Trip Retro – Hasil Selepas Ribut Tenggol (bahagian 2)!!

Share

 

Kira-kira 15 minit kemudian, joran beliau melentur diikuti bunyi drag. Sekali lagi pertarungan bermula. Umpama pesta di lubuk ini.

Hampir semua menjerit seronok apabila siakap merah didaratkan. Man yang berada di tepi bot juga menjerit secara tiba-tiba meminta fighting belt.

 

Masing-masin memberi semangat kepada beliau. Akhirnya muncul jemuduk besar skala 5kg. Berjaya juga Man setelah putus awal tadi. Ketika ini waktu telah pun melepasi tengah malam manakala angin bertambah kuat. Kami terpaksa beredar kerana tanda-tanda ribut telah muncul.

 

Ada juga yang sudah masuk tidur untuk berehat. Alip yang masih tekun memancing dikejutkan dengan tarikan yang kasar. Kelihatan seperti dragnya tidak keluar manakala joran hendak patah mencecah air. Kelam kabut seketika namun berjaya dikawal.

 

Lama beliau bertahan dan ikan seolah-olah tidak mahu mengalah. Pok Din yang sempat berkata yang ikan ni pasti besar. Setelah berhempas pulau, timbul seekor jemuduk 7kg dan menjadi ikan terbesar setakat ini.

 

Ketika ini hanya saya dan Mr Doe sahaja yang masih memancing. Menjelang Subuh, saya dikejutkan dengan panggilan beliau yang ketika itu sedang menarik sesuatu. Beliau menyuruh saya mengambil kamera. Seketika kemudian, seekor talang dinaikkan dan beliau masuk tidur apabila selesai bergambar.

 

Azizan pula dalam diam berjaya mendaratkan seekir ikan yu bersaiz 2.5kg yang membeliy tali kami sesama sendiri. Saya turut berehat selepas itu dan hanya terjaga apabila mendengar bunyi bising di belakang bot.

Rupanya Pok Din sedang membantu bot anak beliau yang terbelit tali pada kipas dan kebetulan pula berdekatan kami.

 

Bot ditunda ke kawasan selamat untuk kerja menyelam bagi membuang tali tersebut. Kami kemudiannya berpindah ke lokasi kapal karam Vietnam untuk apollo ikan selayang. Hampir sebakul penuh kami dapat. Pok Din berpindah lagi dan kali ini mengadap resort di Pulau Tenggol.

 

Hampir 2 jam tanpa sambaran kasar telah menyebabkan saya mencadangkan akar kami singgah di Pulau Tenggol untuk mandi sambil berehat. Setelah 2 jam di sana, kami kembali ke bot dalam keadaan segar dan bersemangat.

 

 

Lokasi kapal karam sebelah laut dituju. Jam menunjukkan hampir 3.30 petang dan kelihatan tanda-tanda ribut muncul lagi. Laut agak kucah sedikit namun diteruskan juga. Kami tiba sejam kemudian.

 

K.I pantas mendapat sambaran kasar dan terpaksa menahan asakan demi asakan ikan tersebut dalam keadaan laut berkucah. Ikan tidak mahu mengalah malah menarik tali keluar lagi. Tali akhirnya putus ketika beliau sedang menahan larian ikan tersebut.

 

Suasana sepi seketika hingga ke ke 2 jam berikutnya manakala angin pula bertambah kencang. Menurut Pok Din, ribut kuat akan melanda malam ini. Kami segera beredar. Kami menuju ke tepian pulau dan cuba memancing ikan-ikan kecil namun hasilnya agak mendukacitakan.

 

 

Pada waktu yang sama, Mr Doe menukar umpan dengan menggunakan hirisan selayang. Tak sampai 5 minit, berdesing drag beliau dengan tarikan menjunam.

Tenyata tentang ikan ini terlalu padu. Mr Doe sempat berkata yang beliau menahan sakit pinggang akibat tentangan ikan ini.

Akhirnya timbul ikan jahan skala 6.8kg. selepas itu, kami hanya berehat dan tidur sepanjang malam. Lebih kurang 5 pagi, kami membuat keputusan untuk berkemas dan pulang.

Published by
Amang