Semua ahli trip cukup teruja apabila menjejakkan kaki di Jeti Kuala Tahan tanggal cuti Hari Malaysia. Maklumlah majoriti ahli komplot belum pernah sampai, kecuali dua orang sahaja yang pernah sampai sebelum ini.

 

Usai sarapan sekitar jam 9.00, memunggah barangan ke dalam bot dan mengambil permit di pos kawalan Perhililitan di Sungai Tahan, bermulalah perjalanan menongkah arus Sungai Tembeling.

 

Trip Main Hujan Di Sungai Keniam

 

Dalam sedar tak sedar, tepat jam 1.30 tengah hari, perahu panjang yang membawa kami akhirnya tiba di Lata Said. Jelas berbeza ujar Abang Rom yang mengatakan, sekiranya musim kemarau, sekitar jam 4-5 petang nanti barulah sampai di Lata Said, akibat terpaksa banyak kali menolak bot.

 

Usai memasang khemah dan makan bermulalah aktiviti memancing sekitar lubuk berhampiran sebelum ia terbantut apabila langit tiba-tiba sahaja gelap dan hujan turun dengan begitu lebat membawa hingga ke larut malam. Dalam kesejukan berada di dalam khemah, masing-masing berdoa agar hujan segera berhenti.

 

Trip Main Hujan Di Sungai Keniam

 

Hari Kedua

 

Awal pagi, kelihatan air keruh bak teh tarik mengalir deras di hadapan khemah kami. Jauh bezanya dengan hari semalam yang begitu jernih. Rakan yang sudah merancang untuk trekking, tergamam melihat warna air. Bukan sahaja keruh, tetapi parasnya juga tinggi. Menurut Abang Rom, walaupun keruh yang teruk, jika tidak hujan pada hari tersebut, esok ia sudah kembali pulih.

 

Semasa sarapan, kami berbincang di mana sekumpulan rakan bersama beberapa boatman yang lain bertekad untuk cuba trekking ke bahagian hulu untuk casting dan juga mencuba pancingan dasar. Ini kerana dengan menuju ke bahagian hulu, keadaan air pasti akan pulih dengan cepat.

IKLAN

 

Trip Main Hujan Di Sungai Keniam

 

Penulis pula, pudar hati untuk trekking melihatkan air yang keruh bak teh tarik ini. Untuk tidak membuang masa, penulis bersama Rul, John, Mazuan dan Bahar bersetuju mengikut Abang Rom dan tiga orang boatman lagi (menggunakan dua buah bot) mudik ke bahagian hilir sehingga ke Lubuk Rawa. Harapannya tidak lain tidak bukan memancing baung sambil berharap ada spesies lain, terutamanya sang tenggalan akan diperoleh.

 

Hendak dijadikan cerita, sehingga ke tengah hari, kami memang berpesta baung akar sahaja. Cukup banyak sampai tak menang tangan menjaga dua batang joran. John yang memancing sekitar Lubuk Rincing pula mendapat bonus seekor udang galah.

 

Trip Main Hujan Di Sungai Keniam

 

Kembali ke Lata Said pada sebelah petangnya, kami menantikan rakan yang pulang dari trekking. Beberapa ekor kejor berjaya diperolehi melalui kaedah casting dan pancingan dasar oleh boatman.

 

IKLAN

Sebarau paling mendominasi tangkapan, tetapi tiada bersaiz badong berjaya didaratkan.  hanya Udin yang tersenyum lebar, kerana berjaya memperoleh kejor menggunakan sesudu. Geng tekong yang membantu memancing kelah melalui kaedah pancingan dasar, juga gagal.

 

Post mortem yang diadakan pada malam itu merumuskan keadaan air yang masih keruh membantutkan usaha untuk casting dengan baik. Air yang dalam dan deras turut membataskan mereka yang trekking berjalan lebih jauh dan pantas kerana perlu berhati-hati memijak batu yang tidak kelihatan dan licin.

 

Trip Main Hujan Di Sungai Keniam

 

Hari ketiga

 

Ketika menikmati makan malam, Lata Said dibasahi hujan lagi. Tetapi tidaklah lebat. Paginya masing-masing bersemangat untuk memulakan trekking kerana keadaan air sudah kembali pulih walaupun ia berstatus ‘air bulu kera’.

 

Disebabkan ramai yang ingin turun casting, terpaksa berpecah kepada dua grup. Satu grup akan bermula casting dari Lubuk Batu Terubung menghala ke Lata Said. Manakala satu grup lagi dengan ditemani dua boatman lagi menghala naik lebih atas lagi menuju ke Keniam Kecil. Saya memilih untuk naik ke atas bersama Zul, John dan Bahar.

IKLAN

 

Trip Main Hujan Di Sungai Keniam

 

Di bahagian atas, keadaan air amat cantik. Banyak sebarau kami berjaya perolehi dan mana yang bersaiz juvenil dilepaskan kembali. Di satu lubuk yang terletak tidak jauh antara satu sama lain, Zul berjaya memperoleh seekor sebarau bersaiz 1.5 kg menggunakan sesudu Bakau (warna tembaga), manakala penulis berjaya memperoleh seekor kejor yang beratnya hampir 1 kg.

 

Trip Main Hujan Di Sungai Keniam

 

Hari terakhir

 

Hari keempat adalah hari terakhir kami di Sungai Keniam. Ternyata 2 yang lalu hari adalah hari yang kami ‘pulun’ memancing dan bakinya adalah lebih kepada perjalanan pergi dan pulang.

 

Sekitar jam 10 pagi, kami meninggalkan Lata Said dan lebih kepada sesi casting sebarau secara berhanyut sambil boatman mendayung bot sehinggalah sampai di Lubuk Rincing.

 

Trip Main Hujan Di Sungai Keniam

 

Dalam trip ini, masing-masing mendapat pengalaman yang berharga ketika menjejakkan kaki kali pertama ke Sungai Keniam. Tiada istilah serik, sebaliknya geng ini akan cuba mencari tarikh yang sesuai untuk menjejakkan kaki lagi ke sini dan sasaran utama adalah seawal yang mungkin selepas musim tengkujuh berakhir sekitar Mac nanti.

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI