Etek tidak terus menelan umpan, tetapi akan bermain dan mengutis terlebih dahulu sebelum melarikannya. Tapi jika etek terlalu banyak di kawasan sama pasti rebutan terhadap umpan semakin meriah dan bertambah galak.

 

Daya juangnya ketika melawan pemancing mempunyai keunikkan tersendiri. Pemancing yang sudah masak dengan alunan dan riak spesies ikan duri ketika mata kail berada di mulutnya mudah mengagak ikan dari peringkat permulaan lagi. Gaya henjutan semacam pada pecutan sekata adalah ciri-ciri utama etek berlawan.

 

Melalui analisa saiz maksima etek membesar tentu secara khusus pemancing boleh congak apakah saiz dan kombinasi peralatan yang sesuai untuk menawannya. Namun begitu keserasian peralatan yang bakal digunakan pula mestilah mengambil kira faktor kedalaman air, kelajuan arus serta jenis dan teknik memancing yang bakal dijalankan.

 

Sekiranya pantai menjadi pilihan, kekili yang boleh memuatkan tangsi 20lb sepanjang 200meter amat sesuai dan perlu dipadankan dengan joran 9 kaki ke atas.

IKLAN

Jika mengunakan bot atau sampan untuk memancing, joran 6 kaki dengan apa jua kekili maksima 30lb sudah mencukupi. Jika padang pancing cetek dikunjungi saya lebih syorkan tangsi dipakai berbanding mengunakan tali sulam.

 

Selaras dengan tabiat ikan etek yang sentiasa berada di dasar lautan, teknik memancing dasar paling efektif. Maka pemancing perlu bijak mengunakan ladung yang sesuai dengan arus semasa supaya umpan tidak hanyut.

 

etek dan hampir kesemua duri tidak cerewek pasal umpan. Begitu juga dengan saiz perambut dan mata kail. Bagaimanapun untuk memastikan sentapan berakhir dengan kejayaan, saiz mata kail paling sesuai ialah no 1/0 dan 3/0 sudah dianggap besar.

IKLAN

 

Perambut 30lb sepanjang sekaki setengah merupakan stail kegemaran saya jika memancing di air kurang dari kedalaman 50 kaki. Tangsi 20lb-30lb paling lumrah saya gunakan untuk mana-mana teknik memancing muara.

 

Tips Memancing Ikan Duri Etek!!

 

IKLAN

Kalau memancing mana-mana jenis ikan duri boleh dikatakan hampir kesemua jenama umpan disebatnya. etek juga jarang dan tidak terlalu memilih umpan. Asalkan ia berada di kawasan laluan pasti tidak di tolaknya.

 

Dari udang hidup, perumpun, sotong cumit, jejari sotong kurita, hirisan sotong pasar, hirisan ikan pelaling, ikan beliak mata hidup dan mati, belanak dan perumpun. Paling mudah dan tidak ingin memeningkan kepala pasal umpan guna sahaja ikan pelagik seperti pelaling, selayang selar dan tamban mudah didapati di kebanyakan pasar utama.

 

Hirisan ikan-ikan pasar lebih mudah dan menjimatkan belanja jika sekadar untuk memancing suka-suka di pinggiran pantai dan muara. Hirisan jangan terlalu besar kerana etek tidak menelan terus umpan kerana saiz lazim kurang dari sekilo.

 

Tips Memancing Ikan Duri Etek!!

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI