Ads
Home Berita Trip Retro – Kembara Mencari Kelah Sebarau di Bumi Laos (part 2)

Trip Retro – Kembara Mencari Kelah Sebarau di Bumi Laos (part 2)

Ads

 

(Teks & Foto: Mohamed Shah Kadir)

HARI KEEMPAT:

Pada awal pagi, kami turun bersarapan sambil menikmati `open air` di tepi tasik. Makanan pun sedap, terdiri dari nasi goreng udang dan telur rebus dengan roti.

Tasik Nam Ngun adalah empangan yang terbesar di Laos. Luas kawasan tasik ini adalah 370 km pesegi. Empangan ini dibina pada tahun 1968 dan siap pada tahun 1977. Ia dibina di atas sungai Nam Ngun, anak sungai Mekong.

 

Trip Retro – Kembara Mencari Kelah Sebarau di Bumi Laos (part 2)

 

Spesies ikan yang kami sasarkan di sini ialah ikan sebarau (Hampala macrolepidota) dan sepupunya ikan eye-spot barb (Hampala dispar).

Rupa bentuk ikan eye-spot barb sama seperti sebarau tetapi badannya ada hanya satu spot hitam, dan bukan dua atau tiga jalur hitam seperti sebarau.

Spesies ini lebih kecil dari sebarau, dalam lingkungan kurang 500 gm. Ikan eye-spot barb yang lebih dari 500 gm boleh didaftarkan dengan IGFA sebagai rekod sedunia!

 

Trip Retro – Kembara Mencari Kelah Sebarau di Bumi Laos (part 2)

 

Toman juga terdapat di tasik ini selain beberapa jenis kap yang kecil. Francois memberi tahu paras air telah turun. Dan harapan untuk mendapatkan mendapat toman agak tipis. Tetapi sasaran kami ialah hampala dispar, sebab ikan spesies ini tiada di Malaysia.

 

Ads

Pada hari pertama di Nam Ngun, kami kesemua mendapat beberapa ekor sebarau dan juga eye-spot barb. Malangnya, kesemua ikan eye-spot barb, bila ditimbang, terlalu kecil dan bawah 500 gm. Kebanyakannya bawah lingkungan 400gm.

 

Cara memancing spesies ini sama seperti memancing ikan sebarau, dan yang syoknya eye-spot barb pun kuat lawan walaupun kecil. Hanya Richard seorang dapat seekor toman, sayangnya dia tidak mengambil gambar!

 

Trip Retro – Kembara Mencari Kelah Sebarau di Bumi Laos (part 2)

 

Malam itu, kami tidur awal kerana berasa amat letih, maklumlah tidak mendapat lena yang cukup terutama mengharungi perjalanan panjang dan jalan yang penuh dengan lubang.

HARI KELIMA:

Hari terakhir kami memancing di negara Laos. Semangat dan harapan kami amat tinggi untuk cuba mendapatkan hampala dispar yang boleh didaftarkan dengan IGFA sebagai rekod sedunia.

 

Ads

Trip Retro – Kembara Mencari Kelah Sebarau di Bumi Laos (part 2)

 

Kali ini saya berpasangan dengan Wai Hin dalam satu bot. Kami terus ke sebuah pulau yang mana tebingnya penuh dengan tumbuhan bawah air.

Wai Hin yang cuba casting menggunakan `katak Siam` dan saya menggunakan gewang Yo- Zuri magnet warna biru putih dan berbintik hitam. Kami berjaya mendapat beberapa ekor hampala dispar. Malangnya, kesemuanya saiz bawah 500 gm.

 

Trip Retro – Kembara Mencari Kelah Sebarau di Bumi Laos (part 2)

 

Pulau demi pulau kami jelajahi dengan casting tanpa henti dengan menggunakan pelbagai jenis gewang dan juga sesudu. Kadangkala kami juga mendapat sebarau, tetapi

nampaknya trip ini tidak berjaya mendapatkan hampala dispar mahupun sebarau bersaiz besar dan bertaraf badong. Ikan yang berjaya diperolehi kali lepaskan semula.

Ads

 

Walau bagaimanapun, kami cukup gembira dengan pengembaraan dan aktiviti memancing yang dirancang di Laos. Ini adalah trip pertama kumpulan kami ke Laos.

Banyak pengalaman yang telah pelajari khususnya memahami budaya setempat, ekonomi rakyat, dan potensi untuk negara ini dimajukan.

 

Trip Retro – Kembara Mencari Kelah Sebarau di Bumi Laos (part 2)
Perbezaan 2 spesies sebarau

 

HARI KEENAM:

Kami bertolak pada awal pagi untuk perjalanan balik ke Udon Thani di Thailand. Kami singgah juga ke ibu kota Vientianne untuk makan tengah hari. Pada petangnya, kami terus menaiki pesawat ke Bangkok.

 

ALAT PANCING:

Alat memancing yang diguna untuk memancing ikan kelah ialah joran-joran medium heavy yang dipasangkan dengan Shimano 3500 Bait runner, dengan tali braided 20lb.

Untuk casting di sungai dan di Empangan Nam Ngun, kami gunakan joran light medium 6lb-14lb dan kekili saiz 2000 dan 2500, dan tali braided 10lb atau 12lb.

 

Ada di antara kami yang mengguna mono leader Berkeley Vanish fluorocarbon pada tempat-tempat dimana air jernih. Kami juga membawa joran kekuatan 10-25lb dengan reel saiz 3000 tetapi joran tersebut tidak dapat digunakan kerana tiada ikan toman.

 

Trip Retro – Kembara Mencari Kelah Sebarau di Bumi Laos (part 2)

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI