Pada 2 Oktober lalu, trip light jigging king mackerel perairan Kelantan telah dilangsungkan oleh Team Paradorm Simphat dengan kekuatan 7 jigger kental terdiri daripada saudara Adnan Su, Fadzley, Zeman, Hilman, Fakarul Bakri dan Aliff.
Jam 7.30 bot keluar dari Jeti Kuala Sabak Menuju ke unjam bot pukat jerut sekitar 45km dari daratan.
Sesampai di spot pertama Skipper Chin menghayutkan bot (teknik drifting) sebelah kanan unjam, balingan dan henjutan pertama menerima 3 strike dari 7 pemancing. Namun hanya seekor saja yang berjaya dinaikkan.
Ikan tenggiri pertama diperolehi oleh saudara Fakarul Bakri. Drifting kedua dan ketiga ada sambaran dari penjaga unjam (tenggiri) namun rabut dan tiada rezeki. Skipper bergerak ke spot kedua tidak jauh dari spot pertama kurang lebih 3km.
Selepas dapat arahan dari skipper, kami dengan pantas menjatuhkan kepingan jig masing-masing. Ketujuh-tujuh jigger mendapat strike dari spesimen yang menghuni unjam tersebut.
Alhamdulillah, 7 ekor tenggiri bersaiz gadang berjaya dinaikkan hanya dalam satu hanyutan bot.
Selepas itu tinggiri mula menyedari kehadiran kami lalu kurang rakus untuk mengejar kepingan jig yang dilemparlan. Skipper kemudiannya menuju ke spot ketiga (unjam bot pukat jerut) lebih kurang 2km saja. Kami diasak dengan kawanan barracuda.
Selepas berpuluh-puluh ekor barracuda berjaya ditewaskan, jig juga banyak putus ekoran leader dipotong sang gigi tajam ini akibat memperlahankan teknik henjutan.
Kami masih lagi berhanyut di situ namun tiada lagi sambaran dari barracuda atau spesies pemangsa yang lai. Skipper mengambil keputusan ke spot ke-4 (5km dari spot ke-3).
Di sini kami diasak oleh ikan belitong dan aruan tasik. Fazley berjaya strike dan mendaratkan aruan tasik mega seberat 17kg.
Manakala saya pula dapat dalam skala 9kg. Di situ sesekali kami dapat menjerat tenggiri yg rata-rata bermain di luar unjam. Selepas keadaan tenang dan tiada sambaran, skiper mengajak ke spot ebek.
Di spot ini kami digasak oleh ebek bulat. 8 kali strike, hanya saya, Aliff dan Adnan Su berjaya menaikan spesis diamond travelly ini.
Menuju ke spot seterusnya di tapak unjam saya, Hilman, Fakarul dan Aliff silih berganti menahan asakan tenggiri dari belakang bot.
Manakala Zeman, Fadzley dan Adnan Su sesekali dapat menaikkan tenggiri dengan kaedah casting bulu ayam 3 rasa.
Antara kepingan jig yang rakus dibaham tenggiri adalah dari jenis yang berwarna silver dan terdapat sedikit luminos. Jam menunjukkan 5.00 petang, skipper menyatakan untuk pulang kerana jarak kami dari spot ini dgn jeti adalah 55km.
Dalam perjalanan kami singgah sebentar diunjam untuk memancing teknik apollo untuk mencari ikan lauk. Kembung dan selar dalam 6kg berjaya dinaikkan dengan kaedah apollo, ia sebagai lauk tambahan sebenarnya.
Jam 6.30 petang kami selamat smpi di Jeti Kuala Sabak. Kami sangat berpuas hati dengan khidmat skipper untuk trip kali ini.
Skipper Chin Sabok berpengkalan di Jeti Kuala Sabak, Pengkalan Chepa, Kelantan. Tempoh trip dari 7.00 pagi hingga 6.00 petang, spot unjam pukat jerut sekitar perairan Kelantan.
Hasil yang kami perolehi; 36 ekor tenggiri, 36 ekor cobia, 3 ekor belitong, 20 ekor barracuda dan 3 ekor ebek bulat.
(Oleh: Paradorm Simphat)
baca juga Umpan Pilihan & Teknik Persembahan Mengumpan Tenggiri
Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!
Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan
Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan