Perairan Kuantan dari Cherating, Kempadang hingga ke Penor menjadi medan kaki light jigging. Namun kurang kedengaran cerita pancingan dasar. Kalendar memancing kami berubah dengan tidak semena-mena dek silau kemerahan si ikan merah dan pantulan kilau kerapu minyak yang berjaya dipunggah oleh pemancing lain.

 

Sebaik tiba di lokasi pertama, tekong membunyikan hon sebagai isyarat umpan sudah boleh  dilepaskan ke dasar. Borhan yang duduk di bahagian hadapan bot mula-mula mendapat strike. Hujung joran yang melendut-lendut menyerap asakkan hingga mencecah air menandakan mangsa bersaiz kasar.

 

Trip Bottom Padu Perairan Kuantan

 

Kami yang menanti umpan dijamah ikan, memerhati sambil menunggu apakah hasil sulung trip ini yang bakal dinaikkan oleh Borhan. Seekor kerapu minyak berjaya didaratkan ke lantai bot. Semakin berkobarlah semangat kami. Selang beberapa minit sahaja, Khalim pula mendapat strike. Di sebelah kiri bot, kelihatan Rizal pula sedang bertarung.

 

Wah… meriah betul. Beberapa minit sahaja di lokasi pertama 3 ekor kerapu berjaya dipancing. Saiznya pun boleh tahan besar. Sekitar 15 minit kemudian tekong membunyikan hon 2 kali agar pemancing menaikkan umpan dan bot terus membelah ombak untuk ke lokasi seterusnya.

 

Trip Bottom Padu Perairan Kuantan

Ads

 

Ketika trip ini berlangsung, Khalim merupakan pemancing yang ‘hanyir’. Ikan merah terberat serta kerapu bersaiz besar, dia yang naikkan di samping ikan-ikan lain yang menghuni tongnya. Bila bot singgah sahaja di mana-mana lokasi pasti jorannya bergegar dan kekili elektriknya menjerit nyaring. Awak-awak sentiasa berada tidak jauh darinya untuk membantu.

 

Ini kali dia punya ‘ong’. Akan datang orang lain pula. Kadang-kala kita lupa yang kita sudah pun mengalami situasi lepas aku..aku, suatu ketika dahulu. Atau mungkin belum pernah mengalaminya sehingga sekarang. Suatu ketika nanti pasti hari ‘menjadi’ menjelang tiba. Allah Maha Adil dalam pemberian rezekinya.

 

Trip Bottom Padu Perairan Kuantan

 

Ads

Masalah Problem

 

Di pertengahan jalan tiba-tiba enjin bot mati. Beberapa kali cubaan menghidupkan enjin tidak berjaya. Tekong mengarahkan awak-awak menyelam untuk melihat kipas bot. Memang betul kipas telah berbelit dengan tali. Setelah selesai membuang tali, enjin dihidupkan dan kami menyambung kembali perjalanan menuju kapal karam.

 

Trip Bottom Padu Perairan Kuantan

 

Antara spesies yang berjaya ditewaskan seperti ikan merah, kerapu, jemuduk, jebong, kaci serta beberapa ikan lain. Cuaca juga cantik cuma pada malam kedua angin serta ribut kecil melanda. Bila bot dah bergoyang dan hujan yang mencurah, apa pun tak boleh.

Ads

 

Lebih baik masuk ke kabin dan baring. Langsung terlelap. Sedar-sedar ruang kabin dah ‘penuh’ dengan rakan-rakan yang lena.

 

Trip Bottom Padu Perairan Kuantan

 

Keadaan laut kembali tenang, saya merangkak keluar dan kelihatan di birai bot 2 orang rakan sedang bergasak dengan aruan tasik.

 

Trip kali ini kami hanya memancing di lubuk kapal karam yang hampir. Menurut tekong ada sebuah lagi kapal karam yang jauh tapi tidak dapat dikunjungi kerana kesuntukan masa. Jika tempoh trip lebih panjang pastinya kami akan melenjan penghuninya.

 

Trip Bottom Padu Perairan Kuantan

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI