Penggunaan gewang kami pada hari pertama lebih kepada gewang yang boleh dianggap killer terutama yang boleh membuat selaman dalam sehingga 6 meter bagi mengetuk pintu-pintu reba yang merupakan banglo kepada sebarau dan semah. Disebabkan lubuk di situ agak dalam, kami menggunakan gewang selaman dalam seperti Rapala TDD 9cm, Max Rap Fat Minnow 9cm serta Shad Rap yang mampu menyelam ke kedalaman 3-6 meter.

 

Antaranya Rapala Deep Tail Dancer (TDD 07 & 09) warna fire tiger, crawdad, orange crawdad serta warna UV series. Di samping itu, gewang keluaran Ofmer seperti series X Deep juga tidak kurang hebatnya.

 

Tip & Trik Menjerat Penghuni Tasik Bakun

 

Bagi lubuk-lubuk yang cetek, penggunaan gewang selaman sederhana dalam seperti Rapala Shallow Shad Rap (SSR 07 &09) sudah cukup berkesan. Penggunaan gewang dengan skema warna yang berkilat seperti warna Chrome serta Clown terutama untuk Rapala Fat Rap memang berkesan menggoda sang sebarau yang mula culas dengan warna-warna terang.

Ads

 

Penggunaan sesudu berharga ekonomi dengan skema warna yang berkilat seperti Siam Spoom dengan warna rainbow serta sesudu keluaran Bakau dan yang lain-lain juga banyak menghasilkan tangkapan sebarau dan semah di kawasan kayu balak tumbang yang tidak beberapa dalam.

 

Tip & Trik Menjerat Penghuni Tasik Bakun

 

Ads

Saya sendiri membawa beberapa ketul gewang keluaran Rapala lain seperti MaxRap Fat Minnow (MXRF09) warna flake ayu (FAYU) dan falke green (FG) untuk diuji keberkesanannya. Ternyata ia juga membuahkan hasil yang baik apabila beberapa berjaya menggoda sang sebarau dan semah.

 

Gewang keluaran Storm juga saya sempat gunakan terutamanya model Thunderstik Madflash Deep Jr DJM Deep “Jr.” 09 cm dengan skema warna metalic minnow serta green chhrome orange. Gewang ini yang mampu berenang 2-3.8 meter juga amat sesuai untuk menggoda sang pemangsa yang bersembunyi di sebalik reba kayu yang dalam dan padat.

 

Ads

Tip & Trik Menjerat Penghuni Tasik Bakun

 

Sepanjang 2 hari mengilat di Tasik Bakun ini, saya dapati karauan secara laju banyak menghasilkan tangkapan berbanding dengan karauan secara perlahan. Teknik membuat balingan rapat ke kawasan reba balak tenggelam serta bangkar pastinya mendatangkan hasil di luar jangkaan. Kerapa kali terjadi sampai lebih lima tangkapan di sebuah reba yang majoritinya dihuni oleh sang sebarau 2 belang dalam skala 1.2 kg.

 

Tip & Trik Menjerat Penghuni Tasik Bakun

 

Ikan pemangsa lebih galak menyambar gewang ketika matahari mulai terik sehinggalah ke tengah hari serta lewat petang. Saya sendiri turut perasan penghuni Tasik Bakun kurang ghairah pada awal pagi. Tetapi bila jam sudah menunjukkan jam sekitar 9.00 pagi ke atas, maka pengilat akan berpeluang untuk berpesta sang sebarau 1 belang, 2 belang serta semah.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI