Top 10 Jurang Lautan Paling Dalam Di Dunia

Share

 

Jurang lautan atau parit lautan adalah lekukan topografi dasar laut berskala hemisfera yang panjang tetapi sempit. Ia juga adalah bahagian dasar laut yang paling dalam.

 

Jurang lautan adalah ciri morfologi sempadan plat tumpu yang tersendiri, bersama-sama plat litosfera bergerak ke arah satu sama lain pada kadar yang berbeza-beza dari beberapa mm hingga lebih sepuluh cm setahun.

 

Jurang menandakan kedudukan di mana bidur benam dilentur mula menuruni ke bawah bidur litosfera lain. Jurang umumnya selari dengan lengkok kepulauan gunung berapi, dan kira-kira 200 km (120 mi) daripada lengkok gunung berapi.

 

 

Jurang lautan biasanya mengunjur 3–4 km (1.9–2.5 mi) di bawah paras lantai lautan di sekitarnya. Kedalaman laut yang paling dalam yang pernah diukur adalah Challenger Deep di dalam Jurang Mariana, pada kedalaman 11,034 m (36,201 ka) di bawah paras laut. Litosfera lautan bergerak ke jurang pada kadar global kira-kira 3 km2/thn.

 

Jurang Mariana adalah Jurang paling dalam di dunia, dengan kedalaman sehingga 11 km (6.8batu), dan merupakan lokasi paling dalam pada permukaan kerak bumi.

 

 

Jurang  ini terletak di dasar Lautan Pasifik, di timur dan selatan Kepulauan Mariana, di timur Mindanao, Filipina. Jurang ini meliputi setengah kawasan lautan di selatan Filipina. Jurang ini ditemui oleh pemerintah Sepanyol yang memerintah Filipina ketika itu.

 

Jurang ini membentuk sempadan antara dua plat tektonik antara plat Pasifik dan plat Filipina. Bahagian paling dasar adalah jauh lebih dalam dari aras laut daripada ketinggian Gunung Everest di atas aras laut (8,848m/29,028ka).

 

 

Bahagian dasar laut di situ menerima tekanan sehingga setinggi 108.6 MPa, lebih seribu kali tekanan atmosfera piawai pada aras laut.

 

Jika anda berada di atas permukaan laut di atas jurang berkenaan, anda memerlukan tali sepanjang 11,035 meter tali atau bersamaan 11.035 km untuk umpan dan batu ladung jatuh ke dasarnya (diandaikan ia jatuh terus secara menegak).

 

 

Top 10 Jurang Laut Paling Dalam

 

Jurang Mariana – Lautan Pasifik – 11,034m (36,201 ka)

Jurang Tonga – Lautan Pasifik – 10,882m (35,702 ka)

Jurang Filipina – Lautan Pasifik – 10,545m (34,596 ka)

Jurang Kuril–Kamchatka – Lautan Pasifik – 10,542m (34,587 ka)

Jurang Kermadec – Lautan Pasifik – 10,047m (32,963 ka)

Jurang Izu-Bonin (Jurang Izu-Ogasawara) – Lautan Pasifik – 9,810m (32,190 ka)

Jurang Jepun – Lautan Pasifik – 9,504m (31,181 ka)

Jurang Puerto – Rico Lautan Atlantik – 8,800m (28,900 ka)

Jurang Sandwich Selatan – Lautan Atlantik – 8,428m (27,651 ka)

Jurang Peru–Chile atau Jurang Atacama – Lautan Pasifik – 8,065 m (26,460 ka)

 

Published by
Amang