Untuk menghasilkan assist hook untuk heavy jigging ini tidaklah sesukar mana. Sesiapa pun boleh hasilkannya dengan syarat fokus dan rajin. Malah dengan menghasilkan sendiri assist hook ini anda dapat menilai sendiri di mana kelebihan dan kekuatannya berbanding assist yang terdapat di pasaran.
Barang keperluan:
Kevlar
Mata kail
Solid ring
Split ring
Shrink tube
Tutorial 1
Masukkan hujung tali kevlar ke dalam lubang cincin mata kail.
Tutorial 2
Masukkan pula split ring ke hujung tali melalui bahagian hujung tali itu juga.
Tutorial 3
Masukkan kembali hujung tali kevlar ke lubang cincin mata kail. Pastikan lubang cincin mata kail agak besar.
Tutorial 4
Buat ukuran sepanjang mana kevlar dengan siaz jig sebelum memotong tali kevlar. Sebaiknya panjang kevlar adalah 3/4 daripada panjang jig.
Tutorial 5
Buatkan satu simpulan biasa atau simpulan mati pada kedua-dua hujung tali kevlar. Namun jangan dimatikan terus simpulan tersebut.
Tutorial 6
Masukkan hujung mata kail ke dalam simpulan yang telah dihasilkan itu.
Tutorial 7
Ketatkan simpulan atau ikatan yang terhasil pada teras mata kail dengan sekuat yang mampu.
Tutorial 8
Letakkan gam pada ikatan dan potong sedikit lebihan simpulan (gam hanyalah untuk proses tambahan bagi menguatkan lagi ikatan).
Tutorial 9
Masukkan shrink tube menutupi simpulan dan bakar dengan lighter untuk mengecutkannya. Maka siaplah satu assist hook untuk digunakan.