Tokwan So’do: Produk Tempatan Dalam Ingatan

Share

 

Sejak diperkenalkan pada 2014 oleh pereka dan pengasasnya, Mohamad Firuz Wan Chik atau lebih popular dengan panggilan Tokwan, kemudian dipertingkatkan kualiti material

dan diperhebatkan pemasarannya oleh Oldnavy Tackles pada 2015, So’do mencipta fenomena tersendiri dalam industri memancing tanah air dan menjadi salah satu terminal tackle atau gewang yang wajib ada dalam kotak gewang pemancing.

baca juga 6 swimbait termahal

 

 

Dari sudut bahasa, So’do membawa maksud sesudu menurut dialek Kedah dan juga Terengganu.

Pada asasnya So’do adalah sekeping logam yang dibentuk menyerupai sesudu atau umpan tiruan.

 

So’do direkacipta dari gabungan teknologi sesudu dan gewang. Ia boleh digayakan dengan pelbagai jenis aksi mengikut keinginan atau kehendak pemancing itu sendiri.

Ia juga merupakan sesudu yang paling stabil apabila beraksi dan jatuh ke dalam air. Uniknya So’do, ia juga boleh dimainkan sebagaimana menggayakan gewang minnow, crank mahupun jerkbait.

 

 

Apa yang boleh dihasilkan oleh ketiga-tiga jenis gewang ini boleh dihasilkan hanya dengan penggunaan So’do.

Pencapaian hasil penggunaan So’do juga setanding penggunaan sesudu dan gewang. Hampir kesemua spesies pemangsa ikan air tawar seperti sebarau, toman, dan peacock

bass telah didaratkan hasil penggunaan So’do. Begitu dengan beberapa spesis muara dan air masin.

 

Pada zaman puncaknya,  So’do bukan sahaja menjadi artificial lures yang perlu ada dalam kotak gewang seseorang pengilat (caster), bahkan sudah sebaris dengan sesudu dan gewang ternama dan boleh didapati hampir kesemua kedai pancing di tanah air.

 

 

Dalam usaha tertinggi, Oldnavy Tackles cuba memartabatkan produk yang dihasilkan oleh seratus peratus anak tempatan ini memasuki pasaran antarabangsa khususnya di Eropah. Namun, atas beberapa masalah teknikal usaha ini gagal mencapai matlamatnya.

 

Hari ini, sesudu yang pernah menempa nama dalam industri memancing sudah ditamatkan pengeluarannya. Sekiranya anda masih terjumpa sesudu ini di pasaran (dipercayai masih ada dalam kuantiti yang kecil), amat disyorkan anda menyimpannya.

 

Tidak mustahil untuk tempoh beberapa tahun akan datang ia menjadi gewang rare setanding sesudu Abu Island.

 

 

Cara Menggunakan So’do

1. Terlebih dahulu sebaiknya mengenal pasti aksi renangan So’do dengan mencubanya di dalam air yang jernih seperti di kolam mandi supaya dapat memahami aksi ia berenang ketika melakukan karauan perlahan, sederhana dan laju.

 

  1. Setelah memahami bagaimana aksi So’do di dalam air dengan kelajuan berbeza, gabungkan pula karauan itu dengan henjutan perlahan, serdehana dan kuat pada hujung joran untuk melihat sendiri bagaimana pergerakan So’do yang terhasil dari henjutan tersebut.

 

  1. Seterusnya lontarkan dan biarkan So’do tenggelam pada paras yang dikehendaki. So’do akan beraksi dengan stabil pada paras tersebut menurut kelajuan karauan yang dilakukan.

 

baca juga gewang-gewang klasik

 

Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!

Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan

Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan

Published by
Amang