Petang hari pertama, para media dibawa oleh pemilik Tanjung Harapan Chalet, Cikgu Mohamed Zaki ke lubuk udang galah yang sering beliau kunjungi. Tanjung Harapan Chalet merupakan tempat penginapan para media.
Sayangnya, kunjungan kami ke lubuk yang beliau maksudkan gagal memperoleh sebarang tangkapan.
Beberapa kali menukar posisi bot dan lubuk, akhirnya jawapan yang dicari bertemu juga apabila team media berjaya memperoleh lesen jenggo pertama Tasik Chenderoh
berumpankan hati ayam dan cacing tanah tidak jauh dari Empangan Jana kuasa Elektrik Tasik Chenderoh.
Hingga ke lewat senja, hanya tangkapan tersebut menjadi sepit biru tunggal pada hari pertama. Selebihnya hanya ikan baung menjadi penghibur.
Bagi kami kebanyakan media, tidak sah sekiranya berkunjung ke tempat sebegini, set casting tidak dibawa. Lagipun kami mendapat green light daripada tuan pengarah yang amat sporting untuk kami pergi casting.
Apatah lagi, Tasik Chenderoh ini sendiri menyerlahkan potensi sebagai spot peacock bass (PB).
Keesokannya harinya, dua buah bot awal-awal lagi telah keluar, tujuannya casting PB. Cabaran memancing udang galah hari kedua diteruskan oleh staf dari Tourism Malaysia Perak yang nyata belum puas hati kerana belum ada tangkapan.
Walaupun berhadapan dengan cuaca yang agak terik, agenda dua buah bot mencari PB Tasik Chenderoh berjaya mencapai matlamat.
Beberapa ekor PB bersaiz kepala ‘jendol’ telah berjaya diperolehi. Sedang kami pulang pada lewat petang, geng Tourism Malaysia Perak akhirnya berjaya melunaskan hajat apabila telah berjaya memperoleh tangkapan udang galah lagi.
Disebabkan itu juga, keesokan harinya, sekali lagi geng Tourism Malaysia Perak berserta sebahagian media sekali lagi mencuba mencari jenggo sedang saya meneruskan agenda casting PB.
Lewat tengah hari program XPDC sepit biru Tasik Chenderoh berakhir. Hanya seekor yang berjaya diperolehi pada hari terakhir.
Walaupun tangkapan udang galah Tasik Chenderoh tidak semewah seperti di daerah bahagian hilir Perak, ternyata Tasik Chenderoh tetap ada potensinya.
Yang menarik, jika berhasrat untuk memancing di sini, ada nilai tambah iaitu boleh memancing udang galah selain casting PB, toman selain sang sebarau.
Setinggi penghargaan buat Tourism Malaysia Perak yang begitu bersemangat mempelbagaikan lagi produk pelancongan khususnya menaikkan lokasi yang berpotensi dari sudut angling tourism di negeri Perak.
Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!
Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan
Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan