Ketika memilih ikan, pastikan isi ikan pari berwarna cerah dan tidak gelap. Hidu ikan-ikan tersebut sama ada berbau hancing atau tidak. Sebaiknya, pilih ikan yang tidak berbau hancing kerana ia memudahkan proses memasak.
Bagi ikan ketuka pula,biasanya ia dijual tanpa dipotong (seekor). Oleh itu untuk mengenal pasti tahap kesegarannya adalah dengan cara tekan badan ikan dan pastikan ia mempunyai tekstur pejal serta tidak lembik.
Jika ikan pari atau ketuka yang anda beli berbau hancing, jangan dibuang kerana ia masih boleh dimasak dan dinikmati tanpa membantutkan selera. Apa yang anda perlukan ialah menyediakan bahan berikut:
Ads
Asam jawa
Air
Ads
Cara penyediaan:
Bersihkan ikan pari atau ketuka. Buang perut dan organ-organ dalamannya. Bilas hingga bersih.
Ads
Lumur asam jawa yang telah dibancuh dengan sedikit air. Ratakan dan perap selama 20 minit.
Bilas menggunakan air bersih dan toskan.
Sedia untuk dimasak mengikut citarasa anda.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Jika berlaku kes perambut dan tali utama putus tiba-tiba, tiada kesan tarikan atau ragutan ikan, usah tunggu lagi. Perambut tangsi perlu ditukar dengan jenis dawai. Tidak syak lagi kawasan tersebut dilawati spesies bergigi tajam terutamanya alu-alu.
Ada dua jenis perambut dawai yang biasa terdapat di pasaran iaitu jenis jalinan dawai atau sulaman dawai bersalut plastik lembut dan jenis tunggal atau mono keluli tahan karat. Panjang 1 hingga 2 kaki untuk jalinan dawai atau sejengkal untuk jenis mono.
Ada satu lagi jenis dawai bersalut plastik lembut yang sudah sedia diikat dengan kili (biasanya berwarna hitam) dijual di pasaran. Jenis ini juga tidak menjadi masalah. Tapi jika ingin mengendap tenggiri pada masa yang sama, jauhkan dari dawai berwarna gelap.
Menggunakan perambut jenis jalinan dawai bersalut plastik mudah bersimpul dan cepat menggerutu selepas memperoleh ikan. Paling baik tukar atau potong bahagian menggerutu tersebut kerana ia sukar untuk dibentuk semula.
Atas sebab ini saya lebih gemar menggunakan dawai jenis mono (biasanya panjang sejengkal lebih sedikit) dan senang dibentuk semula selepas dapat ikan. Hasilnya persembahan umpan lebih cantik membuatkan ikan pemangsa geram. Kekuatan perambut disyorkan dari 20Ib hingga 50Ib.
Umpan tidak menjadi banyak masalah memburu alu-alu. Apa saja ikan, sotong, udang mati boleh digunakan. Atau umpan hidup pilihan saya seperti anak tongkol, kembung, anak seer (panjang 6 inci), anak ikan bersisik seperti kunyit atau gelama. Mata ikut saiz ikan dan umpan sama ada satu, dua atau tiga serangkai.
Jika diperhatikan hasil memancing di dasar lebih kecil berbanding di permukaan. Sebab itu ramai yang memilih teknik memancing hanyut (drifting) tanpa pemberat atau mengunakan belon. Ini sesuai untuk umpan hidup yang segar dan keadaan air yang berarus.
Batu ladung hidup adalah amat sesuai untuk dijadikan pemberat. Bagi mereka yang mensasarkan sungai yang terdapat rumpai atau sampah disyorkan guna batu ladung
dipasang atau berada di bahagian bawah mata kail (lebih kurang sekaki atau lebih) supaya umpan bergerak bebas dan mudah dilihat oleh ikan.
Ada juga pemancing sungai yang suka menggunakan pelampung di mana ia merupakan teknik yang paling popular.
la sangat sesuai digunakan di tempat-tempat berarus tenang yang dikhuatiri mempunyai banyak tunggul kayu di dasarnya.
Panjang perambut daripada pelampung bergantung kepada kedalaman sungai. Umpan pancing perlu tergantung beberapa inci dari dasar dan dibiarkan hanyut di bahagian pertengahan air.
Batu ladung kecil perlu diletakkan pada jarak tertentu pada perambut supaya umpan boleh turun pada kedalaman yang dikehendaki.
Ikan lampam sungai lazimnya akan meragut umpan dengan agak kasar yang kemudiannya tercangkuk sendiri pada mata kail.
Bagaimanapun apa yang mereka sering lakukan adalah kita perlu menyentap supaya cangkukan lebih teguh dan ikan tidak akan terlepas lagi.
Oleh kerana ikan ini saiznya ada yang kecil kadang-kadang kuasa tarikannya tidaklah begitu kuat namun dengan teknik yang disebutkan tadi ianya akan menjadi lebih menarik.
Sesetengah Orang Asli di beberapa tempat juga ada ramuan tersendiri untuk menyediakan umpan ikan lampam sungai. Mereka menyediakan jenis umpan khusus untuk memancing
ikan lampam sungai atau serupa dengannya dengan guna umpan dedak kuning (dedak ayam), gandum dan serbuk kunyit.
Bahan-bahan digaul biar sebati dan gentel di mata kail (mata rambai atau guna perambut selari 5-6 mata pancing).
Jenis umpan kedua yang mereka selalu gunakan adalah dengan pakai isi kelapa sawit di peram, gandum dan serbuk kunyit kemudian bahan ini digaul sebati dan gentel di mata kail (mata rambai atau guna perambut selari 5-6 mata kail).
Sebaiknya menggunakan jenis mata saiz kecil yang sesuai untuk mulut ikan di sesuatu lokasi memancing.
Dalam pada itu dinasihatkan agar untuk memasang banyak mata kail pada pancing dan jangan hanya gunakan mata satu.
Dalam beberapa laporan dinyatakan ikan lampam sungai adalah diantara jenis ikan yang menjadi penyelamat kepada para pemancing.
Ini kerana ikan ini jarang kecewakan pemancing setelah seharian tercongok memancing di tepi sungai dan tasik.
Populasinya yang tinggi dan tabiat pemakanannya yang tidak memilih juga memudahkan kita untuk memancingnya jika ikan yang diidamkan pemancing langsung tidak dapat.
Ikan tongsan ini tidak suka kehadiran ikan-ikan air tawar yang lain seperti ikan patin, rohu, pacu atau keli. Sekiranya sarang dan koloninya diganggu, ia akan lari dan akan membina koloni yang baru selepas itu.
Di setiap kawasan atau lubuk tongsan ini akan ada seekor ikan tongsan sisik halus yang bersaiz besar disitu, kadang-kadang terdapat sehingga lebih dari 5 ekor ikan tongsan di setiap lubuk termasuk yang saiz besar mencapai saiz melebihi 10kg dan ke atas.
Walaupun ia telah terkena mata pancing ia seperti biasa 2 hingga 3 hari kemudian ia akan kembali tinggal di lubuk lamanya.
Bagi pemancing yang sudah tahu lokasi ikan ini tinggal maka beruntunglah ia, kemungkinan besar ia akan berkali-kali menaikkan ikan besar yang akan menduduki carta ranking ikan terberat yang biasanya disediakan di kolam pancing.
Namun, bancuhan umpan mestilah berbeza-beza. Ikan tongsan bersaiz besar dapat mengenal pasti umpan yang telah dimakannya dahulu selama 6 bulan lamanya, percaya atau tidak?
Pengalaman memburu ikan tongsan bersaiz besar banyak kali melihat ikan yang bersaiz besar ini banyak kali telah didaratkan di tempat yang sama atau di lubuk yang sama.
Ikan yang telah terkena mata pancing ini akan kembali lagi menyedut umpan setelah mulut atau tubuhnya kembali sihat dan lukanya kembali pulih.
Sekiranya di dalam sesebuah kolam itu hanya terdapat seekor sahaja ikan tongsan sisik halus bersaiz 10kg (contoh sahaja), lazimnya ia akan akan dijadikan ikan jakpot atau tangkapan bonus.
Sekiranya kita pernah menaikkan ikan ini maka bancuhan umpan tongsan jakpot ini perlulah ditukar.
Jika tidak, peluang ikan tongsan didaratkan oleh si pemancing lain amat cerah. Sedangkan kita tahu di mana lubuk ikan tongsan ini jadi perlulah tukar bancuhan bau umpan kita ini.
Ikan tongsan ini seakan-akan mempunyai seekor ketua di setiap lubuknya, namun bergitu ia akan mencari makan di setiap sudut kolam dan kembali semula ke sarang atau lubuknya. Begitulah perangai ikan tongsan ini dari hari ke hari.
Ikan tongsan amat suka tinggal di kawasan air yang tenang dan sunyi jauh dari gangguan ikan-ikan.
Sesiapa yang mahir, ia pasti akan dapat melihat ikan-ikan ini keluar dari sarangnya melalui olak air di kawasan itu maka di situlah sarang ikan-ikan ini boleh dikenal pasti.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...