“Hujan ni… kalau call Abang Wan pergi cari ikan malam ni, bagus juga,” tiba-tiba sahaja terdetik di hati saya ketika memandu pulang dari tempat kerja. Lantas handphone dicapai dan panggilan dibuat.

Jawapan Abang Wan seperti dijangka 99.9%. “Jadi! Lepas makan malam nanti kita pergi”.

 

Malam itu, selepas 45 minit perjalanan bermotosikal, kami sampai di benteng. Sasaran utama adalah lampam kerana trip sebelum ini ikan lampam cukup banyak.

Ikan lain bukannya tidak ada tetapi agak sukar mendapatkannya. Hanya sesekali, barulah sebarau, tengas, baung, terbul dan kelah kami perolehi.

 

Ads

Trip Retro – Lampam Most Wanted

 

Ucapan pembukaan yang perlu kami lakukan di sini adalah ‘merasuah’ terlebih dahulu penghuni sungai terlebih dahulu. Biji sawit yang sudah buruk dan masam dipijak-pijak agar keluar minyak serta aroma yang bisa membuatkan penghuninya terconget hidung.

 

Ads

10 minit kemudian, lontaran demi lontaran menerjah di permukaan air. Ia kudapan ikan tanda ikan berkumpul… lepas sesekor, seekor mangsa yang kami daratkan.

Sebarang cahaya tidak dinyalakan agar ikan yang sudah berkumpul tidak lari. Beroperasilah kami bertemankan cahaya samar sang rembulan.

 

“Bang… dekat pukul 12.30 malam dah ni. Ikan pun dah banyak. Macam mana?” saya bersuara.

Ads

 

“Eh… Ye ke? Sekejapnya rasa. Ok… jom kemas barang, kita balik. Esok nak kerja!” kata-kata Abang Wan menamatkan misi kami pada malam tersebut.  Hampir 30 ekor lampam selebar 4-5 jari bakal dijadikan masak lemak cili padi.

 

Trip Retro – Lampam Most Wanted

 

Dalam perjalanan pulang, selepas pekena dua keping roti canai banjir di kedai mamak, kami pun balik dengan penuh kepuasan dan bila hujan lebat turun lagi, maka `trip lampam` akan diulang, lagi dan lagi.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI