Set Peralatan

Bagi memancing belitong, menggunakan set pancing aksi ringan paling menyeronokkan. Kekili siri 3000 hingga 5000 dan joran PE 1-3 adalah gabungan yang sepadan. Sementara tali sulam 20lb – 40lb sepanjang 150 meter di dalam spool. Perambut pula berkekuatan 50lb dengan satu mata kail 3/0 jenis Octopus yang tajam.

 

Jika ingin mengamalkan konsep sportfishing (tangkap dan lepas) maka mata kail lingkar harus digunakan. Walaupun penggunaan mata kail lingkar agar sukar untuk memperoleh hook up dan perlu hook up yang sempurna, ia bersifat mesra ikan kerana boleh dilepaskan kembali dengan baik.

 

Teknik

Teknik pancingan berhanyut atau drifting merupakan kaedah terbaik untuk memancing belitong. Umpan hidup dibiarkan hanyut bebas dengan menggunakan belon atau tanpa belon.

Ads

 

Penggunaan belon lebih efektif jika cuaca agak berangin dan berarus. Waktu air mati dan tiada tiupan angin, sebaiknya biarkan ikan umpan berenang tanpa belon. Tetapi jika banyak kelihatan belitong bermain di permukaan air, penggunaan belon lebih efektif bagi mengelakkan umpan menyelam lebih dalam.

 

Tips Pancing Dorado Guna Umpan Selar Hidup!!

Ads

 

Strike

Ikan belitong ini amat bijak mencuri umpan. Walaupun kelihatan rakus membaham umpan namun banyak berkesudahan dengan gagal strike. Ia tidak terus menelan umpan yang dihidangkan, tetapi sekadar menggonggong seketika dan membuat pusingan U sebelum membuat larian.

 

Ads

Oleh yang demikian kita haruslah bijak memilih waktu untuk melakukan strike. Waktu terbaik menyembat belitong selepas loncatan pertama ke permukaan air kerana ketika ini belitong terasa tusukan mata kail di mulutnya.

 

Selain bijak mencuri umpan, belitong juga akan berusaha mat-matian untuk memuntahkan mata kail yang tertancap di mulutnya. Lompatan akrobatik bersama libasan kepala dilakukan berulang kali. Ketika inilah pemancing perlu bijak meregang tali.

Jika tali pancing kendur ia akan memberi peluang kepada belitong untuk memutuskan tali atau menanggalkan mata kail.

 

Tips Pancing Dorado Guna Umpan Selar Hidup!!

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI