Belut Moray terbahagi kepada dua kluster iaitu True Moray dan Snake Moray. Kluster pertama adalah yang paling umum ditemui dan memiliki sekitar 166 spesies. Perbezaan utama dari kedua kluster ini adalah sirip pada bahagian dorsal belut ini.
Spesies terbesar mampu mencapai 30 kilogram
Ads
Spesies terbesar dari Belut Moray adalah giant moray (Gymnothorax javanicus). Dengan panjang mencapai 8 kaki dan beratnya lebih dari 30kilogram menjadikannya spesies terbesar dalam keluarga Moray. Giant Moray boleh ditemui di Laut Merah, Afrika bahagian timur, hingga Laut Indo Pasifik.
Kebanyakan Moray adalah haiwan nocturnal
Ads
Jika anda ingin melihat Belut Moray, cubalah menyelam pada malam hari adalah waktu yang tepat. Kebanyakan dari spesies Moray adalah haiwan nocturnal yang banyak beraktiviti pada malam hari. Namun ada juga spesies yang aktif pada siang hari seperti Echidna catenata.
Tahap penglihatan yang kurang
Ads
Belut moray ternyata mempunyai penglihatan yang buruk. Oleh yang demikian mereka lebih memanfaatkan deria bau dan gerakan mangsanya untuk berburu di bawah air. Kerana itu kita harus hati-hati jika memberi makan belut ini, kerana bukan hanya makanan tetapi jari anda juga mungkin akan tergigit sama oleh belut ini.
Dilengkapi 2 rahang padu
Perkara yang paling mengejutkan adalah Belut Moray ternyata mempunyai dua rahang yang masing-masing dilengkapi dua set gigi yang sangat tajam. Rahang pertama terletak di mulut Belut Moray dan rahang lainnya terletak pada tenggorok yang berfungsi untuk memecah makanan yang kemudian masuk ke sistem pencernaannya.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Ikan siakap putih dikenali dengan panggilan siakap di sebelah Pantai Barat dan kakap putih di Pantai Timur Semenanjung. Nama Inggerisnya barramundi atau giant perch.
Siakap boleh dikategorikan sebagai ikan sukan kerana sifatnya semulajadinya yang gemar membuat loncatan ke udara ketika beraksi dengan pemancing.
Aksi akrobatik siakap sememangnya digemari oleh kebanyakan pemancing di merata tempat terutama di sebelah utara Australia.
Spesies siakap dianggap unik kerana memiliki keupayaan menukar jantina dari jantan ke betina secara semula jadi apabila saiz melebihi 5kg atau 2 tahun ke atas mengikut keperluan.
Ini bermakna siakap putih yang ditangkap melebihi berat 5kg besar kemungkinan adalah betina.
Satu lagi kemampuan ikan tidak bergigi ini ialah kemampuan mendiami air payau mahupun air tawar.
Kerana kemampuannya menyesuaikan diri di kawasan air yang kadar kemasinan kurang dan tahan lasak, siakap putih amat popular di kalangan penternak ikan sangkar di serata muara semenanjung.
Ia mempunyai permintaan yang tinggi manakala yang lebih besar mendapat permintaan tinggi dari pengusaha kolam pancing komersial.
Bentuk Dan Ciri Fizikal
Kepala berbentuk seperti ikan belida. Ia juga seakan-akan ikan siakap nile atau Nile perch (Lates niloticus) di mana kepala tirus mendatar di bahagian atas dan menirus leper dari pangkal tengkuk hingga ke bahagian mulut.
Badannya pula lebih gempal berbanding saiz kepala yang dimiliki. Ekornya separa bulat dan lebar. Sirip ekor di hujung berwarna hitam gelap.
Bermata kecil bersinar pada waktu malam dan apabila diterangi cahaya lampu ia menjadi merah cerah dan bersinar.
Ketika juvenil, ikan ini mudah dikenali jika dipandang dari atas berpandukan jalur putih dari kepala hingga pangkal badan yang cukup jelas dan sirip lebih gelap dari atas.
Habitat
Siakap putih merupakan ikan yang mendiami satu-satu kawasan secara berperingkat. Induk akan bertelur di antara bulan September-Oktober di muara sungai terutama kawasan berlumpur dasar yang mempunyai tahap kemasinan 2-3 peratus.
Anak-anak siakap pula akan menyusuri masuk ke anak sungai untuk membesar, kawasan yang mempunyai sumber makanan yang cukup dan sebagai kawasan yang selamat dari pemangsa.
Apabila saiz meningkat ia akan keluar ke kawasan yang lebih luas terutama di sungai hingga ke kuala.
Ia mampu mencapai seberat lebih dari 40kg dan saiz sebegini hanya mendiami di kawasan sungai yang lebih besar dan air dalam.
Pada amnya siakap putih lebih tertumpu di muara sungai di kawasan di mana ia senang memburu mangsa. Pergerakan siakap putih berkait rapat dengan peredaran arus pasang surut.
Ketika air pasang (air besar) siakap putih sering dilihat menghambur ke udara mengejar anak-anak ikan di tepi air dan di celah-celah pokok bakau kawasan di mana ikan belanak bermain.
Kawasan perairan pantai juga menjadi tempat pilihan siakap putih yang besar menghuni. Ia jarang meronda ke tengah laut dan hanya berlegar di sekitar kurang dari 2km di kawasan pantai terutama yang berdekatan dengan muara sungai.
Profil ringkas siakap
Nama saintifik: Lates Calcarifer
Famili: Centropomidae
Nama Lain: Siakap putih, kakap putih, selungsung,
Ciri fizikal: Bersisik putih keperakan, pandangan dari atas kelihatan gelap, tidak bergigi, warna gelap di kebanyakan hujung ekor dan sirip.
Diet: Ikan, udang, dan anak-anak ikan yang kebanyakkannya jenis yang mendiami muara.
Habitat: Muara sungai / kuala dan persisiran pantai. Dari kawasan air payau hingga air masin.
Taburan: Selatan Jepun hingga Utara Australia. Hampir di setiap kuala sungai di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
Sejak dari kecil memancing ikan puyu ini, tidak pernah sekali pun terlintas di fikiran untuk membezakan jantina ikan ini.
Apa yang selalu difikirkan ialah bagaimana hendak memancingnya dan apa yang hendak dibuat apabila sudah memperolehinya.
Bagi tidak menghampakan beberapa permintaan yang bertanyakan perbezaan spesies ini, berikut dikumpulkan beberapa penjelasan bagi membezakan puyu jantan dan puyu betina.
Ikan puyu jantan biasanya berbadan kecil, sirip bawah agak panjang, bentuk badan memanjang.
Tips paling senang, urut perlahan-lahan di bahagian abdomen ke arah alat sulitnya. Perhatikan ada cecair putih keluar sedikit dari alat sulitnya. Itu menunjukkan ia ikan puyu jantan.
Ikan puyu betina pula badan agak lebar, perut buncit. Urut perlahan-lahan di bahagian abdomen, perhatikan betul-betul akan ada keluar butiran kecil (telur ikan).
Namun pastikan ikan-ikan ini sudah cukup tempoh kematangannya.
Ikan jantan tubuhnya lebih kecil dari ikan betina. Ikan jantan akan bergerak lebih lincah dari ikan betina.
Ikan jantan mempunyai satu lubang pada kelamin sedangkan ikan betina mempunyai dua lubang pada kelaminnya.
Dan apabila ikan jantan diurut pada bagian perutnya ke arah bawah akan mengeluarkan cairan sperma berwarna putih, sedangkan ikan betina apabila diurut pada bagian perut ke arah bawah akan mengeluarkan telur yang berwarna bening kecoklatan.
Ciri-Ciri Ikan Puyu Jantan
Bentuk badannya ramping dan panjang
Warna badan agak cerah
Sirip ekornya lebih panjang
Bahagian bawah perut rata
Jika perut diurut akan keluar cecair sperma berwarna putih susu
Ciri-Ciri Ikan Puyu Betina
Bentuk badannya gemuk dan lebar
Warna badan agak gelap
Sirip ekornya lebih pendek
Bahagian bawah perut agak melengkung
Jika matang bahagian perut jika diurut akan keluar telur
Jerung yang pendiam. Wobbegong shark atau nama saintifiknya Orectolobus maculatus bergerak lamban. Bahkan, ia tidak berburu mangsa. Ikan unik ini hanya menyamar di dasar laut sehingga mangsa datang kepadanya.
Namanya diperoleh karena motif kulitnya yang menyerupai karpet. Warna tubuhnya coklat kelabu dan memiliki corak simetri yang ketara. Ia berfungsi untuk berbaur di sekitar karang dan pasir laut. Panjangnya mampu mencapai 1.5 meter.
Wobbegong hidup di sekitar karang dan lubang di dasar lautan Pasifik, Lautan Hindi, Australia, Jepun dan Indonesia.
Greenland shark (Somniosus microcephalus) merupakan perenang lambat. Kecepatan renangan yu yang hidup di perairan sejuk sekitar Greenland dan Iceland ini hanya 2.7 km per jam. Jerung jenis ini mampu membesar sepanjang 21 kaki dan mampu hidup selama 200 tahun.
Ia terkenal dengan binatang bertulang belakang yang pernah hidup paling lama. Mereka cenderung hidup di kedalaman 1800 meter di bawah permukaan laut, akan tetapi pernah tertangkap dengan kamera di laut cetek.
Hammerhead shark ini memiliki bentuk kepala menyerupai penukul dengan mata dan lubang hidung di hujung kepala. Bentuk kepalanya yang unik itu membuatnya mampu survival di air dengan akurasi tinggi.
Dengan kepala yang unik, mereka mampu mencium dengan jangkauan lebih luas sehingga meningkatkan potensi menemukan partikel di air 10 kali ganda berbanding spesies lain.
Saw shark memiliki muncung panjang mirip mata pisau yang dilengkapi serangkaian gigi seumpama gergaji bermata dua. Ikan ini mirip pari gergaji, tapi berbeza pada kedudukan insang. Insang yu gergaji terletak pada sisi kepala sedangkan pari gergaji berada di bawah kepala. Jumlah bilah insang yu ini ada enam.
Tubuhnya pun cukup ramping dengan dua sirip dada. Hidupnya di dasar perairan berlumpur pada kedalaman 40 meter dan perairan payau. Yu jenis ini merupakan pemakan pelbagai jenis ikan, penjelajah lautan, dan tidak berbahaya kepada manusia.
Thresher shark terdiri dari empat spesies yang keempat-empatnya ditandai dengan ekor pada sirip atas yang panjangnya mencapai 50 peratus daripada total panjang keseluruhan. Jerung ini memiliki muncung pendek dan mata yang besar di depan kepala.
Sirip dorsal kedua jauh lebih pendek dari yang pertama. Jerung spesies ini merupakan perenang yang pantas dan dapat melompat di atas permukaan air.
Panjang maksimum 6.1 meter namun umumnya sekitar 2-5 meter. Jerung ini dapat ditemukan di kawasan pesisir di kedalaman 500 meter di bawah permukaan laut. Terutama di Lautan Pasifik mahupun Atlantik bahagian utara.
Zebra shark atau dikenali dengan nama saintifik, Stegostoma fasciatum, adalah jerung yang ada di perairan Indo-Pasifik yang memiliki sirip yang sangat panjang. Hampir sepanjang tubuhnya. Spesies ini diberi nama zebra karena garis pada tubuhnya yang mirip garis kuda belang.
Ketika dewasa, garis tersebut berubah menjadi titik seperti cheetah. Oleh sebab itu, jerung ini terkadang disebut sebagai leopard shark. Yu zebra boleh ditemui di perairan Lautan Pasifik dan Lautan Hindi dengan kedalaman sekitar 5 hingga 30 meter.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...