Mata Kail Berangkai

Share

 

Walaupun mata kail berangkai atau mata rambai sudah banyak diharamkan penggunaannya di kolam-kolam pancing komersial, tetapi di padang pancing bebas seperti lombong, tasik atau sungai masih boleh diguna pakai.

 

Mata rambai jenis perambut kevlar lembut mudah dicari di kedai-kedai pancing namun kualitinya agak berkurang. Ia lebih bagus jika kita mampu menghasilkannya sendiri dan untuk menghasilkan mata rambai ini sebenarnya tidaklah sesukar mana.

 

Barang yang diperlukan:

 

Tali nylon monofilament 20-30lb

Mata kail saiz 4

Playar

Playar pemotong

Gam gajah

 

Cara-cara menghasilkannya.

 

Tutorial 1

Ukur tali perambut kira-kira dua jengkal.

 

Tutorial 2

Kemudian lipat dua tali berkenaan.

 

Tutorial 3

Kemudian lipat tiga.

 

Tutorial 4

Masukkan swivel ke dalam gelungan tali.

 

Tutorial 5

Letakkan swivel di tengah tali. Lebihkan satu jengkal.

 

Tutorial 6

Potong tali selepas diukur.

 

Tutorial 7

Ikat swivel pada mana-mana objek yang kuat. Kemudian asingkan tali yang paling panjang dan mulakan sulaman sebanyak 15 kali.

 

Tutorial 8

Ukur sama panjang dan potong lipatan tali tadi.

 

Tutorial 9

Pisahkan kesemua tali dan ia akan kelihatan seperti ini.

 

Tutorial 10

Ambil 1 bahagian tali, kemudian ambil tali yang panjang dan pintal sebanyak 5 kali pada tali yang diasingkan tadi.

 

Tutorial 11

Setelah dipintal, jerut dengan kuat seperti gambar di atas.

 

Tutorial 12

Lengkapkan pintalan pada semua bahagian tali.

 

Tutorial 13

Hasil tali yang telah dijerut.

 

Tutorial 14

Gunakan sebarang objek sebagai pengukur bagi mendapatkan ukuran yang sama.

 

Tutorial 15

Hasil daripada tali yang telah ditanda

 

Tutorial 16

Mulakan ikatan mata kail.

 

Tutorial 17

Tarik dengan kuat dan berhati-hati.

 

Tutorial 18

Potong lebihan pada tali perambut.

 

Tutorial 19

Letakkan super glue pada setiap ikatan mata kail.

 

Tutorial 20

Mata kail rambai yang telah siap.

Published by
Amang