Perjalanan melalui lebuh Raya ini menyingkatkan Waktu perjalanan selama hampir satu jam Berbanding jika melalui jalan lama baling – Pengkalan hulu – gerik . Tiba di bandar Gerik, kami akan bermalam di hotel Great Wall dengan kadar bayaran yang berpatutan.
Kami Semua bangun pada awal pagi, dan Sesudah menunaikan solat subuh, kami Langsung menuju ke pasar gerik bagi membeli keperluan makanan sepanjang memancing
nanti, selalunya nasi lemak bersebelahan stesen Petronas lah yang akan kami tapau, kerana rasanya yang sedap dan tahan lama.
Ads
Setelah selesai urusan membeli makanan, kami terus menuju ke Kampung Bersia, di mana tauke bot, saudara Izan sudah menunggu.
Beliau mengusahakan servis sewaan bot tanpa enjin dengan kadar harga RM50 bagi seharian memancing. Bagi kami kos ini amat berpatutan, namun yang lecehnya terpaksa bawa enjin sendiri.
Telah diketahui bahawa Bersia merupakan lubuk toman gadang yang termasyhur di utara, dengan rekod tangkapan ikan toman mencecah belasan kilogram di sini.
Ads
Walaupun Bersia adalah sebuah tasik jaringan sungai utama yang kecil, yang terbina dari Sungai Perak yang tenggelam akibat pembinaan Empangan Hidroelektrik Bersia. Stok ikan sebaraunya juga masih mewah dan tomannya pula masih tidak Culas membaham gewang.
Kami akan memulakan pancingan pada awal pagi lagi kerana mengejar waktu ‘makan’ sebarau.
Ads
Tabiat sebarau yang aktif waktu pagi dan petang membuatkan kami terkejar-kejar masa keemasan ini. Namun sebaliknya pada tengah hari lah waktu paling sesuai menjinakkan ‘gangster’ Bersia ini iaitu sang toman.
Toman di sini amat diketahui tinggi daya juangnya jika terkena gewang, sehinggakan banyak gewang terpaksa disedekahkan kerana perambut putus atau split ring terkangkang. Inilah cabaran yang dilalui ketika bergasak dengan samseng ini.
Saiz toman yang sering ditewaskan adalah Sekitar 3-6 kilogram. Bergasak dengan samseng, merupakan satu kepuasan yang maksimum.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Melihat dari sudut pancingan, si bantal emas atau John’s snapper ini mungkin merupakan spesies ikan snapper yang paling digemari di kalangan kaki pancing. Atribut atau nilai utama tentunya pada nilai rasanya, malah tidak keterlaluan jika dikatakan jenahak merupakan antara spesies ikan paling sedap jika dikira di kalangan spesies ikan estuari.
Begitu pun, sesuai dengan statusnya sebagai tertiary consumer, pemangsa kepada pemangsa ini masih merupakan spesies ikan yang agresif dan agak licik. Agresif di sini merujuk kepada naluri jenahak sebagai ikan pemburu hendap.
Jenahak mampu memberikan kesulitan kepada pemancing pada awal pertarungan terutama sejurus menerkam umpan. Pertarungan yang agresif biasanya dalam tempoh yang singkat sebelum darjah kesulitan dan cabaran pertarungan bertukar daripada naluri pemangsa yang agresif kepada pertarungan kelicikan.
Apabila menyedari pertaruhan tenaganya pada awal pertarungan gagal, jenahak akan menukar strategi kepada bertahan di sebalik struktur atau karang yang ada. Ketika ini, objektif utamanya tidak lagi untuk menghauskan stamina pemancing, sebaliknya tertumpu kepada stamina dan keupayaan tali pancing yang digunakan. Jika pemancing berjaya mengekang kedua-dua darjah pertarungan ini, maka nikmat kepuasan pastinya hadir setelah ‘emas lautan’ ini dapat dicungkil.
Di Malaysia, juvenil atau sering kita gelar tetanda boleh ditemui di kawasan muara sebelum spesies ini bermigrasi ke lautan apabila dewasa. Jenahak dewasa juga boleh ditemui di kawasan berhampiran muara disebabkan untuk mengawan.
Saiz sebiji bantal dengan berat antara 1 kg hingga 6 kg merupakan saiz yang banyak dipancing oleh pemancing tempatan. Biasanya jenahak sebegini mudah dipancing di kawasan kedalaman lebih 30 kaki atau lebih dengan dipenuhi struktur karang, kapal karam, tukun dan sebarang bentuk struktur yang lain.
Jenahak biasanya ditemui berkumpulan dalam habitat yang disebutkan tadi. Jika pemancing menemui lubuk jenahak, pesta jenahak akan dimulakan namun perlu diingatkan, jika seekor jenahak terlepas atau terlucut ketika dipancing, jenahak lain di lubuk yang sama akan menjadi culas dan berhenti memakan umpan seterusnya.
TEKNIK PANCINGAN DAN UMPAN
Di Malaysia, terdapat dua aplikasi teknik pancingan jenahak yang terkenal dan terbukti berkesan untuk memburu spesies bernilai tinggi ini. Aplikasi teknik pancingan yang pertama ialah teknik pancingan dasar dengan menggunakan umpan hidup atau umpan mati.
Teknik pancingan dasar ini boleh dikatakan teknik tradisi memancing jenahak dan telah diaplikasikan sejak sekian lama. Tanyalah mana-mana pemancing yang old-timer di Malaysia, pasti akan memberikan jawapan yang sama. Aplikasi pancingan dasar terbukti berkesan kerana sifat ikan jenahak sebagai ikan yang gemar berlindung di struktur habitatnya dan akan membuat serangan hendap jika ada mangsa yang melintasi kawasan tempat hendapannya.
Kekuatan set pancing pula antara set sederhana hingga berat bergantung kepada lapangan pancing dan arus. Biasanya bantuan ‘bangla’ akan direkrut untuk pancingan di kawasan yang kedalaman lebih 30 kaki. Kekuatan perambut sekitar 50lb hingga 80lb sudah memadai dengan kepanjangan perambut sekitar 2 meter.
Umpan hidup dan umpan mati merupakan pilihan untuk teknik dasar. Umpan sotong hidup seperti cumit dan sotong kurita dikatakan umpan terbaik untuk memikat John’s snapper yang bersaiz besar. Udang hidup pula mampu menaikkan jenahak pelbagai saiz malah jika ada modal lebih, anda boleh mencuba udang lipan.
Selain itu, tamban dan umpun-umpun juga mampu menaikkan spesies ini bergantung kepada teknik pancingan anda. Walaupun masa bagi spesies jenahak memburu mangsanya ialah sepanjang hari, namun teknik dasar pancingan jenahak lebih sinonim pada waktu malam.
Malah sering kali jenahak bersaiz besar acapkali dinaikkan pada lewat malam atau awal pagi. Begitu pun, sesekali dan sesetengah kawasan terdapat juga jenahak yang berjaya dipancing disiang hari. Di sinilah aplikasi teknik pancingan kedua menjadi alternatif kepada pemancing yang ingin memburu jenahak.
Aplikasi teknik kedua pula menggunakan umpan artifisial atau umpan tiruan iaitu mengunjun besi atau jigging. Teknik slow pitch atau slow jigging ternyata begitu praktikal memikat jenahak pada siang hari. Malah, teknik slow pitch menjadi kegilaan terbaru kepada pemancing jenahak tempatan sejak kebelakangan ini.
Dengan berat jig khusus untuk slow pitch bergantung kepada arus lapangan pancing, unjunan perlahan di kawasan berstruktur tidak dinafikan mampu menaikkan jenahak bersaiz gadang @ bantal. Teknik slow pitch boleh diaplikasikan dalam persekitaran kedalaman air antara 20 kaki hingga 30 kaki dengan set pancing sederhana (PE2- PE3, Jig 180-250 gram). Cuma perkara utama yang perlu dititikberatkan ialah spot untuk melabuhkan jig perlu betul-betul di kawasan lubuk yang mempunyai ‘emas hidup’ ini.
Jika bernasib baik mendapat sambaran, kepuasannya memang secukup rasa. Apa tidaknya, bayangkan sekelip mata ketika syok mengunjun, ‘sapppp’ rod melentuk dan jig anda diragut. Fuhh, menjerit drag bak hang!
Sekiranya kita biasa casting ikan siakap merah, maka peralatan yang sama boleh digunakan.
Tapi sebagai insuran, adalah lebih baik ditingkat satu paras kekuatan dan kelasakan peralatan tersebut kerana daya hentaman dan juang ikan tembaring juga jauh lebih mengatasi siakap merah.
Casting Reel
Sama ada kekili menegak atau mendatar, kebanyakannya sesuai untuk memancing tembaring.
Memancing tembaring tidak memerlukan kekili berkelajuan tinggi sebaliknya kekili berkelajuan rendah dan kayuhan bertenaga bagi mengimbangi kekuatan pemangsa.
Tambahan pula persembahan umpan tidak perlu digayakan dengan laju. Berdasarkan pengalaman, kekili seperti Daiwa Zillion crazy Cranker (gear ratio 4.9:1) merupakan kekili terbaik untuk dipadankan.
Joran
Joran aksi sederhana, kuasa kelas medium berkuatan 10-20lb hingga 15-25lb dan panjang 5.5-6.5 kaki merupakan joran yang selesa dan sepadan untuk digunakan.
Jangan pandang ringan dengan kekuatan black bass walaupun bersaiz kecil. Tambah habitatnya adalah di kawasan reba banat yang mencabar.
Tidak dinafikan, gewang crank atau cranbait lure merupakan gewang plug yang paling serasi dengan tembaring di perairan kita.
Walaupun ada kejadian mencatatkan gewang permukaan turut menerima sambaran namun peratusannya sangat rendah.
Pelbagai model gewang crank boleh digunakan namun sehingga kini gewang Ofmer X Deep Fire tiger menepati saiz mangsa yang menjadi diet utama tembaring.
Tali Utama
Tiada masalah jika ingin menggunakan tali tangsi atau mono sebagai tali utama namun disarankan gunalah tali sulam berkuatan 30-40 lb.
Perambut / Leader
Tali perambut dari jenis fluorocarbon berkuatan 40-50lb sangat digalakkan penggunaannya sepadan dengan tali utama.
Leader yang keras dan tahan lasak amat penting bagi menangani kerakusan pemangsa serta geografi padang pancing.
Mata kail
Amat disarankan pilihlah mata kail (treble hook) berkuatan 4X-6X. Harus diingat daya hentaman tembaring berupaya meluruskan atau merapatkan mata kail dengan mudah. Tidak perlu memilih mata kail yang mahal harganya. Mata kail VMC 4X sudah memadai.
Split Ring & Snap
Split ring dan snap berkuasa tinggi atau tugas berat perlu digunakan sekiranya anda tidak mahu berputih mata atau kehilangan gewang kesayangan. Carilah split ring dan snap yang mampu menahan tekanan sehingga 80-100 lb.
Bagi yang meminati dunia memancing, pastinya akan menganggap aktiviti ini sebagai satu aktiviti yang menenangkan minda dan emosi anda.
Tapi kadangkala memancing juga mampu membuatkan anda kecewa, terutama bila anda kumpau atau pulang dengan tangan kosong setelah seharian memancing.
Untuk mengelakkan masalah kumpau dari berterusan, kami ingin berkongsi beberapa kesilapan yang patut anda elakkan sewaktu keluar memancing.
Set Peralatan Tak Sepadan
Biasa terjadi bila memancing dapat sambaran tetapi ikan susah nak mengena. Adakah anda kaji semula mengapa perkara itu terjadi?
Besar kemungkinan ia datang daripada pemilihan peralatan yang salah. Jadi sebagai pemancing, anda harus tahu apa spesies ikan sasaran anda.
Jadi dari sini anda boleh menentukan peralatan apa yang sesuai untuk anda gunakan. Sebagai contoh, janganlah nak pancing layaran guna mata kail udang pulak nanti.
Bodoh Sombong
Biarpun berapa puluh tahun anda memancing dan seberapa banyak pengalaman yang anda, janganlah jadi pemancing yang bodoh sombong atau berlagak pandai!
Ini amat penting terutama bila anda meneroka lubuk baru. Sentiasalah bertanyakan mereka yang arif dengan kawasan tersebut dan kaji dahulu lokasi memancing anda untuk mengelakkan kes membangau sehari suntuk!
Kelam-kabut
Kalau kot ye pun teruja nak memancing elakkan dari menjadi seorang yang kelam-kabut.
Bukannya apa, bila terjadinya kes-kes kelam-kabut ni pasti ada saja masalah yang akan terjadi.
Tertinggal set pancinglah, ikan rabutlah dan yang paling teruk berpotensi untuk ditimpa kecederaan sewaktu memancing.
Jadilah seorang pemancing yang sentiasa bertenang dan rancanglah sebaik mungkin perjalanan sebelum anda keluar memancing.
Jeles tak bertempat
Kes kaki pancing cemburu ni mesti banyak kali terjadi di kalangan kita. Pantang je tengok orang tarik ikan mesti ada 1 atau 2 orang yang jenis tak senang duduk bila tengok orang strike.
Time tu jugaklah dia nak pindah duduk kat kawasan orang yang dapat ikan tu. Haihh, kalau boleh, jadilah pemancing yang sentiasa percaya pada rezeki sendiri.
Janganlah dek kerana sikap tamak dan cemburu tu anda dibenci pemancing lain.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...