Oleh kerana perjalanan ke lubuk pertama mengambil masa sejam, kami mengambil kesempatan ini untuk merehatkan badan. Sesampai sahaja di lubuk pertama terlihat wajah-wajah teruja dari kalangan kami. Masing-masing secara serentak melepaskan besi jig ke dasar dan bermulalah pancingan yang dipanggil slow pitch jigging.

 

Di sini, rod yang kami gunakan adalah dalam lingkungan antara PE 3 hingga PE 4 disesuaikan dengan jig seberat 180 hingga 250 gram kerana keadaan arus agak laju pada masa itu untuk teknik slow pitch jigging. Rod-rod yang kami gunakan dipadankan dengan kekili overhead Omoto Talos dan juga Shimano Ocea Jigger.

 

Tidak menunggu lama, rakan kami bernama Hatta yang berada di depan bot telah menerima sambaran pertama diikuti dengan Amir dan Bob secara berturutan. Keadaan menjadi riuh rendah seketika di atas bot apabila kami mendapat sambaran triple strike bantal emas berskala 3-4 kilogram.

 

Selepas puas bergasak di lubuk pertama,kami berpindah pula ke spot kedua iaitu di kawasan batu karang berkedalaman 70 meter. Menurut tekong, kawasan ini didiami oleh sang boron atau kerapu besar dan ramai jigger yang tertewas dengannya.

 

Ads

Trip Trobek – Wuhoooo Pulau Jarak!!

 

Tanpa berlengah lagi kami menurunkan besi jig pilihan kami iaitu Maxel DFS 180 gram tajaan Fishmax Tackle. Tidak lama bot kami berhanyut, rakan kami tiba-tiba terkejut dengan sambaran padu yang datang dari dasar. Setelah bergasak selama beberapa minit, akhirnya seekor kerapu berskala 3 kg timbul di permukaan.

 

Kami dengan pantas segera menurunkan jig secara serentak. Kali ini tiba giliran bob pula yang mendapat sambaran yang lebih padu dari penghuni dasar. Dengan segera Bob mengetatkan drag kerana larian ikan ini perlu disekat dengan segera bagi mengelakkan ia melarikan diri ke dalam lubang batu karang sekaligus mampu membuatkan pemancing berputih mata. Mujurlah tindakan pantas Bob memberikan kemenangan di pihak kami.

 

Ads

Bila keadaan kembali suram, tekong dengan pantas menukar haluan ke kawasan kapal karam. Di sini, Tekong awal-awal lagi telah memberitahu bahawa kawasan kapal karam ini menjadi kawasan yang paling senang untuk besi jig tersangkut dan berkubur di dasar. Cuak juga kami dibuatnya.

 

Saya pada masa itu menurunkan jig terlebih dahulu daripada rakan-rakan yang lain. Tak menunggu lama, semasa membuat 2 kali karauan, jantung saya berdegup kencang dan adrenalin mengalir deras. Sambaran daripada penghuni dasar amat padu.

 

Dengan berinsurankan 100% fluorocarbon leader line dari Expert Graphite berkekuatan 40 lb, dalam fikiran saya mula berteka-teki ikan apakah yang menyambar jig Maxel DFS 180 di gabungkan dengan rod Expert Graphite Butterfly berkekuatan PE 1.5 – 3 ini?

 

Ads

Setelah berhempas pulas bertarung, bayang keemasan mula kelihatan di permukaan air. Yess, jenahak bantal!!! Bagaikan tak disangka misi saya tercapai untuk menguji ketahanan rod Expert Graphite Butterfly ini.

 

Terbuktilah jenama ini tidak kurang hebatnya dan ternyata permainannya di perairan Jarak ini amat berkesan dan setanding dengan nama-nama besar yang lain. Begitu juga dengan kekili mampu milik Omoto Talos yang terbukti kuat dan lasak walau di perairan ini.

 

Trip Trobek – Wuhoooo Pulau Jarak!!

 

Akhirnya, apabila jam menunjukkan tepat pukul 7 petang ini menandakan tamatnya aktiviti slow pitch jigging kami di perairan Jarak. Meskipun hanya mengikuti trip seharian, namun pengalaman bertarung dengan Jenahak dan kerapu sememangnya satu pengalaman yang sukar untuk dilupakan terutama bagi yang baru merasai pengalaman memancing di sini.

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI