Dunia seorang yang bergelumang dengan dunia hanyir ini sukar untuk diduga. Begitu juga dengan bentuk pancingan dan hasil yang dipancing. Apa saja jenis kaedah untuk memperoleh hasil akan dilakukan jika gagal memperolehnya melalui kaedah memancing.

 

Namun kaedah mendapatkan hasil tersebut tidaklah menghalalkan cara demi mencapai matlamat. Banyak cara yang beretika untuk mendapatkan hasil tangkapan sekiranya penggunaan joran dan kekili menemui jalan buntu. Salah satu caranya ialah dengan ‘mengoca’.

 

Mungkin ramai yang tidak biasa mendengar perkataan mengoca dan tertanya-tanya akan maksud perkataan itu. Namun bagi masyarakat terutamanya di Negeri Sembilan, perkataan itu bukanlah sesuatu yang asing.

 

Trip Retro – Trip Menimba Ikan La Pulak

Ads

 

Mengoca ini membawa maksud aktiviti menangkap ikan beramai-ramai menggunakan tangan dan selalunya tertumpu di kawasan sungai, tali air atau kolam. Lazimnya, aktiviti mengoca diadakan selepas musim menuai padi yang mana ketika itu kebanyakan sungai, tali air atau empangan mulai kering.

 

Namun jika paras air sungai atau kolam itu didapati agak dalam yang menyulitkan untuk menangkap dengan tangan, penduduk akan menggunakan pelbagai peralatan menangkap ikan seperti tangguk, jala dan jeramak.

 

Ads

Baru-baru saya dan beberapa rakan pemancing melaksanakan aktiviti mengoca tanpa dirancang. Perancangan asal kami ialah untuk casting di tebing-tebing sungai di Sungai Tekala, Semenyih. Setelah beberapa lokasi kami redah dan gagal memperoleh hasil, kami bertemu dengan sebuah lopak kolam di tepi sungai (kawasan limpahan air sungai) yang dihuni spesies ikan yang tidak dikenal pasti.

 

Trip Retro – Trip Menimba Ikan La Pulak

 

Setelah meninjau keadaan dan kedalaman lopak kolam tu kami segera bertindak. Menyedari tidak sesuai untuk memancing di lopak kolam tersebut, sedangkan kelihatan begitu banyak pergerakan ikan, maka kami bersepakat untuk mengoca. Tanpa berlengah kami segera mengambil tangguk di dalam kereta.

Ads

 

Secara beramai-ramai kami mengepung dan membimbing ikan-ikan agar lari ke arah tangguk. Dalam masa yang singkat kami sudah memperoleh hasilnya. Tak sangka pula lopak kolam itu dihuni oleh kumpulan ikan terbol. Saiz-saiz ikan terbol itu pula agak kasar-kasar juga.

 

Trip Retro – Trip Menimba Ikan La Pulak

 

Lebih dari satu juga kami menghabiskan masa mengoca di lubuk terbol itu. Setelah hasilnya dikumpul dan ditimbang, sama sekali kami tidak menyangka berjaya mengoca terbol hampir 30 kg banyaknya. Ikan-ikan terbol itu kami agihkan sesama sendiri dan turut menjadi rezeki jiran tetangga yang berdekatan.

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI