Tip & Trik Memancing Spot Pulau!!

Share

 

Sekiranya bertemu pulau, jangan sesekali abaikan tanpa cuba melabuhkan umpan di sekelilingnya.

Memancing di sekeliling pulau dengan menggunakan bot sememangnya menyeronokkan. Terutamanya pulau yang banyak didiami ikan pemangsa.

 

Namun tidak kurang juga perkara-perkara yang boleh merencatkan keseronokan serta bahaya yang menanti.

Di sini kami sediakan serba sedikit panduan dan peringatan untuk memancing di sekitar pulau.

baca juga setup slow pitch jigging

 

T&T 1

Kebanyakan pulau terutamanya di perairan pantai timur diwartakan sebagai kawasan taman laut. Oleh yang demikian sebarang aktiviti menangkap ikan adalah dilarang dalam

radius 2 batu nautika. Jadi, kita kenalah faham kenapa tekong tidak membawa kita memancing berdekatan dengan pulau.

 

 

T&T 2

Kebanyakan pulau yang tidak berpenghuni adalah pulau berbatu. Sementara struktur batu-batu yang tenggelam di sekeliling pulau tidak seragam saiznya.

Tidak semua pulau boleh dihampiri dengan bot dalam jarak yang rapat. Oleh yang demikian, kita sebagai pemancing jangan cepat beranggapan negatif jika tekong tidak merapati pulau sebagaimana yang diinginkan.

 

T&T 3

Sentiasa perhati pergerakan arus dan angin jika ingin merapati tebing pulau berbatu.

Sekiranya angin dan arus lebih terarah ke tebing maka sebaiknya beralih ke kawasan yang lebih selamat untuk merapati tebing.

 

jigging atas kelong?

 

T&T 4

Turut sama membantu tekong memerhati skrin sonar perihal kedalaman air walaupun tidak terlalu hampir dengan tebing pulau.

Kewujudan struktur batu yang tidak seragam ketinggiannya boleh mendatangkan bahaya terutamanya di ke dalaman kurang daripada 20 kaki.

 

T&T 5

Sepadan dengan dasar yang berbatu maka gunalah perkasasan pancing yang dapat membantu mengurangkan kadar sangkut.

Sekiranya berjigging, sebaiknya kurangkan jumlah penggunaan mata kail dan elakkan dari mengguna mata tiga.

 

 

Tip 6

Sepadan jugak dengan spot ikan-ikan kecil berlindung maka jangan terlalu harap akan strike kerapu bara 3-4kg.

Dan kalau asyik strike kerapu biasa-biasa besar tapak tangan tu jangan nak salahkan tekong pula.

baca juga tekong candat sotong tioman

 

Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!

Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan

Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan

Published by
Amang