Sentiasa memakai jaket keselamatan yang diikat kemas pada badan (jangan hanya menyarung pada badan tanpa mengikatnya).
Pastikan bot dan enjin berada dalam keadaan baik sebelum keluar memancing. Juga pastikan kelengkapan peralatan membaiki dan minyak tambahan mencukupi.
Pastikan bot memancing mempunyai tali dan pelampung keselamatan. Ramai yang meremehkan perkara ini malah tidak ambil peduli langsung.
Jaga adab dan tutur kata ketika memancing di tengah laut mahupun kawasan terpencil. Yang penting, mulut jangan CABUL!!!
Waspada terhadap ancaman ribut. Jika boleh, tamatkan trip atau cari kawasan berlindung dengan segera sebelum ribut melanda.
Bawa lampu suluh jika merasakan pulang hingga lewat petang. Kalau boleh bawa je bukan berat pun sebutir lampu suluh ni.
Sentiasa waspada terhadap tunggul kayu atau kayu balak hanyut.
Elakkan memegang joran ketika hujan lebat atau ribut petir untuk elakkan risiko daripada terkena renjatan.
Untuk casting di dalam bot, adalah lebih baik jika pemancing bertolak ansur untuk cast dan harus sentiasa memastikan jarak yang selamat sebelum melontar gewang.
Bawa peti keselamatan yang lengkap dengan ubat-ubatan dan sewaktu dengannya.