Ikan pirana atau piranha ialah sejenis ikan omnivor kecil air tawar yang tinggal berkumpulan terutamanya di sungai-sungai Amerika Selatan.
Ikan ini mempunyai banyak gigi yang sangat tajam digunakan untuk memakan mangsa. ia juga mempunyai deria bau yang sangat kuat seperti ikan jerung dan menggemari darah.
Ikan pirana disebut sebagai `Ikan Pirana’. Bunyi huruf H itu tidak kedengaran. Dan banyak lagi fakta menarik berkaitan ikan pirana ini.
Semua ikan pirana hidup di sungai air tawar tropika, tasik, dan laguna di bahagian utara Amerika Selatan.
Ads
Terdapat antara 30-60 spesies pirana.
Gigi ikan pirana berbentuk segi tiga dan sangat tajam mengalahkan gigi ikan jerung.
Ads
Hanya 3 spesies pirana dianggap berbahaya kepada manusia:
Piranha hitam
Piranha perut merah (purata berukuran 13 inci dan 3 paun)
Sao Francisco Piranha (terbesar pada 24 inci dan 13 paun)
Tidak ada serangan maut pada manusia kerana pirana hanya menggigit jari, jari kaki dan bahagian kaki dan punggung.
Ikan pirana hidup 10-25 tahun.
Ads
Shoals (kumpulan) sehingga 1000 pirana kekal bersama untuk bertahan, tidak semestinya untuk memburu.
Kebanyakan Pirana adalah omnivora yang makan daging (scavenge terutamanya), bijian dan buah-buahan.
Pemangsa termasuk caimans (buaya kecil), memerangsungai, ikan besar, dan burung-burung (burung besar).
Apabila pirana menyerang haiwan besar, mereka makan daging dan otot dalam beberapa saat, dan hanya meninggalkan tulang kerangka.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Tubuhnya berwarna keperakan dengan serangkaian garis lintang yang samar di sepanjang barisan sisik dan bahagian sirip dorsal gelap dan lembut. Gelama bongkok boleh ditemyi di perairan pantai cetek dan kedalaman maksimum sekitar 60 meter.
Nibea soldado, umumnya dikenal sebagai soldier croaker adalah spesies ikan asli India Utara dan Samudra Pasifik barat, dan ditemukan di muara Asia selatan dan tenggara, Indochina, dan Australia utara.
Ikan gelama, ibu gelama dan senangin Taiwan adalah anggota keluarga Sciaenidae. Mereka tersebar di lautan Atlantik, India, dan Pasifik. Mereka dapat dikenali dengan memiliki sirip punggung yang panjang dengan lekukan yang dalam antara bahagian yang keras dan yang lembut, tetapi bagian tersebut jarang terpisah.
Juga, garis rusuk mereka berlanjut hingga ke ujung sirip ekor. Namun, identifikasi spesies yang tepat dari keluarga ini tidak mungkin dilakukan tanpa pemeriksaan pundi renang dan otoliths yang memerlukan pemotongan dan ujikaji kompleks pada ikan.
Keluarga croaker umumnya menghuni perairan pantai di landas kontinen, tetapi juga terjadi di muara dan sungai, terutama di musim membiak dan ketika larva dan jevenil. Sebagian besar dari mereka ditemukan di dasar berlumpur atau berpasir.
Beberapa kumpulan turut ditemui di beting besar dan merupakan objek perikanan yang cukup besar. Mereka adalah spesies karnivor yang hidup di bahagian bawah, memakan krustasea kecil, ikan, dan organisme bentik. Ikan gelama bongkok mampu membesar panjang sehingga 60cm namun spesimen terbesar yang ditemui sekitar 40cm sahaja.
Ikan haruan mempunyai banyak jenis dan gelaran yang mungkin sebahagian daripada kita tidak kenal. Jenis-jenis haruan adalah seperti haruan todak, haruan palas, toman bunga dan bujuk. Selain daripada 4 jenis ikan haruan di atas, saya juga pernah jumpa Ikan haruan tasik (jenis ikan di laut) dan ikan harun bodoh (ketutu).
Saya mengenali beberapa jenis ikan tersebut kerana memang ada terdapat pada sawah dan anak sungai di kampung dahulu. Kumpulan ikan ini adalah jenis ikan yang suka menyambar makanannya seperti anak ikan, katak, cicak dan umpan pada mata kain dan menarik dengan kuat ketika memancing.
Mulutnya yang besar dan pergerakannya yang sukar dikesan oleh mangsa menyebabkan ikan haruan merupakan ikan yang hebat dalam air. Saya memang suka memancing ikan haruan di kampung zaman remaja dulu dan jarang-jarang kecewa walaupun menggunakan mata kail buatan sendiri.
Ikan Haruan todak atau juga dikenali sebagai ikan kedak merupakan ikan air tawar. Nama saintifiknya adalah Channa gachua. Ikan haruan todak boleh didapati di kawasan air sungai berjeram dan berair jernih.
Diet utamanya adalah anak-anak udang, dan serangga kecil. Saya pernah mengail ikan ini dahulu di kawasan sungai di kaki Gunung Ledang dekat Sagil, Tangkak. Memang tidak mudah untuk mendapatkan ikan ini kerana pada air jernih ia amat sukar untuk ditangkap.
Ikan haruan palas pula merupakan ikan air tawar. Nama saintifiknya adalah Channa melasoma. Ikan Haruan palas mempunyai warna kebiru-biruan di sebelah bawah badannya sementara bahagian lain berwarna agak gelap atau sedikit coklat bergantung kepada kualiti air.
Ikan haruan palas mendiami kawasan-kawasan berpaya dan kawasan-kawasan yang kandungan pH airnya rendah atau senang dikatakan agak berasid. Diet utamanya adalah anak-anak ikan dan juga udang, katak, cengkerik dan cacing. Ikan jenis ini pernah saya dapat dikawasan Paya Serompong iaitu kawasan paya yang agak luas dan mempunyai habitat sesuai untuk ikan jenis ini.
Ikan toman bunga atau juga dikenali sebagai ikan jelai, jaloi, kuang, kerandang, merupakan ikan air tawar. Nama saintifiknya adalah Channa marulloides. Ikan toman bunga merupakan ikan pemangsa jenis ikan seperti kepala ular.
Ikan toman bunga mendiami sungai, tasik dan kawasan berpaya berair gambut mendiami kawasan-kawasan berpaya dan kawasan-kawasan yang kandungan pH airnya rendah, sama seperti ikan haruan palas dan juga ikan bujuk.
Diet utamanya adalah anak-anak ikan dan juga udang, katak, serangga kecil seperti cengkerik, dan cacing. Saya juga pernah menangkap ikan jenis ini yang tersangkut pada jaring yang dipasang di kawasan paya di Kg Batu 27, Lenga, Muar dan sangat puas hati apabila digoreng dan makan dengan nasi panas.
Ikan Bujuk adalah tergolong dalam ikan air tawar yang terdapat di negara-negara ASEAN, termasuk di Malaysia. Nama saintifiknya Channa Lucius. Ikan ini suka mendiami anak sungai yang mengalir dan kawasan paya. Ikan bujuk mempunyai warna gelap di bahagian bawah (coklat kehitaman) dan agak terang sedikit di bahagian atasnya.
Ikan ini suka makan anak-anak ikan, serangga kecil, katak dan juga cengkerik serta bersifat seperti haruan lain yang cekap memburu mangsanya. Saya banyak kali memancing ikan bujuk di kawasan anak sungai Parit Pelampong depan rumah dan rasa ikan haruan jenis ini memang enak sekali.
Negara kita sendiri kaya dengan spesies ikan air tawar yang bernilai, tidak kira daripada segi harga pasaran, nilai kekuatan pertarungan ataupun kepuasan tersendiri saat menaikkan spesies yang sukar dipancing.
PATIN
Nama saintifik: Pangasius pangasius, P. sutchi, P. nasutus, P. gigas
Nama umum: Shark catfish, River catfish
Nama tempatan: Patin, Mekong, Patin buah, Patin muncung
Ikan patin merupakan spesies yang terkenal tidak kira sebagai hidangan atau pertarungan bagi pemancing di Malaysia. Patin liar boleh dijumpai di lombong atau sungai. Spesies ini sinonim dengan bandar Temerloh di Pahang sebagai hidangan dan bernilai tinggi.
Terdapat tiga spesies yang direkodkan berasal dari semenanjung iaitu patin buah (Pangasius nasutus), patin juara (P. micronemus) dan patin muncung (Helicophagus waandersii). Patin liar mempunyai nilai yang lebih tinggi berbanding patin sangkar atau ternak.
Bagi pemancing pula, selain patin liar, patin Mekong (Pangasionodon gigas) yang merupakan spesies berasal dari Thailand paling memberi kepuasan dalam pertarungan.
Selain itu, patin juga menjadi spesies penting dalam sektor akuakultur kerana mudah diternak. Sehingga kini terdapat lebih kurang 30 spesies dari tiga genus berbeza bagi ikan dari keluarga Pangasiidae ini.
Kaedah Memancing
Patin liar yang bersaiz besar biasanya mendiami lubuk-lubuk yang dalam di dalam sungai atau lombong. Ia bersifat omnivor dengan diet utama seperti cacing, lundi serangga, buah-buahan, ikan kecil dan udang.
Bagi pancingan di kolam, biasanya penggunaan roti, pellet dan dedak bersama perisa pandan atau strawberi sangat popular. Pelbagai resipi umpan untuk patin boleh didapati sekarang. Rajinkan bertanya kepada otai-otai kolam atau cuba adunan resipi sendiri untuk memikat sesies ini.
BAUNG
Nama saintifik: Mystus nemurus
Nama umum: Malaysian river catfish
Nama tempatan: Baung
Ikan baung merupakan antara spesies air tawar yang berasal dari Malaysia. Baung dikatakan mempunyai potensi besar dalam bidang akuakultur untuk diternak. Selain rasa yang agak lazat, baung juga menjadi spesies popular bagi pemancing. Secara morfologinya, baung mempunyai dua pasang barbel atau misai dibahagian kepalanya.
Habitat baung biasanya di sungai-sungai atau tasik yang besar. Selain itu, ia bersifat pemakan dasar yang memakan pelbagai jenis makanan termasuk invertebrata benthic, krustasia, ikan, udang dan serangga sebagai diet utamanya.
Kaedah Memancing
Waktu yang paling sesuai untuk memancing baung ialah pada waktu malam dengan teknik pancingan dasar. Antara umpan popular bagi menjerat baung di kalangan pemancing ialah cacing, perut atau kulit ayam, anak ikan dan umpan tapa.
Teknik pancingan asas sahaja sudah mencukupi untuk memancing baung dan kalau kena lubuknya, tak menang tangan nak melayan.
Selain pancingan dasar, ikan baung juga boleh dipancing dengan teknik mengilat dan trolling. Gewang yang berkesan untuk baung ialah gewang selaman dalam dengan karauan perlahan.
KENERAK
Nama saintifik : Bagarius bagarius
Nama umum : Devil catfish, Goonch
Nama tempatan : Kenerak, Hantu, Baung Bodoh, Baung Askar
Kenerak (Bagarius bagarius) atau baung kenerak antara spesies yang unik. Ia unik kerana warna badannya coklat kehijauan dan bertompok-tompok seakan pakaian askar. Selain itu, rupanya juga dikatakan agak menakutkan.
Namun begitu, Ia tetap menjadi buruan kerana sifat melawan serta rasanya yang sedap lantas mendapat permintaan yang tinggi. Kenerak biasanya mendiami kawasan yang berarus deras dan berjeram di celah-celah batu dan kayu.
Bagi saiz dewasa ia tinggal di kawasan yang dalam serta luas atau sederhana luas. Walaupun laporan dari luar negara menunjukkan kenerak bersaiz mega, namun di Malaysia, kenerak bersaiz belasan kilogram sudah semakin sukar ditemui melainkan saiz biasa.
Kaedah Memancing
Spesies ini lebih mudah dijumpai di kawasan sungai berbatu yang berarus deras atau berjeram. Umpan yang biasa digunakan hampir sama untuk memancing baung. Umpan anak ikan atau serangga juga menjadi pilihan kenerak.
Bagi kawasan luas seperti sungai berbatu, anda mungkin boleh menggunakan gewang untuk menjerat kenerak. Gunakan gewang selaman dalam dan warna terang kerana sifatnya yang tinggal di dasar.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...