Pada bulan Mei beberapa tahun lalu, kami sekali lagi menjejaki perairan Kedah untuk menjejaki beberapa spesies jenahak, GT dan kerapu menerusi aplikasi pancingan jigging dan bottom.

Selain ingin mencari tangkapan terbaik untuk dibawa pulang, masing-masing memasang angan-angan untuk mencari rekod yang lebih baik daripada tangkapan terdahulu.

baca juga kenali gerut-gerut

 

Sebelum turun ke lokasi yang dikepalai Encik Harun, kami bersiap sedia menyediakan peralatan yang sesuai.

Bimbang-bimbang keadaan tidak mengizinkan sekiranya dilakukan di atas bot, tambahan pula boleh mabuk dibuatnya.

Apa yang pasti kami cuba untuk mendapatkan kepuasan sebenar apabila bertarung nanti.

 

Walaupun bekalan umpan yang kami tidaklah sebanyak mana kerana sasaran kami trip ini hanyalah balik hari.

Namun, masing-masing telah berseloroh memadailah sekiranya gian kami ini dapat dilampiaskan dengan melihat adanya ikan besar yang akan dihambat tarik naik ke permukaan.

 

Cuaca baik

 

Bersyukur tidak terkira, dengan semangat sepasukan yang kuat, ketibaan kami lebih awal sekitar 9.25 pagi tanpa sebarang gangguan cuaca atau masalah teknikal yang datang dari bot berusia lebih 7 tahun ini.

Mengambil kira keadaan cuaca yang baik dan pergerakan air laut yang tidaklah begitu beralun memberi petanda yang menyenangkan.

 

Kami sempat juga melakukan pancingan tundaan ketika melalui spot yang biasa memperoleh tangkapan alu-alu dan juga tenggiri.

Namun ia tidak berhasil dan bot kami terus sahaja dipacu sehingga sampai ke lokasi sasaran sebenar.

 

Sebelum memulakan trip lagi kami telah berbincang dan bersepakat mata kail standard big game hook bakal diaplikasikan.

Ads

Walaupun tidak meletakkan sebarang sasaran spesies yang ingin didaratkan, realistik sekiranya kami mencuba apa sahaja mata kail jenis ini di sini.

 

Trip Retro – Lubuk Pasar Malam

 

Berkongsi umpan yang sama

 

Umpan sotong merupakan umpan yang bolehlah dikategorikan sebagai umpan kegemaran bagi spesies jenahak dan kerapu. Lebih-lebih lagi sotong hidup yang segar di candat.

Berdasarkan pengalaman kami, sotong hidup ini antara umpan yang tidak akan ditolak oleh spesies jenahak. Jarang sekali, kami gagal untuk mendaratkannya.

Kami juga pernah mencuba menggunakan kepala sotong segar. Tidak sangka ia lebih mujarab dan luar biasa sekali tindak balas jenahak terhadapnya.

 

Sambil menunggu umpan yang dipasang dimakan ikan, kami juga melakukan jigging. Aksi jigging turut menghasilkan ikan kerisi, namun bilangannya tidak banyak.

Sambil-sambil boring menunggu, kami  juga sempat apollo mencari umpan hidup.

 

Boron

Ads

 

Trip Retro – Lubuk Pasar Malam

baca juga kenali ikan jenahak

 

Sekitar jam 11 pagi, rod milik Abang Harun yang diletakkan di belakang bot, tiba-tiba dihenjut kuat, tanda ada ikan besar yang telah membaham umpan sotong segar miliknya.

 

Abang Harun berulang kali mengarau kekili sambil mengetatkan drag. Masing-masing yang berada di dalam bot berdoa agar spesies yang dijangkakan kerapu ini tidak mampu menyelinap masuk ke rumah atau batu karang.

 

Dengan kudrat yang ada, berhempas pulas jugalah hendak menewaskannya. Tidak lama kemudian, timbullah sang kerapu yang kami doakan sejak awal dari tadi lagi.

Syukur dan syabas kami ucapkan kepada Abang Harun kerana berjaya juga menewaskan sang kerapu.

 

Trip Retro – Lubuk Pasar Malam

 

Kami sebulat suara merahsiakan spot ini dari agar ia sentiasa terpelihara. Maklumlah spot ini boleh dianggap hot spot di kalangan pemancing tempatan. Cukuplah sekadar gambar jadi tatapan menggambarkan segalanya.

Ads

 

Selepas tangkapan kerapu berjaya diperolehi, kami meneruskan lagi aksi jigging. Oleh sebab, spot rahsia ini adalah kawasan batu karang dan juga lubang, kami rata-ratanya menggunakan joran aksi ringan PE 1-3 dan sederhana PE 3-5.

 

Namun, aksi jigging di sini, kurang memberangsangkan, sebaliknya teknik bottom pula yang lebih menjadi.

James Lim dan Dr Kevin masing-masing memperoleh gerut-gerut dan jenahak. Manakala GT dan juga ebek juga berjaya diperolehi dengan kaedah yang sama.

 

Trip Retro – Lubuk Pasar Malam

 

Kesimpulan trip

 

Walaupun teknik bottom yang lebih menjadi, kami bersyukur dengan hasil yang diperoleh dan ia sudah pun cukup memuaskan hati kami.

Kami percaya, kawasan perairan ini masih lagi kaya dengan kepelbagaian spesies meskipun terdapat berita tentang wujudnya nelayan pukat tunda turun melabuhkan pukat pada waktu malam.

 

Diharapkan agensi yang dipertanggungjawabkan mampu menjaga kawasan perairan kita dengan lebih baik lagi, khususnya mengekang pencerobohan nelayan pukat tunda mahupun nelayan asing.

(Oleh: Muhammad Safuwan Zakaria)

baca juga kenali kerapu boron

 

Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!

Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan

Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI