Dialog dengan rakan-rakan berkenaan hasil pancingan hari pertama itu, kami merumuskan bahawa sesudu merupakan gewang yang paling berkesan untuk menerima strike. Namun untuk memperoleh spesimen yang lebih kasar, penggunaan gewang permukaan terutamanya pencil jauh lebih berkesan berbanding popper.

 

Oleh yang demikian, pada hari kedua yang juga merupakan hari terakhir kami lupakan terus penggunaan gewang minnow, crank atau popper yang langsung tidak disentuh pada sesi hari pertama. Selain itu kami turut berkongsi lubuk-lubuk yang mana spesimen kasar berjaya dicungkil.

 

Trip Trobek – Jelajah Banglang Dam Siri 2

 

Jam 7.00 pagi waktu tempatan (6.00 pagi waktu Malaysia), majoriti ahli trip sudah bangkit dan bersiap sedia untuk meneruskan aksi pada hari terakhir. Sekadar mengalas perut dengan bubur nasi (walaupun cuma bubur nasi tapi tetap sedap), kami kesemua meninggalkan rumah bot sekitar jam 8.00 pagi.

 

Walaupun kami keluar casting sedikit lewat namun berpeluang juga menemui aksi sebarau frenzy. Justeru kami meminta tekong menuju terus ke arah beberapa kelompok sebarau mengerjakan anak ikan di permukaan air.

 

Bila berhadapan dengan aksi boiling sebegitu tiada gewang paling efektif selain  sesudu 12 gm atau lebih yang mampu tenggelam dengan pantas. Percaturan saya mengena apabila menjadi pembuka tirai tangkapan. Sebelum kumpulan sebarau mula menyepi, Anhar sempat juga mendaratkan seekor lagi sebarau.

Ads

 

Trip Trobek – Jelajah Banglang Dam Siri 2

 

Seterusnya kami ke lubuk-lubuk perkongsian bersama hasil hari pertama. Selain dari kebanyakannya sudah dihadiri oleh rakan lain, ia juga seperti tidak berpenghuni. Matahari yang memancar terik tidak sebagaimana hari kelmarin juga mungkin mempengaruhi suasana.

 

Masih enggan pulang ke rumah bot untuk makan tengah hari, kami mengambil keputusan untuk berehat dan sempat melelapkan mata sektika di sebuah rumah usang yang ditinggalkan.

 

Jam 2.00 petang kami menyambung kembali pencari di tebing berbatu yang mana sebelum rehat tengah hari, Anhar berjaya menjinakkan seekor sebarau bersaiz sederhana dengan penggunaan gewang pencil. Ia sekaligus menamatkan teori kami bahawa hanya seberau bersaiz besar saja yang membaham gewang  pencil.

Ads

 

Trip Trobek – Jelajah Banglang Dam Siri 2

 

Setelah tekong beroleh lesen beliau di sini, kami beralih pula ke suatu tanjung berbatu yang belum diterokai.

 

Di tanjung ini kami bersilih ganti strike dan mendaratkan sebarau. Kali ini kami hanya menggunakan sesudu dan berjaya membuktikan juga bukan sebarau bersaiz kecil saja yang mengambil sesudu. Sekurang-kurangnya sepuluh ekor juga kami berjaya daratkan sebarau pelbagai saiz di sini.

 

Biarpun kami sudah berpuas hati dan ingin kembali ke rumah bot lebih awal, tekong pula seperti keberatan.

Ads

 

Trip Trobek – Jelajah Banglang Dam Siri 2

 

Sebelum menamatkan trip pada jam 6.00 petang, kami sempat singgah ke spot ‘lubang pokok’ yang banyak membuahkan hasil pada hari kelmarin. Mungkin waktu masih awal, tidak banyak reaksi ikan pulang ke sarang yang kelihatan. Namun kami berjaya juga mendaratkan dua ekor lagi sebarau di sini.

 

Jam 6.00 petang kami semua sepakat untuk kembali ke rumah boat bagi persiapan untuk berangkat pulang sebelum pintu sempadan tutup pada jam 10.00 malam. Sesi hari kedua ini menyaksikan kesemua ahli trip berjaya memperoleh lesen dan jumlah tangkapan juga mengatasi hari sebelumnya.

 

Trip Trobek – Jelajah Banglang Dam Siri 2

 

Hazren muncul ahli paling cemerlang setelah berjaya mendaratkan spesimen terbesar seberat 1.8kg. Menurut Neo selaku ketua rombongan, walaupun hasil keseluruhan tidak mencapai sasaran 100 ekor sebagaimana trip yang dianjurkan beliau sebelum ini, namun kami berjaya mencungkil banyak spesimen bersaiz kasar.

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI