Sungai Dengkil ini memang terkenal dengan patin mega sehingga mencecah 19 kg. Itu rekod yang dipegang oleh otai kami iaitu Anik. Dia merupakan pemancing tegar di sekitar kawasan ini. Biasanya lokasi ini penuh dengan pemancing.

 

Untuk mendapatkan patin di sini, umpan yang digunakan amat ringkas iaitu dua bungkus roti Gardenia dan sebotol esen pandan. Ikan patin di sini memang gemar makan roti. Umpan dedak, usus ayam dan cacing umpamanya kurang mendapat sambutan.

 

Kami semua membawa dua batang joran setiap orang. Saya hanya menggunakan joran biasa je. Pakai batang Santec 7 kaki, kekili Shimano dengan tali Ichiban 30lb.

Cukup untuk melayan patin mega di sini kalau menggunakan teknik yang betul. Anik pula dengan pancing kebanggaannya yang menggunakan kekili Maguro dan Abu Garcia. Lain pula dengan adiknya iaitu jijo yang lebih gemar menggunakan Ryobi.

 

Trip Memori – Penangan Patin Sungai Dengkil!!

 

Ads

Roti disangkut pada perambut dua mata dan dicampak ke lubuk yang didiami sang patin. Kami menggunakan teknik pancingan dasar. Memandangkan arus sungai deras, pemberat yang besar kami gunakan agar tali tidak hanyut dibawa arus.

 

Dua jam pertama berlalu tiada apa yang berlaku. Kami menukar lokasi dan memilih di bahagian hulu sungai. Kata Anik, dekat situ memang lubuk yang tidak pernah mengecewakan.

 

Balingan pertama mengambil masa kurang dua minit sebelum seekor patin mega terus menyambar umpan saya. Apa lagi berhempas pulaslah saya bertarung dengan ikan patin tu. Ikan ini memang gagah dan tidak mudah mengalah seperti ikan kolam.

 

Ads

Kira-kira 10 minit kemudian barulah saya berjaya menaikkan seekor patin seberat 7 kg. Puas hati tak terkata. Setengah jam kemudian giliran Anik pula beraksi.

Batang jorannya hampir tercampak ke dalam sungai gara-gara disentap kuat oleh ikan. Dengan pengalaman yang dimiliki, kurang 5 minit dia berjaya menaikkan patin seberat 9 kg.

 

Riak wajah kecewa mula kelihatan pada wajah sepupu saya iaitu Piji, Jijo dan Adam. Namun mereka tidak berputus asa mereka beralih tempat. Selang kira-kira sejam kemudian, barulah joran Jijo disentap kuat.

 

Ads

Tanpa berlengah dia mula melayan tarikan kuat sang patin. Hasilnya seekor lagi patin seberat 4 kg berjaya dinaikkan. Agak besar tetapi masih tidak berjaya menandingi tangkapan saya dan Anik. Adam dan Piji pula langsung tidak mendapat hasil pada kali ini.

 

 

 

Kami memancing hingga pagi. Sekitar pukul 7 pagi, Anik berjaya menaikkan seekor lagi patin. Namun tidaklah besar sangat. Dalam anggaran sekilo lebih sahaja. Katanya saiz sedemikian memang sedap dibuat gulai tempoyak.

 

Sebelum pulang saya sekali lagi mendapat seekor lagi patin. Anggaran berat kurang dari 1 kg. Ok la, rezeki mana boleh ditolak. Selepas itu,tiada lagi kelibat ikan bermain dengan joran kami.

 

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI