Berikut disenaraikan peralatan yang wajib dibawa ketika memancing pada waktu malam.
Bentuknya seperti stick kecil yang berisi cairan yang dapat menyala jika dipatahkan dan dapat dipasang pada pelampung sehingga kelihatan pada waktu memancing di kegelapan malam. Nyalaan cairan tersebut dapat mencapai 5-8 jam sehingga cukup untuk menemani anda memancing pada malam hari itu.
Loceng kecil ini biasanya diletakkan pada hujung joran atau stick yang gunanya sebagai indikator bunyi kalau ikan memakan umpan kita. Penggunaan loceng mini juga penting untuk mengurangkan penggunaan cahaya terutamanya jika memancing di sungai atau tasik semulajadi di mana ikan-ikan air tawar yang agak sensitif terhadap cahaya buatan yang tidak semulajadi.
Ramai pemancing menggunakan pelbagai jenis lampu atau pelita seperti lampu mudah alih, lampu suluh, lampu kepala, pelita kabaid malah saya pernah saya pernah melihat sendiri para pemancing menggunakan genset mini sebagai sumber cahaya di tepi air.
Apapun jenis lampu penerang yang akan dipakai sebaiknya mempertimbangkan ikan yang akan dipancing. Ikan tilapia menyukai cahaya terang sehingga penggunaan lampu dengan genset juga akan menarik perhatian mereka. Sementara kebanyakan ikan lain tidak menyukai cahaya terang dan bersikap keluar dari zon bercahaya.
Pakaian yang selesa dan sesuai seperti jaket dan kasut but getah yang bagus untuk keselamatan dan selamat dari kesejukan malam. Jika perlu mungkin sebaikya anda membawa juga termos yang berisi kopi panas agar lebih nikmat saat memancing. Dan jangan lupa untuk menyiapkan makanan ringan agar tidak kelaparan pada malam hari.