Senarai genus dan spesies ikan dilarang import:

 

Serrasalmus/serrasalmo/pygocentrus/catoprian

Pygopristis

Colosomma

Mylossoma

Myloplus/myleus

Pristobrycon

Myletes

Salmo

Oncorhynchus

Cichla

Esox

Cichlasoma

Acipenser

Arapaima

Lepisosteus

1 spesies iaitu cherax destructor.

 

Tolong Jangan Bawa Masuk Ikan-Ikan Ini!

Ads

 

Masalah kebanjiran ikan pendatang bukan perkara baru di perairan kita. Tambah parah apabila tindakan segelintir pengusaha atau individu ikan hiasan yang ‘membuang’ ikan peliharaan mereka ke dalam sungai, lombong atau kolam takungan mengundang gangguan keseimbangan biodiversiti, habitat dan spesies ikan asli di perairan umum.

 

Ikan berkenaan boleh menjadi dominan dan membiak dalam perairan umum serta menjadi pemangsa kepada ikan asli yang sedia ada di perairan negara. Ia juga boleh menyumbang kepada bawaan penyakit baru dan punca sebaran serta rebakan penyakit dalam perairan umum.

 

Tolong Jangan Bawa Masuk Ikan-Ikan Ini!

 

Difahamkan, pengusaha atau individu terbabit dikatakan tidak mampu memelihara habitat berkenaan disebabkan beberapa faktor antaranya kos makanan yang tinggi selain tidak mahu membelanya lagi.

 

Sehubungan itu, Jabatan Perikanan (DOF) sudah mewartakan di bawah Peraturan-Peraturan Perikanan beberapa jenis ikan hiasan yang dilarang import.

 

Terdapat kajian yang membuktikan sifat agresif ikan larangan import ini di perairan negara hingga menjejaskan kawasan berkenaan.

 

Tolong Jangan Bawa Masuk Ikan-Ikan Ini!

Ads

 

Ikan yang disimpan dalam keadaan terkawal seperti di rumah tidak begitu membimbangkan namun apa yang dikhuatiri apabila ikan ini tidak lagi mampu dijaga atas faktor usia atau memerlukan belanja tinggi.

 

Jalan yang mudah diambil adalah dengan melepaskan ke perairan umum. Ikan asing ada yang bersifat agresif seperti ikan peacock bass (genus cichla).

 

Ia cepat membiak dan pemangsa kepada ikan tempatan dan dikenal pasti sebagai penyebab ketidakseimbangan ekologi di habitat baru didiaminya.

 

Tolong Jangan Bawa Masuk Ikan-Ikan Ini!

 

Ikan flower horn bersifat lasak termasuk mengadaptasi di kawasan dilanda banjir. Ia membiak dengan mudah dan mempunyai tabiat makan yang aktif.

 

Spesies ini boleh mengganggu ekosistem. Ikan yang bersifat memberi tuah akan dijaga dengan baik sementara yang tidak digemari penternak berkemungkinan dibuang ke perairan.

 

Ikan arapaima boleh membesar hingga tiga meter dan berkemungkinan dilepaskan ke perairan umum apabila penternak tidak mampu menampung kos makanan.

Ads

 

Tolong Jangan Bawa Masuk Ikan-Ikan Ini!

 

Peraturan Perikanan berhubung larangan mengimport, menjual, memelihara dan menyimpan genus ikan larangan dalam jadual sudah diwartakan sejak 1990 dan juga penambahan genus dalam jadualnya melalui pindaan 2011.

 

Segelintir masyarakat seperti kalangan pekedai akuarium dan pengguna masih tidak peka dan tidak mengambil berat mengenainya, walaupun DOF membuat hebahan meluas melalui pelbagai medium termasuk program dialog, pameran dan siaran akhbar.

 

Ini berlaku kerana sikap tidak peka dan tidak prihatin kepada kepentingan, keselamatan serta ancaman kepada sumber perikanan semasa.

 

Tolong Jangan Bawa Masuk Ikan-Ikan Ini!

 

Ia berlaku kerana sikap mementingkan keuntungan dan keseronokan serta tidak mahu sama-sama bertanggungjawab menjaga ekosistem asli perairan kita selain tidak sama-sama berusaha mencegah ancaman spesies ikan asing yang boleh membahayakan.

 

Peraturan ini melarang mengimport, menjual, memelihara dan menyimpan genus ikan yang disenaraikan dalam jadual kecuali dengan kebenaran bertulis Ketua Pengarah Perikanan.

 

Tolong Jangan Bawa Masuk Ikan-Ikan Ini!

 

Pelanggaran kepada larangan dalam peraturan perikanan mengikut Akta Perikanan 1985 boleh dikenakan denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya.

 

Sementara pelanggaran kepada Akta MAQIS 2009 boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak lebih enam tahun atau kedua-duanya.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI