Tepat pukul 10.30 pagi pesawat Air Asia selamat mendarat di Airport Cochin, India selepas penerbangan selama  empat jam setengah dari KLIA 2.

Saya dijemput oleh dua pemancing tempatan dengan kenderaan 4×4 yang disewa untuk trip ini.

 

Perjalanan kami ke hutan simpan Malakkapara mengambil masa selama 14 jam setelah mendapat kebenaran dari checkpost kawalan hutan.

Walaupun perjalanan tersebut amat memenatkan namun keindahan alam sungai berbatu bata sepanjang jalan dan air terjun setinggi lebih 100 meter amat mempersonakan .

 

Trip Retro: Kembara Solo Blue Mahseer

 

Pada hari kedua perjalanan kami mengambil masa 3 jam dari homestay untuk sampai ke lokasi memancing.

Hati saya semakin girang apabila melihat percikan air dihasilkan oleh ikan. Tanpa membuang masa gewang spinnerbait 24g dipasang apabila sampai di seberang sungai.

 

Trip Retro: Kembara Solo Blue Mahseer

 

Teknik karauan laju di dasar amat berkesan menurut pemancing tempatan. Balingan keempat saya disambat rakus dan tali mencurah keluar dari BC walaupun drag BC Weebass Star telah diketatkan 70%.

 

Renangan ikan memotong arus sungai dan mengarah ke reba pokok tumbang amat membimbangkan saya. Nasib baik rod Weebass Tsubasa 10-20lbs saya membantu mengawal renangan ikan dengan baik.

 

Selain kelah biru sungai ini juga dihuni oleh siakap air tawar, Malabar snakehead dan cobra snakehead.

Ads

Selepas 5 minit pam ikan tersebut menunjukkan diri dengan satu libasan di permukaan air. Kawan di sebelah menjerit ‘blue mahseer’ apabila ekor biru sang kelah jelas kelihatan.

Hati saya semakin berdebar-debar kerana ikan masih kuat melawan dan membuat beberapa libasan kuat dipermukaan air.

 

Selepas 7 minit ikan mula menjadi lemah walaupun enggan mengalah. Apabila ikan tersadai di tebing tanpa melengah masa kawan saya terus memegang ikan berskala  4.5kg itu.

 

Riang kegembiraan dapat dilihat di muka setiap orang di sana. Ikan tersebut Berjaya dilepaskan kembali dengan selamat selepas sesi bergambar. Mengikut orang tempatan saiz begini adalah saiz normal kelah biru di sungai ini.

 

Trip Retro: Kembara Solo Blue Mahseer

 

Sesi memancing bersambung selepas 10 minit. Lontaran demi lontaran dilakukan selepas 30 minit satu lagi sambaran diterima apabila spinner 5 meter dari tebing.

Renangan ikan amat berbeza dengan sang kelah biru tadi. Rupa-rupanya kerandang kerala atau cobra snakehead telah menerkam gewang spinnerbait saya.

 

Trip Retro: Kembara Solo Blue Mahseer

Ads

 

Boleh tahan juga tarikannya walaupun dapat dipujuk dalam masa 2 minit. Selepas sejam, rakan saya disebelah terkena sambaran yang amat padu tetapi sayang ikan terlucut.

Apabila melihat gewang, rupa rupanya mata kail Decoy telah terkangkang. Terkejut juga melihat angkara kelah itu.

 

Selepas menukar ke sesudu Weebass, lontaran kedua rakan saya disambar rakus lagi tetapi kali ini mata kail pula yang terpatah.

Dugaan demi dugaan melanda rakan saya yang tidak sabar untuk mendapatkan lesen ikan kelah.

 

Trip Retro: Kembara Solo Blue Mahseer

 

Pada hari seterusnya, usaha pemburuan ikan kelah kami bermula dari kawasan hulu sungai.

Aliran sungai di kawasan tersebut agak perlahan dan mempunyai lubuk-lubuk yang dalam. Lontaran sesudu Weebass ditujukan ke arah kawasan bereba dan karauan laju terus disambar.

 

Ads

Kali ini saya terus mengetatkan drag penuh dan berjaya mengeluarkan ikan dari kawasan bereba dan saya tidak memberi sebarang peluang kepada ikan sehingga ikan tersebut sampai ke tebing.

Kawan saya memeluk ikan kelah 3 kg ke darat. Semasa sesi bergambar, seorang kawan saya juga berjaya mendaratkan kelah dalam lingkungan saiz yang sama.

 

Kami trekking selama 30 minit untuk sampai ke lubuk seterusnya . Apabila sampai di spot, saya terkejut melihat kelah dalam lingkungan 3 hingga 15 kg berenang melepasi jeram.

Tetapi, lontaran sesudu hanya diikuti oleh sang kelah tetapi tiada sambaran. Kami merentasi sungai memasuki kawasan pedalaman.

 

Trip Retro: Kembara Solo Blue Mahseer

 

Salah seorang kawan saya mendapat sambaran dan melawan ikan selama 15 minit, walaupun drag telah diketatkan tali masih lagi mencurah keluar. Malangnya ikan tersebut berjaya meloloskan diri.

 

Rakan saya dari Kerala tersebut, pernah Berjaya mendaratkan kelah seberat 10 kg di tempat yang sama dan menurut beliau, kekuatan ikan tadi lebih kuat daripada ikan yang seberat 10kg itu.

Dengan duka citanya, kami terpaksa berangkat kerana hari telah lewat. Saya pasti akan datang kembali untuk memburu kelah monster.

 

Trip Retro: Kembara Solo Blue Mahseer

(Catatan pengalaman Naresh Ratnam)

 

 

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI