Sebelum menjejakkan kaki ke Dam Sepayang penulis pernah digambarkan dengan keadaan permukaan takungan airnya yang dipenuhi samai. Namun tidak pula menyangka bukan sekadar samai-samai biasa sahaja.

Rumpai air, ekor kucing, teratai dan resang ternyata menutupi hampir 80 peratus kawasan takungan air. Hanya alur-alur sungai yang sempit saja bebas dari samai.

 

Tak cukup dengan samai, reba dan tunggul-tunggul balak turut sama menghiasi landskap Dam Sepayang.

Jika Air Ganda terkenal dengan reba yang banyak maka Dam Sepayang berkali-kali ganda lebih banyak. Dan semua itu sebenarnya merupakan kondominium mewah bagi kediaman toman.

 

Dengan keadaan heavy cover di Dam Sepayang, penggunaan katak tiruan atau jump frog yang kian menimbuni di kedai-kedai pancing menjadi satu kemestian.

Bahkan di Dam Sepayang ini boleh dijadikan padang ujian terbaik jump frog. Lebih berkesan jika jump frog yang digunakan itu menggunakan mata kail kalis sangkut atau weedless.

 

Disebabkan faktor samai yang tebal juga set joran yang ingin digunakan harus juga bersifat hardcore. Dam Sepayang bukanlah padang ultralight.

Spesifikasi joran fast action 10-20 lb atau 12-25 lb adalah setting sepadan. Manakala kekili pula sebaiknya yang tahan lasak untuk mengekang benaman toman ke reba-reba.

 

Setelah tiga kali turun memburu toman di Dam Sepayang dan tidak pula kecewa pada setiap trip, membuatkan penulis tertanya sendiri di mana sebabnya potensi pancingan kurang diviralkan khususnya di Facebook.

Ads

Malah di media-media cetak juga sudah agak lama menyepi.

 

Populasi spesies buruan seperti toman seperti tidak berkurangan walaupun ratusan ribu anak-anaknya dipunggah keluar.

Sebarau masih lagi dipancing di kawasan alur sungai yang dilitupi samai. Begitu juga tapah yang sudi menyambar gewang meskipun aktiviti seperti menjaring, taut, rawai serta bubu turut mewarnai loji ini.

 

 

Jika kekurangan guide yang menawarkan pakej memancing atau kos pakej yang ditawarkan menjadi faktor utama, hakikatnya perlu dikaji juga dengan servis yang diberikan oleh boatman.

RM400 (sekarang rasanya sudah naik) satu bot maksima 3 orang pemancing atau lebih selesa 2 orang pemancing, sebenarnya tidak jauh beza dengan pakej pancingan di Tasik Temenggor.

Ads

 

Set mesti mantap!

Sebaliknya dengan keadaan heavycover kudrat boatman sangat-sangat ditagih untuk berdayung.

Apatah lagi kawasan permainan toman adalah di bawah permukaan air bersamai. Itu belum campur tenaga yang dikerah untuk mengangkat enjin bot bagi membersihkan ke

kipas dari belitan samai atau membebaskan bot yang sering terkandas di atas batang dan tunggul balak.

 

Dan yang paling istimewa adalah bonus servis yang tersendiri. Jika di tempat-tempat lain lain, kebanyakan boatman akan bawa ke lubuk atau spot yang berpotensi, tapi boatman di sini akan membawa terus pemancing kepada toman.

Kecekapan mata para boatman mengesan lokasi anak-anak toman dari jauh sememangnya tidak dapat dinafikan.

Ads

 

Tambah menarik, kebanyakan anak-anak toman masih berinduk ekoran konsep tangkap dan lepas dipraktikkan dengan baik di sini.

Selebihnya terserah kepada mama atau bapa anak-anak toman tersebut mahu buka mulut atau sebaliknya.

 

Namun keseronokan sebenar pancingan toman di sini bukanlah memujuk mama-mama membaham jump frog yang disuakan ke arah anak-anaknya tetapi memburu toman-toman bujang atau toman rempit.

Apatah jika memasuki territory permainan toman bujang.

 

Nantikan saja kelibatnya timbul meneguk udara, balingan yang tepat pada tempat dan masa pasti akan bersambut.

Dan kejayaan sama ada berpihak kepada pemancing atau toman meloloskan diri bergantung pula pada samai.

 

Semakin banyak samai yang dijerut oleh toman dalam usaha meloloskan diri maka semakin besarlah harapan pemancing untuk berputih mata sekadar mendaratkan samai.

Perlawanan seperti inilah sebenarnya yang membezakan Dam Sepayang dengan padang-padang pancing lainnya.

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI