Sesekali memancing dengan menaiki sampan (menyampan) pun seronok juga. Begitulah yang dilangsungkan oleh pengasas group FB Geng Menebing Klang (GMK), Harul GMK. Bersama 4 ahli kelab yang lain, mereka menjayakan trip santai di perairan Pulau Ketam.
Bagi menjayakan misi santai ini mereka telah menggunakan khidmat tekong tersohor di perairan Pelabuhan Kelang iaitu Tekong Ahyi Hairi. Trip ini berlangsung seawal jam 7.00 pagi bergerak dari Jeti menuju kawasan sangkar ikan Pulau Ketam dan berakhir pada jam 6.00 petang.
Ads
Memandangkan ia hanya trip santai atau suka-suka saja, mereka tidak mensasarkan apa-apa ikan. Janji dapat melabuhkan umpan pun sudah seronok. Oleh kerana itulah apabila berjaya mendaratkan seekor ikan merah sepang pada spot pertama dan hanya menanti hampir satu jam, ia merupakan satu bonus yang besar bagi mereka.
Ads
Namun cuaca kurang menyebelahi mereka pada pagi hari. Tidak lama setelah berjaya memujuk ikan merah, ribut pula datang membadai. Begitu pun tekong tidak panik dan segera beralih arah atau berlindung di sebalik pulau berdekatan.
Ads
Apabila ribut reda dan cuaca kembali elok, Tekong Ahyi Hairi membawa kami ke spot yang dirasakan akan memberikan hasil. Terbukti spot-spot yang dibawa berjaya menaikkan sekurang-kurangnya seekor ikan. Keseronokan membuatkan kami tidak terasa masa berlalu. Dan lebih menggembirakan hasil yang kami perolehi ternyata agak lumayan juga.
(kredit: Harul GMK)
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Alhamdulillah syukur di ucapkan ke atas nikmat yang diberikan Allah SWT. Akhirnya selepas beberapa kali trip mancing gagal disebabkan oleh faktor cuaca terutamanya angin, akhirnya kami berjaya juga mendapatkan rezeki strike tanpa henti dari malam sampaikan ke subuh.
Trip selit selit yang disertai secara rahsia bersama sama geng-geng rahsia yang lain. Pada asalanya menyasarkan untuk mencandat sotong saja. Namun sotong seperti masih masih malu-malu lagi untuk menampilkan diri. Menyedari perkara itu kami segera menukar strategi.
Trip mencandat sotong bertukar menjadi membottom. Dengan hanya berbekalkan set ringan. Set ringan pun set ringan la janji ada strike sudah tak kira spesies apa pun. Setidak-tidaknya masa tak terbuang begitu saja dan tak pulang dengan tangan kosong.
Tekong viral kami, saudara Mohd Razif Jumain membawa ke spot rahsia beliau. Berbekalkan beberapa ekor sotong fresh yang baru dicandat, pesta strike bermula dengan gasakan penghuni dasar yang terdiri dari ikan unga, kaci, remong, gerut, kerapu dan ikan cupak yang turut membaham umpan bottom kami.
Menyedari kumpulan cupak banyak di sekitar kami pun mengunjun jig luminous dan hasilnya beberapa ekor ikan cupak lagi berjaya didaratkan mengunakan teknik fast jig. Jigging menggunakan set ringan ternyata sangat mencabar tetapi tersangatlah menyeronokkan. Sedar tak sedar malam berlalu begitu cepat dan subuh sudah menjelang.
Scara keseluruhanya trip ini kami sangat-sangat puas hati strike dari malam sampai ke pagi. Tak pernah lagi tak tidur malam semenjak zaman housment dulu.
Ini merupakan rekod tangkapan peribadi terbaik hasil memancing dari pemancing seluruh dunia. Walaupun tidak tercatat dalam rekod dunia namun ia lebih dari cukup untuk memberi inspirasi kepada semua pemancing.
Glen Kirkwood berjaya menumbangkan seekor jerung harimau seberat 1,364pound 10 ounce (618.75 kg). Tiger shark itu ditewaskannya di perairan Swansea, New South Wales, Australia pada 20 September 1990.
Alfred Dean menewaskan white shark seberat 2,334 lb (1,058.68 kg) di perairan Streaky Bay, Australia pada 6 November 1960. Beliau hanya mengambil masa selama 45 minit bertarung dengan jerung gergasi tersebut!
Pada 14 jun 1964, Walter Maxwell menggemparkan dunia memancing apabila menaikkan seekor tiger shark seberat 1,780 pound (807.39 kg) di perairan Cherry Grove, South Carolina.
Pada Ogos 1986, Mundus dan Donnie berjaya mendaratkan ikan terbesar dengan menggunakan joran dan kekili. Dengan menggunakan tali pancing berkuatan 150lb, pasangan ini berjaya mendaratkan great white shark seberat 3,427lb (1,554.46 kg)!
Alfred Dean pula berjaya mendaratkan ikan great white shark seberat 2,664 lb (1,208.37 kg) di persisir pantai Australia selatan. Lebih menakjubkan beliau mengambil masa hanya selama 50 minit untuk mendaratkan monster tersebut. Lagi padu, beliau hanya menggunakan tali pancing berkekuatan 130lb.
Dengan menggunakan pari sebagai umpan, Bucky Dennis berjaya menewaskan seekor hammerhead shark (yu tukul) seberat 1,280 lb (580.60 kg). Beliau mengambil masa selama 5 jam setengah untuk menewaskan jerung gergasi tersebut pada 23 May 2006.
Pada 22 February 2010, David Kahlenberg berjaya menangkap seekor mako shark seberat 150 lb 5 ounce (68.26 kg) di perairan North Wale Island, New Zealand.
Pada 16 May 2006, Martin Arostegui berjaya mengalahkan dan mendaratkan seekor jerung seberat 385 pound (174.63 kg). Beliau berjaya menumbangkan lemon shark itu di perairan Key West, Florida.
Bila ditanya port lee koh liar, ramai yang menggaru kepala untuk memikirkan salah satu lubuk yang bagus.
Tetapi, bila tanyakan port rohu liar, secara spontan satu persatu port melompat keluar dari mulut.
Pancingan ikan kap (rohu, lee koh dan tongsan) sememangnya ada keistimewaan dan peminat yang tersendiri.
Namun, pada saya ia tidak membawa sebarang makna jika berjaya memunggah berpuluh ekor malah berkarung-karung jumlahnya, jika ia diperoleh di kolam pancing komersial.
Saya lebih berpuas hati sekiranya berupaya mendaratkan ikan-ikan kap liar di tasik atau lombong walaupun bukan dalam kuantiti yang banyak.
Bagi merealisasikan hasrat itu, saya telah menyertai rakan-rakan pemancing dari Lembah Kelang memburu kap liar terutamanya rohu dan lee koh di beberapa buah lombong tinggal di kawasan Bidor, Perak.
Hasil pancingan di gugusan lombong tersebut tidak pernah menghampakan mereka sebelum ini meskipun belum berjaya menaikkan rohu-rohu bersaiz kasar melebihi 5 kilogram.
Seawal jam 7 pagi kami telah pun terpacak di gugusan lombong yang terletak jauh ke dalam ladang kelapa sawit.
Sejurus tiba, saya paling teruja untuk memulakan sesi memancing. Namun keghairahan itu segera meranap umpama kereta dihempap pokok balak sejurus melihat keadaan lombong.
Harapan menggunung mula lebur apabila menyaksikan hampir seluruh permukaan lombong dilitupi keladi bunting.
Kami bergerak pula ke lombong berhampiran. Keadaannya juga hampir sama. Hanya sekitar 10 peratus saja permukaan lombong yang sesuai untuk memancing namun sudah pun ada pemancing lain yang terlebih dahulu memonopoli kawasan.
Maka terpaksalah beralih ke lombong bersebelahan. Lombong ini bukan saja agak kurang dilitupi keladi bunting, malah penghuninya juga kurang galak bermain air.
Sejurus kemudian barulah kami menyedari cerita di sebaliknya. Sebab musabab kenapa lombong sunyi sepi seperti tiada berpenghuni.
Bangkai-bangkai rohu yang banyak kelihatan terapung menimbulkan tanda tanya. Nak kata dituba, tiada pula kelibat ikan lain spesies yang mati.
Kami beringan mulut bertanya kepada pengusaha ternakan itik dari lombong berdekatan berkenaan kejadian tersebut.
Menurutnya, cuaca panas kering menyebabkan air lombong menyusut dan meningkatkan suhu airnya. Ikan kap agak sensitif terhadap perubahan suhu ini.
Namun, menurutnya lagi masih banyak lagi ikan di lombong tersebut.
Sehari suntuk memancing, berpanas dan berhujan bersama 12 pemancing lain tidaklah terlalu menghampakan. Terbukti masih ada kap liar yang mampu bertahan.
Saya sendiri berpuas hati kerana dapatlah juga seekor lee koh emas berskala 3 kilogram. Selebihnya rohu dan lee koh bersaiz kecil sekitar 30 ekor.
Sekiranya keladi bunting tidak menjarah permukaan lombong dengan rakus, dan kami tiba dua tiga hari lebih awal, barangkali hasil tangkapan kami lebih lumayan.
Ikan-ikan rohu yang mati ekoran dari masalah perubahan cuaca, barangkali ia menjadi rezeki kami.
Faktor cuaca dan penjarahan keladi bunting itu sebenarnya membuatkan penulis faham kenapa ikan-ikan kap yang berstatus pendatang ini tidak mampu menjarah sepenuhnya perairan negara kita.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...