Dulang Kechil, Yan Kedah merupakan destinasi yang mesti dikunjungi oleh kaki-kaki pancing dari seluruh negara jika mahu mencari spesies yang ganas dan bernilai tinggi.

Tidak terkecuali saya dan rakan-rakan satu komplot telah diatur dan dirancang dengan 6 orang skuad elit dari Pulau Pinang yang terdiri daripada sendiri, Pak Long, Hj. Man, Din,

Mad Nord dan Hj. Salleh untuk menewaskan spesies yang terkenal dengan pecutan yang kuat.

 

Orang penting yang kami telah pilih adalah Tekong Abang Abadi yang mesra disapa Abang Di. Ada juga orang tempatan memanggilnya Di Gajah. Tapi kami lebih senang dengan Abang Di sahaja.

Orang kata tenggiri mengganas ketika keadaan air beralun. Kalau nak diikutkan tarikh ini adalah air mati tapi kami tidak kisah keadaan mana sekali pun janji gian dapat dilepaskan.

 

Selesai bersarapan dan menaiki bot, terus sahaja kami bertolak ke tuas. Perjalanan ke tuas mengambil masa kira-kira 1 jam setengah untuk sampai mengikut keadaan air.

Kalau arus kuat lagi lambatlah sampai. Tempoh ini, kami gunakan untuk menyiapkan senjata tempur masing-masing dan tidak kurang juga yang melelapkan mata.

 

Tiba di tuas, jelas kelihatan anak-anak ikan begitu banyak bermain di permukaan air. Salam perkenalan kami hulurkan dengan dimulakan dengan teknik mengunjun appolo bersaiz 10 dan 12. Ternyata ia memang memberangsangkan.

 

Berjaya cencaru ditewaskan, sehinggakan strike 3-4 ekor sekali gus. Tiba-tiba Din berteriak kepada Abang Din meminta gancu.

Keadaan terhenti seketika, semua tertumpu kepada Din. Rupa-rupanya dia dalam senyap-senyap sudah pakai peluru torpedo untuk casting tenggiri.

 

Dengan menggunakan kekili Shimano Solstage 4000 dan rod Eupro, memang mangsa suka berjuang untuk melepaskan diri. Tali utama 30lb dengan perambut steel 40lb sudah cukup untuk menewaskan spesies bergigi tajam ini.

Ads

 

Tali tidak henti-henti keluar menyebabkan drag berbunyi nyaring seolah-olah memperangat kami. 10 minit bertarung akhirnya seekor tenggiri sekitar 2 kg berjaya digancu.

 

Senyum lebar Din kerana menjadi orang pertama strike suspek yang kami cari. Rakan yang lain termasuk saya mula menukar strategi dari mengunjun appolo kepada aksi casting pula.

 

Peluru torpedo gelaran diberi kepada umpan tiruan ini. Ini kerana cara pergerakan umpan tiruan ini seolah-olah peluru yang sedang meluncur laju. Permainan ini mesti di karau selaju yang mungkin dan kebiasaan pemancing harus menggunakan kekili high speed.

 

Disarankan menggunakan ratio 5.5:1 ke atas. Tenggiri yang sedia maklum memang spesies yang laju dan pantas, pantang melihat sesuatu lintasan umpama sotong yang sedang melarikan diri darinya pasti akan membahamnya.

 

Kami semua mula casting dengan menggunakan peluru torpedo kecuali Mad Nord, Hj. Man dan Pak Long yang setia dengan apolo masing-masing.

Untung juga ada seorang dua yang mencari spesies kecil seperti cencaru, kerisi, temenung borek (kembung). Boleh juga dibuat lauk untuk tengah hari nanti.

Ads

 

Kini giliran tekong (Abang Di) pula dibaham sang tenggiri. Melentok-lentok rod Lemaxnya. Tapi Abang Di tidak menggunakan peluru torpedo sebaliknya menggunakan spoon yang

diupgrade sedikit iaitu dengan mencalitkan cat kilat merah di atas spoon yang berwarna krom.

Cara permainan spoon ini sama sahaja dengan peluru torpedo iaitu wajib dikarau laju.

 

Tenggiri dalam skala 4kg berjaya dinaikkan dengan mesin Tica 6000 milik Abang Di. Ini membuatkan saya makin bersemangat untuk menjinakkan spesies ganas ini walaupun tangan sudah lenguh dari tadi mengarau peluru torpedo.

 

Abang Di berteriak “Karau laju lagi”.

“Adoi……. Dah habis NOS dilepaskan, tangan dah nak tercabut dah ni,” balas saya membuatkan rakan lain ketawa.

 

Ads

Sekali sekala kena juga buat lawak supaya untuk menghilangkan rasa boring dan dapat melupakan penat lelah mengarau dari tadi. 10 minit kemudian joran Abang Di disentap lagi oleh sang tenggiri ini.

 

“Apa ni… lepas tekong, tekong je ni”, ujar saya.

“Nah ambil lesen,” balas Abang Di sambil menghulurkan jorannya kepada saya. Saya dengan berbesar hati menyahut cabaran yang diberikan.

Rasanya tidak ada orang yang mahu menolak pelawaan kalau diberi peluang ‘fight’ dengan makhluk bawah air ini. Tenggiri bersaiz 3.5 kg berjaya dijinakkan.

 

Peluru torpedo dilontarkan berulang kali tanpa rasa jemu. Dalam hati menyatakan mesti mendapat strike sendiri.

Memang tidak disangka, setelah mendapat lesen dari Abang Di kini tiba joran saya pula mendapat habuan. Itu pun sudah hampir dengan bot yang membuat Mad Nord terkejut ‘badak’.

 

Mana tidaknya ketika dia asyik mengunjun appolo tiba-tiba satu kocakkan besar berlaku depan mata yang membuatkannya terduduk.

Dengan senjata yang agak sederhana iaitu joran Seahawk yang dipadankan dengan kekili Shimano Sedona 4000 sudah cukup untuk melayan karenah mama tenggiri ini.

 

Tali sulam 55lb dan perambut steel 50lb menjadi saksi perlawanan tarik tali antara saya dengan mama tenggiri. 10 minit kemudian kemenangan berpihak kepada saya setelah mama tenggiri keletihan.

4kg itulah berat mama tenggiri yang ditewaskan sekali gus membuatkan Pak Long jeles dan mula berubah angin daripada aksi apolo kepada aksi casting peluru pula.

 

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI