Difahamkan di kawasan Seri Iskandar ini memang kaya dengan lombong-lombong tinggal yang dihuni pelbagai spesies ikan. Biarpun begitu, penulis memang tidak meletakkan sebarang harapan untuk misi ini berjaya mendapatkan hasil yang memuaskan. Cukuplah sekadar merasai ‘karen’ ikan-ikan kecil yang mungkin sudi menjamah umpan nanti.
Dengan berumpankan campuran dedak pandan dan dedak ayam kami terus melabuhkan umpan. Tidak perlu menunggu lama untuk memujuk ikan di lombong ini untuk buka mulut. Adik saya menjadi yang pertama mendaratkan spesies pendatang yang dikatakan semakin memonopoli lombong ini.
Ads
Tidak lama selepas itu bersilih ganti kami melayan pelbagai jenis ikan yang saiznya tidaklah begitu membanggakan. Biarpun saiz hanya sebesar tapak tangan namun bila melayani tarikannya dengan set ringan dapat memberi satu rasa yang hanya difahami oleh kaki pancing sahaja.
Ads
Ads
Sebelum senja, kami mengambil keputusan untuk menamatkan sesi pancingan di sini memandangkan penulis perlu berkemas untuk pulang semula ke Melaka keesokan harinya.
Biarpun tidak mendapat hasil dengan saiz membanggakan, namun penulis tetap berpuas hati kerana sempat juga melepaskan gian di kampung yang hanya dapat penulis kunjungi dua tahun sekali, itu pun pada musim perayaan!
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Memancing di kelong atau rumah rakit merupakan salah satu aktiviti santai bagi para sahabat pancing yang inginkan suasana damai, rileks dan menenangkan perasaan. Tidak lama dahulu, saya berkesempatan mengikuti satu trip memancing di kelong.
Ini kali kedua kami sampai ke kelong ini di mana hasil tangkapan pada trip pertama agak memuaskan hati. Kali ini seramai 8 orang turut serta yang mana kebanyakan pemancing ini cukup sibuk dengan tugasan kerja. Mereka memilih untuk memancing di kelong. Pilihan mereka kali ini adalah kelong Persatuan Nelayan Kampung Teluk, Pasir Panjang, Port Dickson.
Kami bertolak dari jeti nelayan Kg. Teluk jam 5.00 petang. Memandangkan kelong ini tidak berapa jauh dari daratan maka perjalanan bot cukup mudah dan cepat. Kadar bayaran (pakej) bagi kelong ini sekitar hanya RM280 bagi 8-10 orang.
Kelong ini beroperasi dari jam 3.00 petang hingga 10.00, 3 kali seminggu saja iaitu pada Jumaat, Sabtu dan Ahad. Sebenarnya kelong ini masih dalam proses pembinaan. Belum sempurna sepenuhnya. Kemudahan asas seperti lampu dan toilet masih dalam pembinaan yang dijangka siap sepenuhnya penghujung bulan ini.
Namun ini bukanlah halangan bagi pemancing yang dtg untuk melepaskan gian dalam erti kata menikmati sentuhan ikan. Segala peralatan dan makanan mereka bawa sendiri.
Bermula jam 6.00 petang para pemancing mula melabuhkan Joran. Mereka tidak menunggu lama untuk menaikkan tangkapan. Pelbagai spesies berjaya didaratkan. Antaranya gemang, semilang, gelama, gelama papan, tetuka, senangin, seludu, tetanda dan beberapa spesies lain.
Pada malam hari mereka memancing sambil menikmati juadah makanan yang dimasak ataupun yang di bawa sendiri. Suasana harmoni inilah yang mampu merapatkan silaturahim yang dipenuhi gelak tawa sepanjang hari.
Kami meninggalkan kelong jam 10.00 pagi keesokannya. Segala tangkapan dibahagi sama rata untuk dibawa pulang.
Alhamdulillah siap juga serba sedikit kronologi kes kematian di Sg. Ketir, Royal Belum disebabkan banyak berita yang tak betul tersebar. Individu terlibat dlm trip ialah seramai 39 orang; 27 orang peserta, 2 orang ranjer, 2 orang guide termasuk saya dan 8 Orang Asli sebagai porter.
(071130H Apr 2018)
Bergerak ke bot point Sg Kejar, Royal Belum.
(070100H Apr 2018)
Selepas makan, taklimat ringkas dan bacaan doa. Mula bergerak ke destinasi iaitu ke lubuk Kajang dalam 4 kumpulan. 2 kumpulan diketuai oleh ranjer dan 2 kumpulan lagi diketuai oleh saya sendiri dan seorang lagi guide. Kami seramai 10 org termasuk mangsa dan saya adalah kumpulan terakhir. Semasa berhenti berehat dan hendak meneruskan perjalanan semula saya membawa beg mangsa bagi meringankan beban mangsa.
(071850H Apr 2018)
Berhenti berehat di salah satu tapak kem lama selepas melintasi sg Ketir.
(072030H Apr 2018)
Mangsa mengadu lenguh kaki dan rasa macam nak krem dan terus jatuh dan tidak sedarkan diri. Ahli grup seramai 9 orang mengangkat mangsa ke tempat yang rata, mengajar mangsa mengucap dan membaca ayatul Kursi serta Yasin dan memasang khemah. Mangsa menarik nafas panjang sebanyak 3 kali.
(072030H Apr 2018)
Kami sebulat suara mengambil keputusan 3 orang dari ahli grup termasuk saya akan bergerak ke lokasi lubuk Sanghoo Royal Belum untuk mendapatkan bantuan telefon setelit dari ranjer, manakala 6 orang lagi ahli grup ditugaskan menjaga mangsa di lokasi kejadian.
(072040H Apr 2018)
Saya bersama 2 orang lagi peserta (Man Tapah dan Rejab) bergerak ke lubuk Sanghoo untuk mendapatkan bantuan.
(072120H Apr 2018)
Semasa tiba di lubuk Sanghoo grup pertama, kedua dan ketiga tiada di lubuk Sanghoo. Kami bertiga meneruskan perjalanan ke lubuk Kajang iaitu lokasi sebenar yg diluluskan dalam permit. Semasa dalam perjalanan kami terserempak dengan sekumpulan seladang yang menghalang laluan kami ke lubuk Kajang. Kami cuba memasang unggun api dan membakar mercun bagi menghalau kumpulan seladang tersebut tetapi tidak berjaya kami mengambil keputusan untuk berehat sekejap sementara menunggu haiwan tersebut beredar keluar dari laluan utama tetapi haiwan tersebut masih berada di laluan utama.
(072150H Apr 2018)
Salah seorang dari kami bertiga melaungkan azan dan takbir berterusan barulah haiwan tersebut beredar dan kami meneruskan perjalanan dengan bertakbir sepanjang perjalanan ke lubuk Kajang.
(072220H Apr 2018)
Apabila mendengar kami bertakbir ranjer dan ahli grup bergegas dtg untuk membantu.
(072230H Apr 2018)
Sampai di kawasan perkhemahan lubuk Kajang saya memaklumkan kepada anggota ranjer yang ikut serta dalam grup kami untuk mendapatkan bantuan dari luar. Pada mulanya kami mendapat arahan untuk mambawa mangsa keluar melalui jalan darat dengan bantuan dari pihak tentera dan ranjer serta staff perbadanan taman negeri perak. Tetapi disebabkan kesukaran pergerakan bot waktu mlm bantuan ditangguhkan keesokan harinya..
(072330H Apr 2018)
Saya bersama beberapa orang lagi cuba untuk menghantar makanan dan bantuan untuk mengawal mangsa pada malam tersebut. Setelah berbincang dengan ahli grup serta memikirkan keselamatan dari ancaman hidupan liar dilaluan ke tempat kejadian keputusan sebulat suara agar pergerakan bantuan pada keesokan harinya dan kami mendapat berita pasukan bantuan akan datang pada keesokan harinya juga.
(080830H Apr 2018)
Kami seramai 8 orang termasuk saya, 1 ranjer, 5 peserta dan seorang Asli pergi menghantar makanan dan untuk membantu mengeluarkan mangsa dari tempat kejadian dengan menggunakan jalan darat sekiranya tidak dapat bantuan udara (bodyvev). 4 Orang Asli lagi balik kerana mereka hanya dibari upah untuk menghantar makanan ke lubuk Kajang. Manakala 20 orang lagi termasuk seorang ranjer, 3 Orang Asli dan 16 orang peserta tidak dapat ikut disebabkan ramai yang keletihan dan cedera bagi mengelakkan berlaku kecederaan yang lebih serius.
(080930H Apr 2018)
Kami sampai ke lokasi kejadian dan memberi makanan pada 6 org peserta yg berjaga sepanjang malam bagi memastikan keselamatan mangsa dan menunggu bantuan dari pihak ranjer dan tentera.
(081200H Apr 2018)
Pihak ranjer dan tentera sampai melihat dan mengesahkan kematian (peg kagat) serta menguruskan untuk membawa keluar mangsa, mencari tempat yg sesuai untuk pesawat udara sekiranya bodyvev diluluskan dan merintis jalan ke tempat pesawat udara sejauh lebih kurang 650 meter.
(081500H Apr 2018)
Pesawat udara tiba dan menggunakan teknik winching kerana sukar untuk mendarat disebabkan hutan tebal. Setelah semua selesai. Semua peserta akan keluar tetapi disebabkan peserta yang masih ramai di lubuk Kajang yang keletihan dan cedera dan hari semakin lewat bagi mengelakkan dari pergerakan waktu malam kami mendapat persetujuan untuk keluar keesokan harinya, seorang ranjer, seorang guide dan seorang Asli balik ke lubuk Kajang, seorang peserta telah keluar bersama pesawat udara, saya keluar bersama pasukan bantuan dari pihak tentera dan ranjer.
(082030H Apr 2018)
Saya ke bilik mayat Hospital Grik untuk berjumpa dengan seorang lagi peserta yang keluar dengan pesawat udara dan menunggu keputusan postmortem.
(082300H Apr 2018)
Keputusan diperolehi punca kematian disebabkan salur jantung tersumbat. Waris mangsa tiba dan proses untuk menuntut jenazah.
(082340H Apr 2018)
Jenazah dibawa ke Tapah. Saya dan seorang lagi peserta terus ke balai polis Bersia untuk diambil keterangan.
(090300H Apr 2018)
Jenazah selamat sampai ke Tapah.
(091200H Apr 2018)
Jenazah telah selamat dikebumikan.
(091500H Apr 2018)
Kumpulan pertama selamat tiba di jeti Banding. Manakala kumpulan kedua dan terakhir tiba di jeti lebih kurang 091800H Apr 2018 kerana bot mengalami kerosakan dan menunggu bot ganti.
(092030H apr 2018)
Semua peserta bergerak ke balai polis Bersia untuk diambil keterangan dan ada yg bergerak ke rumah mangsa malam itu juga dan ada yang akan datang keesokannya.
Sungai Singor merupakan antara lokasi memanancing dan lubuk pemburuan ikan kelah yang popular.
Pun begitu, kedudukannya yang jauh di dalam Hutan Temenggor mungkin menyebabkan ia jarang dikunjungi.
Ura-ura mengatakan Sungai Singor masih mempunyai kelah bersaiz besar menambahkan lagi keterujaan ke sini.
Peluang menduga lubuk di Sungai Singor ini datang apabila penulis dijemput oleh rakan-rakan daripada kelab pacuan empat roda (4×4) iaitu Raja Rimba Adventure.
Trip kali ini boleh dikatakan trip mega kerana turut disertai oleh beberapa buah kelab pacuan empat roda yang lain dari negeri yang berbeza.
Kebanyakan rakan lain rata-ratanya kaki offroad dan mahu menguji jentera masing-masing.
Namun begitu, bagi penulis dan rakan lain geng memancing, objektif utama kami tentulah untuk menduga penghuni lubuk di Sungai Singor.
TIDAK HILANG FOKUS
Jentera pacuan empat roda mula bergerak masuk satu persatu pada jam 8 pagi. Halangan seperti jambatan runtuh dan tayar termasuk dalam lubang juga berlaku.
Disebabkan jumlah kenderaan yang banyak, sedikit sebanyak ia telah melambatkan perjalanan kami.
Namun masing-masing tidak hilang fokus dan bekerja keras menempuh halangan. Kami meneruskan perjalanan sehingga ke malam hari.
Akibat kepenatan kami akhirnya mengalah dan berehat sekitar jam 3 pagi.
Sekitar jam 7 pagi, kami meneruskan perjalanan sebelum tiba di Sira Dinding sekitar jam 11 pagi.
Kebanyakan peserta mengambil keputusan untuk membuka kem di sini sahaja memandangkan faktor masa dan masalah lain.
Hanya 9 buah kenderaan yang rata-rata kaki pancing meneruskan perjalanan menuju ke kem Sungai Singor.
Jam 3 petang kami tiba juga di lokasi tujuan. Memandangkan perancangan telah lari dari jadual asal, maka kami mengambil keputusan memanjangkan tempoh trip daripada 3 hari kepada 4 hari.
Menurut Zubir, merangkap ketua trip, untuk tiba ke lubuk yang sebenar memerlukan perjalanan trekking lebih kurang 3 jam lagi.
Mengambil kira penat dan lesu, kami memilih untuk berehat mengumpul tenaga bagi hari esok.
TREKKING KE LUBUK KELAH
Awal pagi, masing-masing bersiap untuk trekking bersama rod masing-masing. Sambil trekking menyusur sungai, sesudu dibaling bagi menduga lubuk yang dilihat berpotensi.
Hasil mengilat berjaya menjinakkan beberapa ekor sebarau dan tengas namun saiznya tidak berapa memuaskan.
Hampir tengah hari kumpulan yang paling hadapan berjaya tiba di lubuk utama yang kami gelar sebagai Cabang Sungai.
Tanpa berlengah, masing-masing menurunkan joran berumpankan sawit, ulat kokok dan lipan kayu.
Tidak menunggu lama, tengas pantas menyambar. Larian pantasnya dilayan sebaik mungkin dan seekor tengas skala 1kg berjaya didaratkan.
Tengas bersaiz sekitar 1 kg agak banyak menjamah umpan selain tengas daun.
Dalam asyik melayan larian tengas dan tengas daun, kami berjaya melihat kelibat 3 ekor kelah dalam anggaran saiz 6kg berenang-renang di hadapan kami, namun ia tidak mahu langsung menjamah umpan sawit yang dilontarkan tidak jauh dari kelah ini berlegar.
Masing-masing hanya mampu melihat sahaja. Benarlah masih terdapat kelah yang besar di sini seperti mana cerita Zubir sebelum trip ini.
Memandangkan masa tidak menyebelahi kami, kami terpaksa bergerak pulang ke kem utama sekitar jam 3 petang.
Rancangan asal untuk bermalam di sini ditukar kepada trekking balik hari. Kami yakin jika bermalam di sini, potensi mendaratkan kelah sangat besar.
PENANGAN SINGOR
Ketika trekking pulang, beberapa masalah timbul akibat kurang persiapan awal.
Penulis sendiri hampir pengsan akibat tidak makan seharian ditambah dengan keadaan sejuk di Banjaran Titiwangsa ini.
Mujur rakan lain yang datang mencari ada membawa bekalan makan.
Kumpulan lain pula ada yang hampir tersesat kerana mengikut trek yang salah. Setelah menyedarinya, mereka cepat-cepat kembali berpatah balik dan mengikut trek menyusur sungai. Syukur, akhirnya jam 11 malam, kami selamat sampai di kem utama.
Masing-masing rabak dan kepenatan ketika tiba di kem utama. Keesokan harinya, berita seekor kelah berjaya dinaikkan di sekitar kem utama kami membuatkan kami lupa perihal penat semalam.
Walaupun Kelah 1 kg lebih ini merupakan bonus untuk trip rabak kali ini.
Pengalaman ‘rabak’ di Sungai Singor ini tidak mematahkan keinginan kami untuk kembali ke sini. Waktu memancing yang terbatas menambahkan lagi keinginan untuk repeat lubuk di sini.
Kami pasti akan kembali dengan persiapan keselamatan diri yang lebih rapi. Sungai Singor, mu tunggu aku datang!
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...