Trip Retro – Gurauan Kanai Sandakan

Share

 

(Oleh: Abdul Rahim Marauf)

Pada mulanya trip ini hanyalah gurauan semata-mata di antara saya bersama Sahril dan Abang Moktar. Tak disangka trip gurauan ini akhirnya terlaksana.

Perjalanan dari Miri ke Sandakan bukanlah dekat malah sangat panjang kerana perlu melintasi sempadan Brunei Darussalam.

Setelah melalui tujuh jam perjalanan yang panjang, kami akhirnya tiba di Kota Kinabalu iaitu pit stop untuk malam ini.

baca juga kenali kanai

 

Esoknya, seawal jam 7.30 pagi, kami memulakan perjalanan ke Sandakan pula. Perjalanan dijangka mengambil masa tujuh hingga lapan jam dengan laluan bukit bukau dan merentasi kaki Gunung Kinabalu.

Akhirnya perjalanan panjang ini bernoktah setelah kami tiba di Bandar Sandakan Sabah. Ketibaan kami di sana disambut oleh guide kami iaitu Tuan Syamil Salleh yang bertanggungjawab membawa kami ke lubuk kanai.

 

 

 

Untuk malam kedua, kami bermalam di Labuk Hotel untuk berehat dan mempersiapkan set pancing masing-masing.

Beberapa gewang killer dalam ‘mazhab perburuan’ kanai seperti Zerek Giant Ruby, Rapala TDD9 dan TDD11 siap diletakkan di dalam kotak.

 

Hari ketiga iaitu hari menduga sang kanai telah tiba. Seawal jam 6.00 pagi, selesai memenuhkan perut masing-masing, kami bertolak ke jeti yang hanya mengambil masa 20 minit perjalanan dari tempat penginapan kami.

Di jeti kami bertemu dengan Tuan Syamil Salleh dan bermula pula perjalanan kami ke lubuk kanai yang mengambil masa kira-kira satu jam.

 

Setibanya di Sungai Pitas yang merupakan lubuk kanai, kami memulakan aktiviti memancing. Bermulalah ujian memujuk raja muara ini.

Pertarungan dengan sang kanai sangat menguji minda dan fizikal kami apabila beberapa kali tarikan masih belum mampu menewaskan spesies ini.

Kekecewaan kami akhirnya terungkai apabila Abang Moktar berjaya mendapatkan lesen kanai miliknya dengan anggaran 4kg.

 

 

Dalam beberapa jam menduga kanai pada hari itu, kanai milik Abang Moktar merupakan kanai tunggal yang diperoleh.

Kami yang lain pula sekadar mendaratkan beberapa ekor siakap merah dan alu-alu buat pengubat spesies blackbass ini.

Pada jam 4.00 petang kami mengambil keputusan untuk berangkat pulang ke jeti dan akan  meneruskan sesi pancingan pada hari esoknya.

 

Esoknya sekitar jam 7.00 pagi, kami bertolak ke lubuk utama. Nampaknya untuk hari kedua memancing ini, dengan izin-Nya keadaan air nampak tenang dan cuaca yang baik menemani kami sepanjang perjalanan.

Setelah sampai di Sungai Pilus, kami memulakan aktiviti casting. Tanpa diduga, trip hari ini amat menggembirakan kami apabila masing-masing merasai kehebatan dan ketangkasan sang kanai beraksi.

 

 

Apa pun, kami masih perlu berhati-hati ketika bertarung dengan sang kanai yang sememangnya diketahui gemar membuat larian pantas ke kawasan reba.

Mujur kami telah bersiap dengan set pancing heavy kali ini. Tali braided kekuatan 60lbs dengan perambut kekuatan 80lbs setidak-tidaknya membantu kami untuk menahan asakan keras dari kanai.

Hasilnya, kesemua kami berjaya mendaratkan spesies kanai.

 

Kesemua spesimen yang tewas dianggarkan seberat antara 4kg hingga 5kg. Masing-masing cukup gembira apabila mendapat lesen kanai dan mengambil peluang bergambar sebagai bukti lesen kanai sebelum dilepaskan kembali.

baca juga Tekong kanai lahad datu

 

 

Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!

Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan

Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan

Published by
Amang