Kuala Kubu Bharu adalah sebuah bandar yang terletak di daerah Hulu Selangor.

Pada awalnya bandar ini dikenali sebagai Kuala Kubu sahaja dan diletakkan di bawah pentadbiran Residen-Residen British yang pertama iaitu Presiden Frank Athelstane Swettenham, diikuti oleh J.P Rodger dan kemudiannya Edward Maxwell.

 

Ketika itu, Kuala Kubu merupakan jalan masuk utama ke negeri Pahang.

Oleh kerana banjir besar yang melanda pada tahun 1883, pihak British telah memindahkan pusat pentadbiran mereka ke Kuala Kubu Bharu pada 6 Mei 1931.

 

Toman Serendah vs Merak KKB

 

Pada tahun 1975 pula, Majlis Daerah Hulu Selangor ditubuhkan dan dipertanggungjawab untuk mentadbir dan membuat perubahan di dalam kawasan yang merangkumi dari

Serendah, Batang Kali hinggalah ke kawasan Felda Sungai Tengi, Soeharto, Gedangsa dan sekitarnya.

 

Banyak perubahan dan pembangunan telah dilakukan dari semasa ke semasa untuk keselesaan dan kemudahan penduduk.

Pekan Kuala Kubu Bharu yang dahulunya yang sunyi kini bertukar corak menjadi pekan yang ceria, bersih dan indah dengan landskap yang menyejukkan mata memandang di samping mengekalkan seni bina awal tahun 1900.

 

Toman Serendah vs Merak KKB

 

Potensi Spot Pancingan

 

Di Kuala Kubu Bharu sendiri terdapat sebuah empangan yang membekalkan air bersih untuk kegunaan penduduk sekitar Lembah Klang.

Tadahan air ini terletak di kawasan Pertak yang menjadi penghubung jalan ke Bukit Fraser dan Raub, Pahang.

 

Sejak ia beroperasi sepenuhnya, empangan ini telah menjadi salah satu spot pancingan pilihan kaki-kaki pancing di sekitar Lembah Klang kerana jarak pemanduan hanya lebih kurang 1 jam 30 minit sahaja dari Kuala Lumpur.

 

Ads

Toman Serendah vs Merak KKB

 

Antara spesies-spesies ikan buruan yang terdapat di empangan ini adalah sebarau, baung, jelawat, tengas, patin, toman, lampam, haruan dan juga tilapia.

Bagi kaki-kaki pengilat yang sentiasa mendambakan tarikan padu sang sebarau, banyak terdapat spot menarik yang boleh diduga di sekitar empangan ini.

Namun untuk memasuki empangan ini menggunakan bot amatlah dilarang sama sekali oleh pihak pengurusan empangan.

 

Bagi kaki-kaki bottom pula, antara spot kegemaran mereka ketika paras air tinggi sudah pasti di atas jambatan panjang yang berdekatan dengan kampung orang asli Pertak terutamanya pada sebelah malam setiap hujung minggu.

 

Sang Merak

 

Toman Serendah vs Merak KKB

Selain empangan tersebut, taburan lombong di sekitar mukim Ampang Pecah dan Rasa juga turut mempunyai potensinya yang tersendiri.

Sedar tak sedar, rupa-rupanya telah lama lombong-lombong di sini dihuni oleh spesies peacock bass (PB) yang diketahui umum banyak merajai lombong-lombong di Perak.

 

Ramai pengilat tempatan rata-ratanya telah sedia maklum akan kehadiran spesies pendatang ini sejak beberapa tahun yang lepas.

Sama situasinya seperti saudaranya di Perak, PB di sini tidak segan silu menghentam gewang permukaan seperti pencil dan popper berukuran 5-7cm.

 

Ads

Ada ketikanya, ia begitu galak menghambur anak-anak ikan di permukaan air.

Namun, saiz yang diperolehi masih belum dapat mengatasi skala-skala mega yang biasa didaratkan di spot-spot lazim seperti di Air Kuning dan Malim Nawar.

Apa pun juga saiznya, pada saya ia tetap mengujakan dan tidak perlu untuk memandu jauh hingga ke Perak.

 

Toman Serendah vs Merak KKB

 

Mukim Serendah

 

Satu lagi spot pancingan kegemaran saya adalah di mukim Serendah. Terdapat sebuah lombong yang agak besar dan gelap airnya di sini yang banyak dihuni oleh toman-toman agresif.

Dua kali kunjungan saya ke lombong ini belum lagi mengecewakan.

 

Kali pertama saya bersama seorang rakan berjaya mendaratkan seekor toman bujang yang gelap skema warnanya dan mencecah 10kg timbangan menggunakan lip grip hanya dengan kaedah mengilat dari tebing sahaja.

Kunjungan kali kedua, saya ditemani seorang lagi rakan menduga dengan menaiki bot pula dan dipacu oleh thruster 55lb.

 

Toman Serendah vs Merak KKB

 

Ads

Dengan cara ini kami berpeluang untuk menyelongkar setiap sudut lombong tersebut yang terhad untuk diakses dari tebing.

Kali ini banyak toman bujang berskala 1-2kg yang rakus menghentam gewang selaman dalam berjaya kami daratkan.

Tangkapan bonus bagi kunjungan kedua ini adalah seekor induk toman yang begitu gemuk dan sihat.

 

Namun, satu pengalaman baru yang saya perolehi sebelum berjaya mendaratkan induk toman ini adalah sebaik sahaja balingan pertama ke arah timbulan kumpulan anaknya, timbulan yang seterusnya kumpulan anak tersebut telah berpecah menjadi tiga.

Agak sukar untuk mengesan kedudukan sebenar induknya di kalangan tiga kumpulan anak yang telah berpecah.

Oleh itu, cara yang paling mudah dan efektif adalah dengan menunggu sahaja induknya timbul bersama anak-anaknya kemudian barulah gewang dihantar.

 

Toman Serendah vs Merak KKB

 

Kegembiraan bersama rakan tidak kira di mana sahaja lokasi kita memancing, keseronokan utamanya adalah dapat bersama rakan-rakan yang berkongsi minat yang sama.

Sekiranya memperoleh strike itu adalah bonus yang sememangnya diidam-idamkan sebagai seorang pengilat.

 

Toman Serendah vs Merak KKB

 

Jadi, sama-samalah kita mendisiplinkan diri dengan mematuhi etika pemancing demi menjamin alam sekitar dan perairan awam terpelihara.

Dalam masa yang sama, hak pemancing lain perlulah kita hormati dan kita seharusnya ada inisiatif dalam membangunkan sukan memancing serta meningkatkan ilmu sambil menyebarkan pengetahuan yang ada dalam diri kita agar dapat dikongsi bersama.

 

Senantiasalah mengamalkan ‘Tangkap dan Lepas’ ataupun menghadkan pengambilan ikan (selected harvest / bag limit).

Semoga usaha yang kita amalkan ini turut dipraktikkan oleh pemancing-pemancing lain demi memastikan stok ikan di perairan kita terutamanya spesies tempatan sentiasa terjamin demi kesinambungan pancingan pada masa hadapan.

 

Toman Serendah vs Merak KKB

(catatan: Pemancing Marhaen)

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI